Categories
Umum

21 Koleksi Baju Tidur Kanak-Kanak Pyjamas Yang Menarik

Keselesaan anak merupakan perkara yang penting bagi setiap ibu bapa. Salah satu cara untuk menjamin perkara ini adalah dengan membeli baju tidur kanak-kanak yang baru.

Anak-anak anda akan berasa seronok menunggu waktu tidur kerana mereka memakai baju tidur yang menarik dan juga selesa.

Dalam artikel ini, kami akan cadangkan kepada anda 21 baju tidur kanak-kanak yang anda boleh dapatkan daripada Bums & Bums.

Teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih tanjut.

11 Koleksi Pyjamas Kanak-Kanak Lelaki

Dalam bahagian ini, kami akan menunjukkan 11 baju tidur kanak-kanak lelaki yang anda boleh pilih. Ini sesuai bagi anak anda yang berumur antara 1 hingga 6 tahun. 

Diingatkan juga bahawa semua adalah tertakluk kepada stok.
Colourful Vehicle Black Pyjamas (RM19.90)

Cadangan kami yang pertama untuk anak lelaki anda adalah pilihan ini. Ini sangat menarik kerana terdapat pelbagai kartun kenderaan pada baju.

Ini sesuai bagi anak anda yang suka bermain-main dengan kereta kecil dan suka pada warna-warna terang seperti warna yang terdapat pada kereta pada baju tidur ini.
Dinosaur Red Pyjamas (RM19.90)

Pilihan yang kedua sangat menarik bagi kanak-kanak yang suka tengok cerita atau main mainan yang berunsur dinosaur.

Pada baju ini, kita boleh lihat pelbagai jenis dinosaur telah menjadi inspirasi baju tidur kanak-kanak ini. Ini sangat sesuai bagi anak-anak anda yang sukakan binatang ini.

Mouse Yellow Orange Pyjamas (RM19.90)

Seterusnya adalah pyjamas yang bertemakan Mickey Mouse. Ini sangat menarik kerana kebanyakan kanak-kanak kenal watak ini.

Warnanya yang pelbagai juga boleh menarik perhatian anak anda. Seperti yang lain, ia juga dibuat dari cotton dan sangat selesa untuk anak anda.

Police Car Red Pyjamas (RM19.90)

Cadangan baju tidur kanak-kanak seterusnya adalah baju yang mempunyai kartun kereta polis. Ini juga berharga RM19.90 seperti yang lain.

Ini sangat menarik untuk anak anda terutamanya mereka yang suka menonton kartun-kartun polis. Warna yang terang juga dapat menarik perhatian anak anda. 
Party Blue Pyjamas (RM19.90)

Seterusnya adalah “Party Blue Pyjamas “. Ini sangat menarik kerana mempunyai kartun Minion dari filem animasi terkenal Despicable Me.

Ia sangat selesa untuk dipakai dan sesuai bagi menyenangkan anak anda tidur waktu malam.
Orange Vehicle Pyjamas (RM19.90)

Cadangan keenam dari koleksi kami adalah pyjamas yang berkonsepkan kenderaan berwarna oren dan hijau. 

Baju tidur ini sangat selesa kerana ia mempunyai elastik pada bahagian kaki supaya anak anda akan berasa selesa waktu tidur.

Bright Dino Blue Pyjamas (RM19.90)

Baju tidur ini lebih kurang sama seperti nombor 2. Tetapi pilihan yang ini mempunyai lebih banyak dinosaur pada baju dan juga lebih banyak warna.

Jika anak anda suka baju warna-warni, pyjamas ini sangat sesuai bagi mereka.

Colourful Vehicle White Pyjamas (RM19.90)

Baju tidur yang seterusnya juga mempunyai tema kenderaan. Baju kali ini pula menarik kerana mempunyai gambar kenderaan yang pelbagai warna.

Seperti yang sebelum ini, ia sesuai bagi kanak-kanak yang suka warna-warna terang.

Wildlife Yellow Pyjamas (RM19.90)

Cadangan kami yang ke-9 adalah baju tidur yang bertemakan safari. Ini termasuk binatang seperti harimau dan gajah. Warnanya yang kuning juga menarik.

Baju ini sesuai kepada kanak-kanak yang suka binatang dan warna-warna terang.

Cool Vehicle Blue Pyjamas (RM19.90)

Jika anak anda suka main dengan mainan seperti kapal terbang atau helikopter, baju ini sangat sesuai untuk mereka.

Ia tidak sama dengan koleksi lain kerana pada baju ini terdapat pelbagai jenis kenderaan dan bukan kereta sahaja. 

Ia juga mempunyai elastik untuk memberi anak anda tahap keselesaan yang maksima.
Fancy Alligator Blue Pyjamas (RM19.90)

Cadangan pyjamas lelaki yang terakhir daripada kami adalah Fancy Alligator Blue Pyjamas. Baju ini juga mempunyai kartun binatang iaitu kartun buaya.

Kartun yang berwarna warni sangat menarik dan sesuai bagi kanak-kanak. Ia juga selesa untuk dipakai dan juga boleh dijadikan baju kanak-kanak harian.

