Categories
Umum

Cara Buat Website: 9 Langkah Penting Untuk Meningkatkan Bisnes Anda

cara buat website

Adakah anda peka tentang cara buat website yang berkesan bagi mengembangkan lagi bisnes anda?

Penggunaan website adalah penting untuk sesebuah perniagaan memberi maklumat kepada khalayak ramai dan membuat mereka lebih faham akan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Selain memberikan reliabiliti dan memudahkan capaian pelanggan, website perniagaan juga memudahkan pembeli membuat pembayaran secara online dan pantas.

Oleh itu, teruskan membaca artikel ini!

Kami akan menerangkan satu-satu cara buat website yang anda boleh ikut untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

Cara Buat Website: 9 Langkah Yang Anda Mesti Buat

cara buat website
  1. Tentukan tujuan utama website anda

Secara umumnya, website perniagaan berfungsi sebagai tempat untuk memberikan maklumat umum mengenai syarikat atau perniagaan anda.

Ia juga boleh dijadikan platform E-dagang untuk aktiviti pembelian secara online.

Tidak kiralah apa tujuan utama anda membina website, perkara paling penting yang anda perlu lakukan adalah menyatakan dengan jelas apa yang syarikat anda lakukan.

Objektif syarikat serta perkhidmatan yang anda tawarkan juga perlu dipaparkan secara jelas dalam website.

Ini adalah supaya pelanggan dapat memahami perniagaan anda secara keseluruhan dengan cepat dan mudah tanpa tertanya-tanya jika anda menawarkan apa yang mereka perlukan.

Tambahan pula, sekiranya anda menawarkan pilihan kepada pelanggan untuk membayar secara dalam talian, prosesnya adalah sedikit rumit kerana ia memerlukan perkhidmatan luar.

Namun jangan risau, kami akan menerangkan cara-caranya dengan lebih lanjut kemudian.

  1. Tentukan nama domain anda
cara buat website

Langkah seterusnya bagi membina website adalah menentukan nama domain anda.

Domain merujuk kepada URL yang anda akan gunakan untuk diberikan kepada bakal pelanggan bagi tujuan promosi di media sosial.

Oleh itu, domain anda mestilah deskriptif, mudah diingat dan pendek. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pelanggan, jangan gunakan singkatan, akronim, dan nombor.

Seterusnya, anda perlu menentukan “top-level domain” atau TLD bagi website anda atau akhiran pada domain anda seperti .com, .net atau .biz.

Setelah memilih nama domain, anda perlu memastikan availability domain tersebut sebelum membelinya melalui pendaftar domain. 

Berikut merupakan pendaftar domain yang popular:

  • Domain.com
  • GoDaddy
  • Ruang Squarespace
  • Wix

Semasa anda memilih nama domain baru anda, periksa hak cipta untuk memastikan anda tidak mengambil nama orang lain yang telah didaftar. 

Sekiranya URL pilihan anda sudah diambil, anda boleh menghubungi syarikat yang menggunakannya dan membelinya daripada mereka.

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan membeli domain dari syarikat seperti GoDaddy, yang akan menghubungi pemilik nama domain yang anda inginkan. 

  1. Pilih web hos

Setiap laman web memerlukan hos atau server di mana semua data pelanggan anda dapat disimpan dan diakses dengan mudah pada bila-bila masa. 

Bagi perniagaan kecil, anda dinasihatkan untuk memilih hos luar untuk menjimatkan kos kerana menghoskan website anda sendiri memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar.

Bergantung kepada bajet anda, anda boleh memilih daripada dua pilihan yang berbeza: Shared Web Host atau Dedicated Host.

Shared Web Host merupakan pilihan yang lebih murah namun anda akan berkongsi server dengan website lain. 

Harga bagi Dedicated Host pula adalah jauh lebih tinggi namun anda akan dapat server anda sendiri tanpa perlu berkongsi dan bersaing dengan website lain yang akan menurunkan kelajuan.

  1. Bina halaman anda
cara buat website

Website yang baik memerlukan beberapa halaman yang dikhususkan untuk pelbagai aspek perniagaan anda seperti katalog yang terperinci mengenai produk atau perkhidmatan.

Website anda juga perlu atau halaman khas untuk pelanggan mendapatkan maklumat terkini perniagaan anda. 

Pastikan juga setiap halaman menyokong tujuan utama website dengan tujuan yang jelas serta “Call-To-Action” yang jelas seperti “Ketahui Lebih Lanjut,” “Daftar Sekarang,” atau “Order Sekarang”.

Bukan itu sahaja, Contact Page atau halaman untuk pelanggan hubungi anda juga adalah penting dan perlu disertakan. 

Jangan lupa untuk masukkan maklumat lengkap bagi mereka menghubungi anda seperti nombor telefon, media sosial, alamat E-mel dan lokasi fizikal perniagaan anda pada halaman tersebut.

Sekiranya perniagaan anda belum mempunyai logo, upah pereka grafik atau reka logo anda sendiri untuk diletakkan di laman website, kad perniagaan, dan profil media sosial anda.

Dengan ini, pelanggan dapat mengenal pasti syarikat anda dengan cepat dan mudah.

  1. Selesaikan sistem pembayaran anda (jika ada)

Sekiranya website anda memberikan pilihan kepada pelanggan untuk membuat bayaran secara online, anda perlu mengintegrasikan sistem pembayaran elektronik pada website. 

Anda boleh melakukannya melalui E-commerce Software atau Third-Party Payment Processors.

Banyak host web menawarkan in-house shopping cart atau penyatuan dengan program e-dagang. 

Anda perlu melakukan kajian untuk mengenalpasti kaedah yang paling sesuai untuk perniagaan dan pelanggan anda gunakan pada website anda.  

  1. Uji dan publish website anda

Sebelum anda mengumumkan kepada orang ramai tentang website anda, pastikan ia berfungsi dengan lancar pada semua browser utama seperti Internet Explorer, Firefox, dan Chrome.

Klik pada setiap halaman dan butang yang terdapat pada website anda untuk memastikan semua gambar muncul, pautan betul dan formatnya kelihatan lancar. 

Proses ini mungkin akan makan masa, namun usaha yang anda lakukan sekarang akan mengurangkan komplain daripada pelanggan mengenai website anda nanti.

Pastikan juga laman web anda berfungsi dengan lancar pada peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. 

  1. Promosikan website anda di media sosial

Media sosial seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn adalah platform terbaik untuk memberi akses kepada ramai pihak untuk mendapatkan info terkini mengenai perniagaan anda.

Setiap kali anda mengemas kini website, anda boleh pos mengenainya pada di laman media sosial anda.

