Categories
Umum

6 Cara Menghilangkan Batuk Secara Semulajadi Yang Ramai Tidak Tahu

Leave a Comment / Article / By BMAdminWP

Semenjak pandemik bermula, semestinya kita lebih berhati-hati dengan apa jua jenis penyakit termasuklah batuk.

Batuk boleh menyerang setiap lapisan usia tetapi lebih mudah berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.

Artikel kali ini berkongsikan 6 cara menghilangkan batuk dengan semulajadi.

Definisi Batuk

Sebelum anda ingin mencegah batuk, anda perlu tahu apa itu batuk terlebih dahulu.

Batuk ialah satu tindak balas semulajadi yang berlaku apabila terdapat bendasing dan kuman yang perlu disingkirkan.

Batuk membantu menghalang jangkitan kuman daripada menyerang saluran penafasan dan memasuki paru-paru.

Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Punca batuk

Teruskan membaca untuk mengetahui antara sebab-sebab anda dijangkiti batuk.

1.  Jangkitan pada paru-paru

Jangkitan kuman atau virus pada paru-paru akan menyebabkan iritasi pada lapisan tersebut dan menyebabkan penghasilan kahak.

Warna kahak boleh menentukan sama ada anda dijangkiti kuman atau virus.

Lazimnya, kahak tidak berwarna berpunca daripada jangkitan virus.

Manakala kahak berwarna kuning kehijauan selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.

2.  Sakit asma

batuk

Penyakit asma ialah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.

Umum mengetahui semasa serangan asma berlaku, pesakit akan mengalami sesak nafas.

Namun, terdapat juga simptom lain seperti batuk, bernafas dengan laju dan nafas berbunyi.

3.  Bronkitis

Bronkitis ialah keradangan pada saluran bronkus (komponen yang membentuk paru-paru).

Bronkus merupakan saluran penyampaian oksigen dan karbon dioksida.

Keradangan ini menyebabkan bronkus membengkak dan kahak akan terkumpul dalam bronkus.

Kesannya adalah masalah penafasan dan batuk.

4.  Penyakit paru-paru obstruktif kronik (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)

batuk

Penyakit ini selalunya menyerang individu yang berumur dan penyebab utamanya adalah merokok.

Asap rokok boleh mencederakan lapisan paru-paru.

Jika pendedahan kepada asap rokok berterusan akan menyebabkan paru-paru rosak dan menyebabkan paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna.

Kesannya, gas karbon dioksida terperangkap dalam badan dan badan akan menghasilkan refleks iaitu batuk untuk menyingkirkan gas ini.

6 Cara Menghilangkan Batuk Secara Semulajadi

Selain daripada mengambil ubat batuk, batuk juga boleh dihilangkan dengan semulajadi.

Kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan pun memang dah ada dalam dapur anda.

1.          Madu asli

Tak dapat nak dinafikan yang madu asli mempunyai banyak khasiatnya termasuklah melegakan batuk.

Madu boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan semulajadi lain seperti perahan limau nipis dan jus lemon.

Kombinasi madu asli, perahan jus lemon dan air suam menghasilkan ramuan mujarab untuk mengurangkan batuk.

Madu mampu menenangkan manakala jus lemon boleh membantu daripada berlakunya kesesakan pada rongga.

2.          Air masak

Salah satu cara semulajadi yang paling mudah adalah meminum air masak.

Batuk yang berlarutan mampu menyebabkan sakit tekak.

Jadi, amatlah penting untuk anda mengekalkan kelembapan tekak dengan meminum air masak.

Air masak juga mampu mencairkan kahak dan mengelakkan dehidrasi (kekurangan air) yang mampu mengundang penyakit lain.

3.          Halia

Halia mempunyai pelbagai khasiatnya. Antaranya adalah membantu membuang kahak, dan melegakan sertamengurangkan pedih pada tekak.

Keberkesanan halia terbukti apabila dijadikan teh halia dan diminum secara panas atau suam.

Campurkan pudina segar untuk bantu menghilangkan gatal pada kerongkong.