Jangan lupa untuk menyertakan pautan ke media sosial anda pada website anda pada bahagian bawah atau bar tambahan website anda.

  1. Melabur dalam search engine optimization (SEO)

Menghantar laman web anda ke mesin pencari utama akan membantu pelanggan jumpa website anda dengan mudah sama seperti menerapkan strategi SEO yang berkesan pada website.

Anda dikehendaki menentukan tag tajuk, deskripsi meta, dan Uniform Resource Identifier (URI) yang relevan dengan syarikat dan aspek industri anda.

Dengan ini, kedudukan anda dalam mesin carian untuk produk atau perkhidmatan yang anda cuba pasarkan akan dapat ditingkatkan seterusnya, menarik lebih ramai pengunjung.

Semasa anda membina website perniagaan anda, taktik SEO penting di tempat ini dapat membantu anda meningkatkan kemampuan anda untuk menaikkan kedudukan. 

Berikut merupakan taktik SEO yang anda boleh gunakan:

  • Pilih kata kunci yang betul. 
  • Terbitkan kandungan baharu dengan kerap.
  • Letakkan pautan dalaman dan luaran
  • Optimumkan penggunakan gambar
  • Meningkatkan kelajuan website anda
  1. Selenggara laman web anda

Anda perlu memastikan website kekal relevan. 

Oleh itu, pastikan anda kerap update blog post dengan info terkini, event semasa dan produk serta tawaran baru untuk memastikan pengunjung kembali ke website anda.

Periksa website anda sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan perisian anda berfungsi dengan lancar dan up-to-date. 

Awas! Walaupun sekuriti host website anda kuat, jika perisian anda tidak up-to-date, ia masih berisiko untuk digodam. 

Kesimpulannya, memulakan laman web untuk perniagaan merupakan satu pelaburan kos rendah yang dapat membantu anda membangun kredibiliti dan capai lebih ramai pelanggan.

Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk melakukannya sendiri, serahkan tugas tersebut kepada mereka yang dipercayai atau freelancer yang pakar dalam hal pengurusan website.

Dan dalam hal ini, siapa lagi yang anda perlu percayai untuk membuat website perniagaan anda jika bukan MasterSyak!

Jika kekangan masa adalah musuh utama dalam mengembangkan perniagaan anda, serahkan tugas pemasaran digital kepada kami terutamanya dalam aspek:

  • Reka bentuk

Reka bentuk memainkan peranan penting dalam menarik pengunjung untuk terus meneroka laman web anda

  • Pembangunan

Pembangunan laman web memerlukan kerjasama antara pemilik perniagaan atau syarikat dan pereka laman web

  • Pemasaran

Pengalaman kami sebagai pereka laman web akan membantu anda memasarkan produk anda

  • Media Sosial

Integrasi dengan Media Sosial yang ada di pasaran merupakan salah satu aspek penting dalam menarik trafik ke laman web anda

  • E-dagang

Pemasangan sistem pembayaran memudahkan pengunjung membuat pembelian di website anda

  • Bantuan & Sokongan

Sokongan berterusan akan diberikan kepada website anda 

Categories
Umum

Sakit Urat: Ketahui Punca Dan Rawatan Sesuai

Sakit urat ini adalah satu penyakit yang sangat tidak asing dalam kalangan masyarakat. Kesakitan yang dirasai ini sememangnya boleh berada di mana-mana bahagian badan sahaja.

Kesakitan ini boleh dirasai pada bahagian kaki, tangan, leher dan bahagian lain lagi. Kesakitan ini semakin bertambah sekiranya individu itu tidak berehat dan mendapatkan rawatan. 

Sakit urat ini tidak boleh dipandang ringan kerana kesakitan yang dirasai dapat mengganggu dalam melaksanakan aktiviti harian kita.

Punca Sakit Urat

  1. Penggunaan Ubatan

Setiap ubat yang diambil hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu kesan sampingannya. Kebanyakkan ubat akan memberi kesan sampingan yang teruk dan ada juga yang ringan.

Untuk memastikan keberkesanan ubat dan kesan sampingannya, pengguna hendaklah merujuk doktor terlebih dahulu. Jangan sesekali membeli tanpa mendapatkan rujukan.

Contoh terdekat adalah ubat untuk orang pesakit kanser, ubat tersebut boleh menyebabkan kerosakan urat saraf. Sekiranya kedaan semakin teruk, boleh merujuk doktor.

  1. Jangkitan Bakteria atau Virus

Ramai yang tahu bahawa bakteria dan virus boleh menyebabkan kesihatan merosot. Boleh menyebabkan demam dan banyak lagi.

Jangkitan virus dan bakteria ini juga boleh menyebabkan kesakitan urat. Apabila anda demam, badan anda berasa lemah. Berasa lemah itu disebabkan oleh urat yang tidak kuat.

Selain itu, penyakit yang boleh merosakan sistem urat antaranya ialah penyakit Lyme, virus Epstein-Barr, Kusta, HIV dan banyak lagi.

  1. Kurang Vitamin

Vitamin sangatlah memainkan peranan dalam menguatkan urat-urat dalam badan. Vitamin dapat memberi sumber yang diperluakn oleh urat badan.

Antara vitamin yang boleh diambil ialah Vitamin E, Vitamin B dan Vitamin B-1, B-6, B-12. Vitamin berikut sangatlah disarankan untuk diamalkan.;

Kurangnya vitamin dapat menyebabkan kurang penghasilan sel darah merah dan memberi kesan kepada sel-sel seluruh badan.

5 Cara Rawat Sakit Urat

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Ada beberapa cara yang anda boleh amalkan sekiranya anda mengalami sakit urat. 

  1. Kawal Berat Badan
sakit urat

Berat badan sememangnya akan memberikan kesan yang sangat besar kepada sistem sendi badan. Tekanan yang diberikan oleh badan yang dikenakan ke atas urat dan sendi adalah tinggi. 

Kebiasaannya kesan ini berlaku pada bahagian lutut, pinggul dan kaki. Pergerakkan akan terganggu apabila lutut dan kaki menghadapi masalah sendi dan urat.

Setiap individu amatlah digalakkan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh membawa kepada masalah Ostreoporosis seterusnya masalah obesiti.

  1. Melakukan Senaman

Kebanyakkan masalah yang orang hadapi, antara penyelesaiannya ialah dengan melakukan senaman. Ini menunjukkan bahawa senaman dapat membuatkan badan sihat.

Antara kelebihan senaman ialah dapat menjaga kelenturan atau keregangan sendi dan urat, dapat menguatkan otot untuk sokongan kepada sendi dan mengurangkan berat badan.

Tidak perlu melakukan senaman yang berat, cukup melakukan sedikit pergerakan. Anda juga boleh berbasikal, berenang dan juga melakukan aktiviti yoga.

  1. Ambil Ubat Tahan Sakit

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh diambil sekiranya anda berasa sakit. Ubat ini bertindak untuk membantu anda menahan atau mengurangkan rasa sakit.

Ubat ini berkesan kepada kecederaan ringan seperti seliuh dan kekejangan.

Ubat tahan sakit ini juga dapat membantu mengurangkan bengkak dan keradangan.

Antara ubat yang disarankan ialah ubat tahan sakit dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID). 

Sekiranya kesakitan berlanjutan, anda boleh berjumpa doktor untuk tindakan lanjut.

  1. Kurangkan Aktiviti Lasak

Apabila anda mengalami sakit urat dan sendi yang teruk, anda tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lasak yang memberi tekanan yang tinggi kepada urat.

Anda disrankan untuk melakukan aktiviti ringan seperti berbasikal, berenang dan juga berjalan. Aktiviti ini juga boleh membuatkan anda berasa sihat.

Anda tidak boleh melakukan aktiviti yang memberi impak yang besar kepada urat dan sendi. Ini akan membuatkan struktur urat dan sendi bertambah teruk.

Langkah pencegahan awal haruslah diambil supaya dapat mengelakkan daripada benda lebih teruk berlaku.

  1. Terapi Panas dan Sejuk

Ini merupakan salah satu rawatan yang senang untuk diamalkan oleh pesakit. Rawatan ini dapat mengurangkan sekasiktan dan  keradangan artritis.

Terapi panas ini merupakan aktiviti berendam dalam air panas. Selain itu boleh menggunakan pad pemanasan lembap.

Haba panas dapat membantu mengurangkan rasa kekjangan. Manakala pad pemnas pula dapat memberikan keselesaan pada waktu malam.

Seterusnya rawatan sejuk, seperti membalut pek ais pada tempat kecederaan. Rawatan ini sering diamalkan oleh mana-mana individu.

Ini membantu untuk memberikan kelegaan pada tempat sakit atau bengkak. Jangan letak ais secara terus pada kulit, balut terlebih dahulu.

Kesimpulannya, penjagaan urat mahupun sendi ini janganlah dipandang ringan. Hal ini kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian anda.

Banyak cara rawatan yang anda boleh ambil. Berikut merupakan cadangan rawatan yang anda boleh amalkan. Anda haruslah amalkan hidup yang sihat supaya badan turut menjadi sihat.

Anda sudah mengetahui punca berlakunya sakit urat, maka elakkanlah daripada melakukan perkara yang mendorong kepada sakit sendi.

Jika anda sedang mencari rawatan alternatif untuk merawat masalah sakit urat, CMary adalah pilihan yang terbaik.

sakit urat

Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

Membaiki Masalah Kulit

Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.

Melegakan Sakit Sendi

Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.

Masalah Kurang Tenaga

Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih. 

Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.

Mengurangkan Ketidakselesaan

Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.

Bukan itu sahaja, produk keluaran syarikan Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.

Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus.

Categories
Umum

6 Soalan Penting Yang Anda Perlu Tanya Mekanik

Apabila kita ke bengkel untuk memeriksa kereta, anda perlu berinteraksi dengan mekanik untuk menjelaskan masalah kereta yang sedang anda dihadapi.

Oleh itu, anda perlu tahu cara untuk berurusan dengan mereka supaya proses semua berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tugas mekanik dan 6 soalan penting yang anda perlu tanya pada mereka jika anda ke bengkel.

Tugas Mekanik

Mereka mempunyai tugas yang sangat penting dalam masyarakat kita kerana mereka pakar dalam membaiki pelbagai perkara seperti kereta dan juga kenderaan lain.

Apabila anda ke bengkel, mereka akan bertanggungjawab untuk memeriksa kereta anda dan menentukan jika terdapat perkara yang perlu dibaiki.

Selain dari mahir dalam mengenal semua komponen kereta dan alat, mereka juga perlu berada dalam keadaan yang sihat kerana kerja mereka mengambil tenaga yang sangat banyak.

Jika terdapat banyak kenderaan di dalam bengkel, maka ia memaksa mereka untuk kerja dengan lebih masa untuk memastikan semua dibaiki dengan cepat.

Ia adalah kerja yang sangat letih dan sangat penting kerana servis ini diperlukan oleh semua orang yang mempunyai kenderaan.

6 Soalan Yang Anda Perlu Tanya

Berikut adalah beberapa soalan yang anda boleh tanya kepada mekanik bengkel kereta yang anda kunjungi.

1.Berapa harga servis ?

Sebelum anda pilih mereka, anda perlu tanya harga servis yang mereka kenakan supaya anda bersedia untuk bayar harga tersebut.

Anda juga dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian tentang masalah kereta yang dialami supaya anda boleh lihat harga yang biasanya dicaj untuk komponen tersebut.

Jika harga yang disebut lebih mahal dan sangat berbeza dari apa yang anda sudah kaji, ia mungkin adalah taktik untuk menipu anda.

Ini memberi peluang untuk anda untuk mencari bengkel lain untuk menyelesaikan masalah anda.

2.Berapa lama yang dijangka ambil?

Jika anda sudah bersetuju untuk memilih mereka dan sudah bersedia untuk membayar mereka, anda perlu tanya jangka masa yang akan diambil untuk membaiki kereta.

Ini sangat penting kerana ia memberi peluang kepada anda untuk memikirkan cara untuk berulang-alik ke kerja dan rumah semasa kereta anda dalam bengkel.

Anda juga boleh memilih untuk meminjam kereta rakan atau ahli keluarga anda pada tempoh ini. 

Jika anda sudah tahu jangka waktu proses membaiki kereta anda, maka ia akan memudahkan hidup dan urusan anda.

3.Apa kelayakan mereka?

Jika anda risau tentang kelayakan pekerja bengkel tersebut, anda boleh tanya kepada mereka supaya anda tahu jika mereka layak atau tidak.

Ini kerana mereka mungkin hanya belajar tentang komponen kereta dari kawan atau rakan mereka dan tidak menjalani latihan atau mengambil kursus tentang membaiki kereta.

Mereka perlu menyatakan perkara ini kepada anda kerana anda adalah pelanggan yang akan meninggalkan kereta anda dalam jagaan mereka.

Oleh itu, anda perlu memastikan ia akan dijaga dan dibaiki dengan elok.

4.Boleh saya lihat komponen lama kereta saya?

Ini adalah soalan yang penting untuk mengelakkan diri anda dari ditipu oleh bengkel tersebut. 

Ini kerana terdapat ramai pekerja yang memberitahu bahawa ada komponen yang perlu ditukar tetapi hakikatnya mereka saja menipu anda dan tidak menukar komponen tersebut.