Nak membuat teh halia yang menyelerakan untuk diminum sangatlah mudah!

Anda hanya perlu rendam halia dan beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas.

Campurkan sedikit madu untuk menaikkan rasanya dan minum teh ini dua gelas sehari.

4.          Aiskrim

Pasti ramai yang terkejut memandangkan kita selalu ditegah memakan aiskrim ketika sakit.

Tetapi aiskrim sebenarnya boleh membantu mengurangkan sakit tekak.

Sifat aiskrim yang sejuk dan tekstur yang lembut dapat mengurangkan sakit tekak kerana tekak akan merasa kebas.

Pesakit akan berasa lebih selesa dan nyaman.

Selain itu, aiskrim juga boleh menaikkan selera makan dan memberikan tenaga.

5.          Asam jawa

Asam jawa tidak asing lagi dalam masakan Melayu tetapi tahukah anda asam jawa juga mempunyai khasiat yang mampu melegakan tekak anda?

Nak buat air asam jawa pun sangat senang.

Anda hanya perlu campurkan dua sudu asam jawa dengan air suam dan kacau hingga sebati.

Jangan lupa tapiskan air asam jawa untuk buang biji dan seratnya.

Walaupun masam, air asam jawa mampu menyamankan tekak dan menyejukkan badan.

Minum dua kali sehari untuk kesan yang optimum.

6.          Bawang putih

Bawang putih bukan hanya untuk menaikkan rasa dalam masakan tetapi boleh juga menghilangkan batuk.

Bawang putih sebenarnya salah satu petua tradisional yang berkesan dan amat mudah.

Caranya ialah membakar satu labu bawang putih di atas dapur gas selama 15 minit.

Jangan buang kulitnya dan pastikan ianya tidak terbakar sehingga hangit atau rentung.

Selepas 15 minit, buangkan kulitnya dan makan begitu sahaja.

Kalau tak berselera makan bawang putih, jangan risau sebab ada cara alternatif yang anda boleh lakukan.

Tumbukkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan gaul bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara.

Kemudian, sapukan ramuan ini pada leher sekerap mungkin.

Kesimpulan

Itulah antara tips dan petua menghilangkan batuk secara semulajadi yang dapat dikongsikan dalam artikel ini.

Bahan semulajadi mempunyai pelbagai khasiat yang harus kita manfaatkan.

Sebab itulah Tropika menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan.

Apa yang lebih menariknya, produk Tropika selamat digunakan untuk bayi dan ibu mengandung!

Tropika menggunakan estrak botani dan resepi tradisional Melayu yang terbukti berkesan.

Layari laman web Tropika sekarang!

Categories
Umum

Slip Disc: Semua Yang Anda Perlu Ketahui

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah ini boleh menyebabkan lumpuh.

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui melalui artikel ini.

Kenali Slip Disc

Slip disc merujuk pada penyakit yang berlaku bila mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal. Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas.

Disc tulang belakang berfungsi sebagai pelapik di antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan, lalu membenarkan pergerakan antara tulang belakang berlaku.

Masalah slip disc berlaku apabila struktur luarnya terkoyak, lalu menyebabkan struktur dalam terkeluar dan menekan saraf. 

Ia merupakan kecederaan pada tulang belakang yang sering berlaku bukan sahaja pada golongan yang berusia, malah turut terjadi di kalangan orang muda. 

# Save Money

Categories
Umum

7 KOLEKSI BAJU KURUNG RAYA PALING DITUNGGU 2021

Membeli baju kurung raya merupakan salah satu tradisi wajib dan paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Setiap tahun, terdapat pelbagai rekaan yang dikeluarkan oleh pereka-pereka fesyen di seluruh negara termasuklah pereka busana Muslimah terkemuka Zoffya.

Untuk mengetahui tentang koleksi-koleksi baju raya pada tahun 2021 ini, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Seiring dengan arus peredaran zaman, pereka-pereka fesyen tempatan telah mereka baju kurung yang lebih moden tetapi masih lagi mempunyai elemen-elemen klasik.