Ia hanya taktik untuk mencuri duit anda. Jika ini berlaku, anda boleh tanya untuk melihat komponen lama kereta anda supaya mereka jujur dalam servis mereka.

5.Apakah jaminan (warranty)  yang diberi?

Kebanyakan bengkel akan memberi anda warranty untuk servis mereka untuk menarik minat anda supaya berurusan dengan mereka.

Oleh itu, anda perlu tanya mereka untuk menerangkan jaminan yang diberi oleh mereka dengan terperinci supaya boleh membuat tuntutan jika terdapat masalah.

Anda boleh merekodkan perbualan antara anda dengan pekerja atau meminta surat perjanjian sebagai bukti pada masa hadapan.

6. Boleh menerangkan masalah kereta saya dengan terperinci?

Salah satu taktik yang akan digunakan oleh pekerja di bengkel untuk menaikkan harga adalah mereka akan memberitahu bahawa terdapat masalah baru yang berlaku ke kereta anda.

Oleh itu, anda perlu meminta mereka untuk menerangkan dengan terperinci tentang masalah yang terdapat pada kereta tersebut. 

Jika mereka gagal untuk membuat sedemikian, maka ia sudah terang bahawa mereka sedang mencuba untuk menipu anda.

Servis Kereta Dengan Pomen

Jika anda mencari syarikat yang boleh tolong anda jika terdapat masalah pada kereta anda, anda boleh pilih servis Pomen!

Kami menawarkan servis 24 jam sehari supaya boleh membantu anda bila-bila masa dan juga di mana-mana seluruh Malaysia.

Ini adalah antara perkhidmatan kami:

  • Servis kereta & maintenance
  • Penukaran bateri
  • Servis POMEN untuk menolong anda jika kenderaan anda rosak
  • Penukaran tayar

Kesimpulannya, anda perlu berhati-hati semasa membawa kereta dengan bengkel dan tahu cara untuk berurusan dengan mekanik supaya tiada masalah timbul.

Categories
Umum

Corporate Video Production: 11 Crucial Elements You Should Know

Research shows that corporate videos have helped businesses to grow their revenue faster.

However, to some people, they imagine corporate videos to be boring, dry, and are not worth their time to watch.

But you can change that if you know exactly how to engage with your audience and captivate their attention. 

It all comes down to the right elements to be included in your corporate video production.

Pay attention to the elements we are sharing in this article and see what you could utilize in your corporate video.

What Is Corporate Video Production?

Corporate video production is a video produced for a company for commercial purposes. 

The brand’s vision, values, and benefits are presented visually in an engaging and interesting way through a corporate video.

Corporate videos are not only restricted to social media but also to events, corporate meetings, and presentations.

To engage with your audience effectively, it is important to know which corporate video elements to use in your video.

It is important to outline the industry, purpose, and complexity of the message you want to convey in your video. 

It is unnecessary to display all elements in a video but we have listed 11 elements that are vital to a corporate video.

11 Crucial Elements

Since corporate videos are heavy with information, it is easy to turn it into something dull and monotonous.

But no more of that once you implement these elements in your corporate video.

  • Branding
corporate video production

Of course, corporate videos must have your stamping brand on them or else it loses their purpose to showcase what your company is all about.

The message in your corporate video must embody your brand image. 

Include the who, what, where, when, and why in your video. 

It is of utmost importance to include the solutions you provide for your customers and the values your company stands for. 

  • Emotions
corporate video production

To connect with your audience, you have to tap into their emotions.

It is hard to deny that almost all purchase decisions are emotionally based. 

If a corporate video is too analytical and only focus on hard facts, chances are people won’t stay and watch till the end.

The secret to this element is to inspire and educate people at the same time. 

  • Purpose

Think of what you want to gain through your corporate video.

Sales increment? Recruiting employees? Promote new products?

Of course every business wants to appeal to everyone but be realistic and tailor your video to speak directly to your targeted audience. 

  • Simple language
corporate video production

No matter how prestigious your company is, if the message is lost in translation, your corporate video is deemed as ineffective.

Use the simplest language so that you can connect and engage with your audience well.

Complex data can be used but make sure that it is balanced with layman terms that your targeted customers can understand. 

  • Storytelling
corporate video production

Your corporate video has to be able to tell a story.

A good script and storyboard will help you to visualize the message and the story you want to tell. 

Telling your company’s history is a good way to tap into people’s emotions, especially empathy as people can relate to the hardships and challenges you have to face.

  • Staff interviews

Another way to tell your story is by interviewing staff as people engage with people.

Displaying stories of a real person who works for the company inspires credibility and spontaneity. 

It looks more real and believable than a super-produced ad with no real faces. 

  • Customer testimonials

Customer testimonials in a corporate video help you to display transparency and trust in the company.

It is one of the best ways to build credibility around your brand and company. 

With this element, you will invite your targeted audience to put the same trust your customers have in your company.

  • Audio and visual

Studies show that people only remember 20% of what they hear and about 30% of what they see but an incredible 70% of what they hear and see.

Make good use of both of these elements in your corporate video by switching up with animations, color schemes, background images, music, and even voiceovers. 

Instead of showing the CEO’s headshot while they talk, include animated graphics and colors to keep your audience engaged.

  • Video length

The length of a corporate video depends on the story you want to tell and the purpose of your video.

A good video duration ranges between 90 seconds to 10 minutes, depending on its application.

A social media video can be shorter, around 90 seconds but a meeting presentation or even can be longer.

When planning a corporate video production, you must have a vision of where your corporate video will be used so that you can prepare many versions to suit the application. 

  • Professional feel

Of course, a corporate video cannot compete against the cinema’s next movie release. 

But a huge mistake many companies make is not hiring a creditable corporate video production agency to help them realise their vision of a corporate video. 

It is ideal to invest in corporate video production just as you do for other marketing strategies.

  • Proper distribution

Now that you have a good corporate video from a reputable production agency, it is important to have it distributed properly.

Promote your video on popular and social media platforms to reach and engage with your target audience.

It is also advisable for you to include your corporate video in your monthly newsletters.

Encourage people to like and share your corporate video to increase your engagement.

Which Production Company Can Help You Create High-Quality Corporate Videos?

Now you have read the elements needed in your corporate video, the only thing left to do is to hire a production company to produce the best, engaging corporate video for your audience.

If you have never heard of this production house yet, we are happy to introduce you to HAS Production.

HAS Production is based in Malaysia and has successfully produced videos with over 10 million viewers!

What special about them is that they focused on producing not just viral, but high-impacted videos for you!

They are experienced in producing videos for corporate companies, personal business owners as well as government agencies.

Some of their satisfied clients are Al-Baghdadi Group, Hannan Medispa, Kementerian Kesihatan Malaysia, and many other well-known brands.

Their videos have been proven effective as their videos have helped businesses to increase their sales by over 100% increment!

They are dedicated to educating the market and customers on your business through exciting and engaging corporate videos.

They believe that if a corporate video is done right, it will stay relevant for a long time. 

Categories
Umum

Bertindak Sekarang! 10 Tips Kurus Untuk Anda Ikut

Nak tahu tips kurus? Semua orang ada berat badan ideal yang mereka idamkan.

Pasti anda dah cuba macam-macam cara nak kurangkan berat badan tapi bukan senang ya nak kurus. 

Ada yang kata kena kurangkan makan, ada juga yang kata tak perlu kurangkan makan.

Eh, yang mana satu yang kita nak ikut ni? 

Jangan risau, kali ini kami akan berkongsikan 10 tips yang memang berkesan untuk kurangkan berat badan anda secara semula jadi!

Tak perlu pening-pening lagi. 

Teruskan membaca!

10 Tips Kurus Yang Anda Mesti Ikut

Tips yang akan kami kongsikan ini adalah tips yang sangat mudah tetapi anda kena pastikan anda ikut.

Anda tak perlu risau sebab tips ini semua terbukti berkesan!

  1. Tambahkan Protein Dalam Diet

Bila bercakap tentang diet, protein merupakan raja nutrisi.

Badan anda akan bakar kalori apabila mencerna protein dan diet yang tinggi protein akan meningkatkan metabolisme sehingga 80-100 kalori sehari!

Dengan cara ini juga, anda akan cepat rasa kenyang dan selera makan akan berkurangan.

Walaupun hanya dengan langkah mudah seperti makan telur untuk sarapan pun ada kesan yang hebat! 

tips kurus
  1. Elakkan Makanan Yang Diproses

Makanan yang telah diproses biasanya mempunyai kandungan gula tambahan, lemak dan kalori yang tinggi.

Makanan yang diproses ini juga menyebabkan anda ingin makan dalam kuantiti yang banyak. 

Cuba tengok balik kali terakhir anda makan makanan yang diproses seperti sosej atau nuget, sedikit atau banyak anda makan sekali hidang?

  1. Kurangkan Pengambilan Gula 

Rasanya semua orang tahu keburukan gula yang berlebihan seperti sakit jantung, diabetes malahan kanser. 

Bukan sahaja dapat mengurangkan risiko daripada menghidapi penyakit malah ia membantu badan anda kurangkan berat badan!

Yang menjadikannya susah adalah gula tambahan yang tersorok dalam makanan yang diproses menyebabkan ramai tak sedar makanan tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Jadi, nak senang, elakkan makanan yang diproses dan kurangkan gula dalam masakan atau minuman.

  1. Minum Air Masak

Ya, benar. Minum air masak dapat membantu mengurangkan berat badan. 

Pembakaran kalori akan meningkat sebanyak 24-30% sejam selepas anda minum 0.5 liter air.

Minum air sebelum makan juga bantu badan anda mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan yang anda makan.

tips kurus
  1. Elakkan Kalori Cecair

Kalori cecair adalah kalori yang terdapat dalam minuman seperti minuman ringan, jus buah, susu coklat dan minuman tenaga.

Minuman seperti ini sangat buruk untuk kesihatan termasuklah meningkatkan risiko obesiti.

Kajian menunjukan peningkatan sebanyak 60% risiko obesiti dalam kanan-kanan yang meminum minuman ini setiap hari.

Anda perlu tahu yang otak anda tidak mengesan kalori cecair ini seperti kalori pejal jadi kesudahannya, anda hanya menambahkan kalori dalam badan tanpa otak anda sedar. 

  1. Tingkatkan Pengambilan Buah-buahan Dan Sayuran

Semua sudah maklum buah dan sayuran amatlah baik untuk kesihatan dan mampu bantu mengurangkan berat badan.

Kajian mendapati mereka yang makan lebih banyak buah dan sayur mempunyai berat badan yang ringan. 

Yang membuatkannya baik untuk mengurangkan berat badan adalah ketumpatan tenaga yang sangat rendah.

Ini memungkinkan anda untuk memakan buah dan sayur dengan kuantiti yang banyak dengan kalori yang rendah.

  1. Gunakan Pinggan Yang Lebih Kecil

Kajian mendapati jika anda menggunakan pinggan yang lebih kecil akan membantu anda kurangkan kuantiti makanan.

Hal ini kerana dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil, ia memberi ilusi yang anda makan sama banyak atau lebih banyak daripada biasa.

  1. Makan Dengan Perlahan

Jika anda makan dengan laju, anda akan termakan lebih kalori sebelum badan anda sedar yang anda sebenarnya sudah kenyang.

Kunyah dengan perlahan dapat bantu anda makan kurang kalori dan meningkatkan hormon yang membantu mengurangkan berat badan.

  1. Berus Gigi Selepas Makan

Pelik bukan tetapi kebanyakan orang berus gigi selepas makan supaya terhalang rasa untuk sambung makan snek atau makanan tambahan lain.

Tambahan pula, makan selepas menggosok gigi akan mengubah rasa makanan dan ramai yang mengelakkannya.

  1. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup ada banyak kebaikannya dan salah satunya adalah mengurangkan berat badan.

Kajian mendapati orang yang tidak dapat tidur yang cukup adalah 55% lebih cenderung untuk menghidapi obesiti.

Hal ini kerana kekurangkan tidur akan mengganggu hormon selera makan dan menyebabkan regulasi selera makan yang tidak sihat. 

Anda Juga Boleh Cuba Firming Cream Razowa!

tips kurus

Lagi satu cara yang mudah untuk anda cepat kurus adalah dengan menggunakan Saunami Firming Cream Razowa

Firming Cream ini berfungsi untuk membakar lemak berlebihan, membentuk badan, menganjalkan kulit dan memudarkan selulit.

Satu krim untuk semua manfaat di atas? 

YA! Dan yang lagi istimewa krim ini, ibu yang sedang berpantang juga boleh menggunakannya.

Anda juga boleh gunakannya setiap hari dan kalau nak lagi berkesan, gunakannya sebelum bersukan.

Lagi banyak anda berpeluh, lagi banyak lemak anda akan bakar!

Di Razowa, bukan firming cream saja yang ada, bengkung dan girdle pun ada. 

Bengkung 3 saat adalah kegemaran pembeli kerana dengan 3 saat je dah siap dah memakainya. 

Sesuai untuk ibu yang berpantang, wanita dan anak gadis yang ingin bentuk badan yang menawan.

Categories
Umum

KAPAL KARGO: 6 SEBAB PERKHIDMATAN INI PILIHAN YANG TERBAIK

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menghantar barang mereka ke luar negara. Salah satu cara adalah dengan menggunakan kapal kargo.

Ia merupakan satu cara yang sangat popular dalam kalangan syarikat-syarikat besar kerana kelebihan yang terdapat pada jenis perkhidmatan ini.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang cara penghantaran ini dan sebab-sebab ia perkhidmatan penghantaran  yang terbaik.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

Apa itu Kapal Kargo?

Kapal ini merupakan kapal yang dicipta untuk digunakan dalam servis penghantaran barang ke luar negara. 

Ia mengangkut kontena-kontena yang diisi dengan pelbagai barang seperti barang rumah, barang elektrik dan juga mampu mengangkut barang besar seperti kereta atau kenderaan lain.

Pengkhidmatan penghantaran menggunakan kapal semakin digunakan oleh syarikat-syarikat besar dan merupakan kaedah yang paling kerap digunakan di seluruh dunia.

Selepas ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa sebab mengapa anda perlu memilih kaedah ini!

6 Kelebihan Perkhidmatan Kapal Kargo

  1. Kos Murah

Perkara yang paling menarik tentang kaedah ini berbanding yang lain adalah kosnya lebih murah. 

Bagi mereka yang ingin menghantar barang dengan banyak ke negara lain, pilihan ini paling sesuai untuk mereka kerana ia sangat menjimatkan.

Selain dari mereka yang menggunakan perkhidmatan ini untuk bisnes, pilihan ini juga sangat bagus bagi mereka yang duduk di luar negara dan akan kembali ke Malaysia.

Kapal ini boleh mengangkut semua barang anda seperti perabot dan barang lain yang dibeli. Ini sangat berguna dan boleh menjimatkan banyak duit anda.

2.Kaedah Fleksibel

Penghantaran barang melalui kaedah ini juga lebih fleksibel berbanding cara lain. Ini kerana ia boleh mengangkut barang yang sensitif seperti cecair hidrokarbon.

Ini kerana kapal bergerak dengan kelajuan yang stabil dan mampu tahan cuaca yang teruk kerana mekaniknya yang kuat dan lasak.

Syarikat yang mengeksport barang seperti petroleum juga memilih kaedah ini kerana terdapat kontena yang dibina khas untuk perkara ini.

kapal kargo

3.Selamat

Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan supaya semua barang yang dihantar akan sampai dalam keadaan yang sempurna.

Semua anak kapal dan staf yang terlibat telah melalui latihan yang intensif supaya mereka bersedia dalam apa-apa kejadian.

Selain itu, kontena juga ditutup dengan sangat kemas untuk mengelakkan ia dibuka oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

4.Kaedah Yang Mesra Alam

Kaedah penghantaran menggunakan kapal juga lebih mesra alam berbanding kaedah lain seperti kapal terbang yang menghasilkan jejak karbon yang tinggi.

Ini kerana kapal tidak menggunakan tenaga yang banyak dan sangat mesra alam. 

Kapal yang baru juga sudah mula menggunakan gas asli cecair yang tidak toksik kepada alam sekitar.

5.Kuantiti Yang Banyak

Bagi mereka mempunyai bisnes dan perlu mengeksport barang ke luar negara, kaedah kapal paling sesuai kerana ia boleh mengangkut kuantiti yang sangat banyak.

Jika anda menggunakan kaedah lain seperti lori atau kapal terbang, anda mungkin tidak dapat menghantar kuantiti yang sama kerana ia tidak mampu untuk menampung.

Kuantiti yang sedikit juga boleh dihantar melalui kapal jika anda ingin menjimatkan kos.

kapal kargo

6.Boleh Menghantar Barang Yang Besar

Kapal ini juga boleh menampung barang yang besar seperti kereta dan bahan-bahan seperti besi yang digunakan oleh syarikat pembinaan.

Proses yang anda perlu melalui untuk perkara ini sangat mudah dan selamat berbanding dengan kaedah lain.

Oleh itu, ia sesuai untuk anda jika anda ingin membeli kereta dari luar negara yang berharga lebih murah. Kapal kargo boleh membantu anda untuk menghantar kereta ini ke rumah anda.

Perkhidmatan Kapal Kargo Bersama MFAZ

Jika anda mencari perkhidmatan penghantaran kapal di Malaysia, anda boleh pilih MFAZ!

MFAZ berpengalaman dalam mengendalikan sebarang dokumentasi dan formaliti bagi mengeksport dan mengimport barangan melalui kaedah ini.

Berikut adalah servis yang ditawarkan:

  • Kapal (FCL dan LCL) dari China ke Malaysia
  • Kapal dari Indonesia ke Malaysia
  • Kapal dari Thailand ke Malaysia

Anda tidak perlu risau jika anda memilih kami kerana MFAZ akan membantu anda pada setiap langkah dan akan memastikan semua barang akan sampai dalam keadaan yang sempurna.

Kesimpulannya, kapal kargo merupakan kaedah penghantaran yang sangat bagus dan sesuai digunakan untuk mereka yang ingin mengeksport ke luar negara atau ke dalam Malaysia.

Categories
Umum

Agensi Pengangkutan Beri Kelonggaran Perbaharui Lesen.

Semua urusniaga dan perkhidmatan menerusi kaunter agensi di bawah Kementerian Pengangkutan diberhentikan sementara berkuat kuasa pada 1 Jun 2021 hingga 31 Jun 2021 di seluruh negara. Ini kerana berlakunya “total lockdown” dan pembaharuan boleh di buat pada 1 Ogos 2021 hingga 30 September 2021.

Hanya urusan kenderaan perdagangan perkhidmatan perlu (essential services) yang perlu perjalanan rentas sempadan negara dibenarkan melalui janji temu.

APAKAH AGENSI TERLIBAT?

Urusan kaunter yang dihentikan operasi sementara di atas melibatkan lima agensi berikut:

  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Puspakom
  • Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah
  • LPKP Sarawak

Pelepasan dan Kelonggaran

  1. JPJ

Pemilik Lesen Memandu (LM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang tamat pada mana-mana tarikh antara 1 Jun — 31 Julai 2021 diberikan kelonggaran seperti berikut:

  • Dibenarkan memperbaharui LM, LKM dan PSV dalam tempoh 60 hari, bermula 1 Ogos-30 September 2021.
  • Pemilik LKM tamat tempoh perlu memastikan kenderaan digunakan ada perlindungan insurans sah. Salinan sijil perlindungan insurans (e-cover note) perlu ditunjukkan apabila diminta pihak berkuasa.
  • Kaunter urusan pertukaran hak milik kenderaan ditutup sementara. Boleh berurusan secara atas talian melalui e-auto atau MyEG.

2. APAD dan LPKP

Kelonggaran diberikan adalah pengecualian memperbaharui lesen dan permit berikut:

  • Lesen Pengendali
  • Permit Kenderaan Perdagangan
  • Lesen Kenderaan Pelancongan
  • Kad Pemandu

Semua lesen dan permit yang dinyatakan di atas dibenarkan beroperasi walaupun tamat tempoh, tetapi perlindungan insurans sah perlu ada.

3. Puspakom

Tempoh sah laku kelulusan pemeriksaan Puspakom dilanjutkan mengikut baki selepas tamat tempoh PKP 3.0.

Sebarang perincian dan maklumat lanjut boleh menghubungi terus pihak terlibat melalui platform media sosial atau panggilan telefon. Maklumat semasa juga dipamer menerusi laman web.

Boleh layari etiqa untuk mendapatkan ilmu tentang insurans dan kelebihan jika amik dengan Etiqa. Contohnya, lesen memandu, tuntutan insurans, claim insurance & etiqa home insurance.

Categories
Umum

Cara Senang Buat Video Berkualiti Dengan Telefon Pintar

Nak belajar cara buat video dengan telefon pintar? Anda berada di tempat yang betul!

Zaman sekarang, cara paling mudah nak sampaikan mesej atau mempromosikan produk atau jenama adalah melalui video.

Tapi tak mungkinlah setiap kali nak hasilkan video perlu rakam guna kamera canggih.

Kebanyakan daripada kita tiada kamera canggih tetapi kita ada telefon pintar.

Dengan telefon pintar, bermacam jenis hasil video yang kita boleh dapatkan. 

Ikuti tips berikut untuk mengetahui cara senang buat video dengan telefon pintar. 

Apa Yang Anda Perlukan?

cara buat video

Sebelum nak hasilkan video menggunakan telefon pintar, kita perlu tahu apa yang kita perlukan terlebih dahulu.

Semestinya anda perlukan telefon pintar yang boleh merakam video. 

Selain itu, anda digalakkan untuk mendapatkan mikrofon luaran yang boleh bersambung dengan telefon anda.

Hal ini kerana, mikrofon sedia ada dalam telefon anda tidak mencukupi memandangkan audionya mungkin tidak dapat dirakam dengan baik. 

Seterusnya, untuk dapatkan video yang bagus, anda perlu elakkan terlalu banyak gegaran dalam video rakaman anda. 

Banyak alatan di pasaran yang anda boleh gunakan seperti tripod atau ‘selfie stick’ bersama tripod.

Pencahayaan adalah antara perkara yang paling penting yang perlu anda ada. 

Anda tak perlu pun peralatan yang canggih untuk dapatkan pencahayaan kerana yang paling penting adalah subjek rakaman anda berada di bawah pencahayaan yang baik.

Dan yang terakhir adalah bateri telefon pintar dan ruang penyimpanan video anda.

Pastikan ruang simpanan anda mencukupi, bateri telefon anda dicas dan bawa bersama ‘powerbank’ sebelum memulakan rakaman.

5 Cara Buat Video Dengan Telefon Pintar 

cara buat video

Dah sedia?

Jom kita pelajari cara membuat video dengan telefon pintar anda!

  • Lensa yang bersih

Bunyi macam tidak penting dan mudah tetapi hakikatnya ramai yang tidak mengambil berat dan lupa untuk membersihkan lensa telefon pintar mereka sebelum merakam video.

Hasilnya, video tidak jelas dan kabur. 

Bersihkan lensa anda menggunakan kain mikrofiber atau gunakan kain yang lembab dan lembut.

  • Tetapan yang sesuai
cara buat video

Sebelum anda merakam video, anda perlu pastikan tetapan telefon pintar anda adalah seperti apa yang anda ingin hasilkan.

Salah satu tetapan yang penting adalah resolusi iaitu sebesar mana video yang anda ingin dapatkan. 

Terdapat dua jenis resolusi yang biasa digunakan iaitu 1080HD dan 4K. 

Kemudian, tetapan bingkai per saat atau ‘frames per second’ (fps) juga perlu anda tentukan.

Kebanyakan video dirakam pada 30 fps namun 60 fps akan menunjukkan hasil yang lebih lancar.

Kedua tetapan ini akan mempengaruhi visual, audio dan saiz video anda jadi pastikan tetapan anda adalah bersesuaian dengan kehendak anda.

  • Efek slow motion dan time lapse
cara buat video

Kebanyakan telefon pintar mempunyai fitur video seperti melambatkan atau mempercepatkan masa dalam rakaman video; atau lebih dikenali sebagai slow motion dan time lapse. 

Slow motion adalah efek yang terjadi apabila telefon pintar anda merakam video dengan kadar bingkai yang dipercepat dan bila dimainkan dengan kelajuan yang normal, video menjadi lambat.

Manakala time lapse pula, rakaman kadar bingkai yang rendah digunakan jadi bila dimainkan dengan kelajuan yang normal, video tersebut menjadi laju.

Kedua fitur jika digunakan dengan bijak dan kreatif mampu menghasilkan video yang menarik. 

  • Orientasi video

Bagi menentukan orientasi video anda, anda perlu tahu terlebih dahulu medium apa yang video anda akan dimuatnaik. 

Adakah di Youtube, Instagram, WhatsApp dan sebagainya kerana setiap medium mempunyai kecenderungan orientasi yang tersendiri. 

Kebanyakan video yang lebih profesional akan memilih orientasi melintang supaya boleh ditayangkan di televisyen atau Youtube.

Tetapi tidak bermaksud anda perlu menyekat kreativiti anda daripada menghasilkan video menegak.

  • Edit video

Ramai yang tidak rajin untuk mengedit video kerana mereka beranggapan yang mereka perlu ada aplikasi yang berbayar dan rumit untuk edit video.

Sedangkan realitinya, terdapat banyak aplikasi edit video yang percuma dan menawarkan fitur yang menarik. 

Atau anda boleh saja menggunakan fitur sedia ada pada aplikasi gambar anda seperti trim atau pendekkan video anda dan gunakan filter asas yang ada pun sudah mencukupi.

Semuanya bergantung kepada tujuan dan hasil yang bagaimana yang anda inginkan daripada rakaman anda. 

Jika anda ingin menghasilkan video secara profesional, dapatkanlah khidmat HAS Production. 

HAS Production merupakan satu produksi video yang membantu pemilik bisnes dan syarikat menghasilkan video pemasaran viral dan berimpak tinggi. 

Pengalaman mereka tidak terikat hanya pada video pemasaran tetapi mereka juga pakar dalam menghasilkan video korporat, persatuan dan agensi kerajaan.

Tidak kira sama ada video anda bertujuan untuk awareness atau meningkatkan sales, HAS Production boleh membantu anda mendapatkan capaian yang lebih tinggi dan meluas.

Dengan kepakaran yang mereka ada, mereka akan bantu anda mengekalkan video anda relevan pada masa akan datang.

Categories
Umum

Hukum Ziarah Kubur Pada Pagi Hari Raya Pertama

Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang perlu diketahui supaya kita mengikuti perintah Allah SWT. Salah satu perkara adalah mengetahui hukum ziarah kubur pada hari raya.

Amalan ini selalu dilakukan oleh umat Islam terutamanya di Malaysia. Walaubagaimanapun, masih banyak pendapat tentang amalan ini dan jika ia boleh dilakukan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang amalan ini dan hukum ziarah kubur pada hari raya di sisi Islam.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Salah Faham Mengenai Amalan Ini

Hukum ziarah kubur pada hari raya

Satu perkara yang selalu disalah faham oleh rakyat Malaysia adalah bahawa amalan ini merupakan seruan agama dan dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Hakikatnya adalah tidak ada dalil atau hadis yang menyatakan bahawa Baginda melakukan amalan ini pada pagi hari raya.

Amalan ini telah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu dan tidak merupakan salah satu sunnah Nabi atau seruan agama. 

Ini perkara yang perlu diingat supaya tiada salah faham tentang perkara ini.

Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya

Hukum ziarah kubur pada hari raya

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda hukum ziarah kubur pada hari raya.

Di sisi Islam, amalan ziarah kubur sangat dituntut dan merupakan perkara sunat. Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:    

 كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: 

“Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”

Amalan ziarah kubur dilakukan untuk mengingati kematian dan juga dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila Baginda menziarahi kubur ibunya.

Apabila Baginda menziarahi kubur tersebut, Baginda bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya:

“Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”.

Namun bagi hukum ziarah kubur pada hari raya, tidak ada satu hukum yang kuat tentang amalan ini kerana terdapat pelbagai pendapat tentang perkara ini.

Ada ulama’ yang menyatakan bahawa ia adalah makruh kerana merupakan perkara bidaah kerana tiada nas atau dalil yang menunjukkan Rasullulah SAW melakukan perkara ini.

Tetapi jika kita mengikut pendapat Mufti Malaysia, hukumnya adalah harus kerana tiada perintah larangan tentang amalan ini di sisi Islam.

Tambahan pula, seruan menziarah kubur bersifat umum dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. 

Oleh itu, anda boleh melakukan amalan ini jika anda mahu asalkan anda mengikuti perintah dan SOP yang dikeluarkan dan dibenarkan Majlis Keselamatan Negara pada waktu ini.

Kesimpulannya, hukum ziarah kubur pada hari raya adalah harus pada pendapat ulama’ di Malaysia dan boleh dilakukan.

Hukum ziarah kubur pada hari raya

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilak ukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Categories
Umum

Shipping From China to Malaysia: The Ultimate Guide

To run a successful business, you will have to have great knowledge of the ins and outs of the industry such as learning about the importance of shipping from China to Malaysia.

It is an important aspect of importing products due to its practicality and also the low costs that are required to purchase products from China.

In this article, we will give you the ultimate guide on shipping from China to Malaysia such as the way to purchase products, some tips and the benefits of buying from China.

Read on to find out more.

Steps: Shipping From China To Malaysia

In this section will suggest some steps that you should follow if you decide to purchase or import products from China.

1.Do Not Stick To One Supplier

A very important step when you decide to venture into this business is that you should never stick and only rely on 1 supplier.

This is because it will give you more choices to choose from when looking for products. You can compare prices, shipping time and also how the supplier treats you.

It is important that you have a network of suppliers so that you won’t have any problems when looking for products. 

Having a lot of contacts will also help you as they can recommend their friends if you are searching for something in particular.

2.Find A Trusted Supplier

While you should look for more than 1 supplier, you must make sure that all the suppliers that you contact have a clean track record and can be trusted.

This is because there have been many cases where people have been scammed of their money as the supplier was not truthful in what they promised.

You can ask for recommendations from your friends and family who have experience in this area so that they can recommend a trustworthy supplier.

3.Develop A Good Relationship With Suppliers

You should always try and create a good and professional relationship with your supplier. This is because it may give you the chance of receiving discounts that other people may not get.

This is because the supplier trusts you and knows that they will not face any problems by dealing with you. 

They will also tend to speed up shipping processes just for you if you have a good rapport with them.

4.Get Ready To Pay

When you are looking for companies that provide shipping from China to Malaysia, you should know that they usually require you to buy products in large quantities.

This is where you should get ready and prepare to pay as the cost may be higher than what you expect. 

However, you will save a lot of money as they have marked down the price for each individual product by a lot.

Benefits Of Purchasing From China

1.Low Costs

One of the best things about shipping from China to Malaysia is the low price that this process charges compared to other countries.

As well as the product itself, the costs for transportation are much cheaper compared to other countries as cargo ships come here all the time so there is an endless amount of ships ready.

This allows you the perfect opportunity to start your own business by selling products that you purchase from China as it will help you make a quick profit when you sell them.

2.Can Purchase In Large Quantity

Another reason why this method is very popular among people in the business industry is that you can purchase products in large quantities.

This is because most companies in China produce their products in huge bulks which allow people to purchase it all in one go.

It saves a lot of time as you can buy everything from one place and helps you secure a lot of stock for your business at a great price!

3.High-Quality Products

A huge misconception about products from China is that the products are not of good quality.

However, that is completely untrue as products from China are actually more better compared to other countries. This is due to the number of experts that are involved in manufacturing. 

This is why many big companies choose to have their factories stationed in China as they can produce high quality products.

MFAZ Ventures

If you choose to purchase products from China, the next step is for you to find a company to help you with transportation in Malaysia.

If so, the perfect company for you is MFAZ Ventures!

We offer many choices for clients to choose from to help with their transportation needs. They can choose from sea freight and also air freight from various destinations.

Here are some reasons as to why you should choose us!

  • Reliable And Fast Doorstep Delivery Service
  • Secured Multiple Payment Option Available
  • Combine Your Shipment From Different Supplier When Shipment Arrive Malaysia Warehouse
  • Accurate And Easy Online Tracking

In conclusion, learning about shipping from China to Malaysia is an important aspect of business as it gives you many benefits.

If you are starting a new business or already have one and need help with your transportation needs, you choose MFAZ Ventures as mentioned before.

MFAZ is committed to help you as they serve by following their policy which is “accuracy, cost-competitive, efficiency, expedition and reliability” to all clients.

We also promise to be connected, committed and creative when serving you to make sure that you will be enjoying the highest quality of service with MFAZ.