Lihat Koleksi Pyjamas Kanak-Kanak Di Sini

10 Koleksi Baju Kanak-Kanak Perempuan Yang Cute

Di bahagian ini pula, kami akan mencadangkan 10 baju tidur untuk anak perempuan anda.
Pony Pink Pyjamas (RM19.90)

Cadangan kami yang pertama adalah baju yang bertemakan cerita yang sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak iaitu My Little Pony.

Warna baju yang merah jambu sangat menarik dan sesuai bagi anak perempuan anda. Ia juga diperbuat daripada 100% cotton yang lembut.
Pink Fruity Pyjamas (RM19.90)

Seterusnya adalah pyjamas yang bertemakan buah-buahan. Antara buah yang terdapat pada baju ini adalah buah strawberi dan kiwi.

Seperti sebelum ini, warna utama baju ini juga jambu merah. Baju ini sesuai bagi anak anda yang suka baju tidur  warna-warni seperti warna buah.
Unicorn White Pyjamas (RM19.90)

Baju tidur kanak-kanak perempuan yang ketiga adalah Unicorn White. Seperti pada nama, warna utama baju ini adalah putih. Ia sangat menarik kerana mempunyai gambar unicorn.

Baju ini sangat selesa dan sesuai untuk dipakai pada waktu tidur kerana kainnya yang lembut.
Happy Mouse Green Pyjamas (RM19.90)

Seperti cadangan baju bagi kanak-kanak lelaki, baju tidur ini juga bertemakan Mickey Mouse. Tetapi pyjamas ini berbeza kerana juga mempunyai gambar Minnie Mouse.

Ini sesuai bagi anak anda yang sukakan Minnie Mouse dan cerita-cerita Disney yang lain.
Animal Pink Pyjamas (Rm19.90)

Pilihan kelima mempunyai warna utama merah jambu seperti pilihan 1 dan 2. Ini juga bertemakan binatang yang pelbagai. 

Antara binatang yang terdapat pada baju ini adalah arnab dan juga rusa. Ini sesuai bagi anak perempuan anda yang suka binatang.
Heart Black Pyjamas (RM19.90)

Baju tidur kanak-kanak seterusnya mempunyai kartun-kartun  hati yang berwarna merah. Ia sangat cantik kerana mempunyai kontra warna yang berbeza dari warna utama iaitu warna hitam.

Ia juga sesuai untuk dijadikan baju harian kerana kainnya yang sangat selesa dan coraknya yang sangat cantik.
Ice Cream Pink Pyjamas (RM19.90)

Pyjama ini sangat menarik kerana mempunyai kartun aiskrim dan juga kartun buah seperti ceri. Warna utamanya yang merah jambu juga memberi gambaran yang cantik.

Ini sangat sesuai bagi kanak-kanak kerana kainnya sangat lembut dan juga mudah untuk dibasuh jika ia kotor.
Floral Maroon Pyjamas (RM19.90)

Pilihan yang ke-8 adalah pyjama yang mempunyai corak-corak bunga. Ini sangat unik kerana tidak ada pilihan lain yang mempunyai corak bunga.

Warna utama baju ini adalah maroon dan sangat cantik kerana bunga yang berwarna merah jambu memberi kontras warna yang sangat menarik.

Ia sangat sesuai bagi anak anda yang suka bunga dan suka warna merah jumba atau maroon.
Navy Blue Watermelon Pyjamas (RM19.90)

Baju tidur kanak perempuan seterusnya adalah Navy Blue Watermelon. Ini sangat cantik kerana baju ini mempunyai kartun buah tembikai.

Anak anda pasti akan suka kerana kartunnya yang sangat comel dan warnanya yang terang.
White Kitten Pink Pyjamas (RM19.90)

Cadangan kami yang terakhir juga merupakan baju yang bertemakan watak yang terkenal. Watak kali ini pula adalah Hello Kitty.

Hello Kitty sangat terkenal di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Anak perempuan anda pasti akan suka jika dia memakai pyjama ini. 

Tips Pemilihan Baju Tidur Kanak-Kanak

Di bahagian ini, kami akan memberi anda beberapa tips semasa anda sedang mencari baju tidur untuk anak-anak anda. 

Ini untuk pastikan anda membuat keputusan yang terbaik semasa membeli baju untuk anak anda.Cari Saiz Yang Lebih Besar

Ini sangat bagus untuk anda amalkan. Ia bukan sahaja memberi ruang banyak kepada anak anda dan bagi mereka lebih selesa, mereka juga dapat pakai baju pada jangka yang lebih lama.

Ini dapat menjimatkan duit anda dengan banyak jika anda selalu amalkan tip ini.
Cari Kain Baju Yang Sesuai

Ini sangat penting terutamanya kepada kita yang tinggal di negara yang sangat panas. Oleh itu, anda perlu cari kain baju yang sesuai untuk anak anda.

Jangan cari kain yang tebal sangat supaya anak anda tidak berasa panas pada waktu yang malam. 
Cari Warna Yang Menarik

Warna baju juga memain peranan dalam mempengaruhi perasaan anak-anak anda.

Jika mereka pakai baju yang warna terang, mereka akan lebih ceria. Jika pakai baju yang hitam sahaja, maka anak anda tidak akan nampak ceria dan juga rasa panas kerana baju serap haba.
Cari Corak Yang Sesuai Dengan Anak Anda

Ini juga sangat penting. Anda perlulah beli baju mengikut citarasa anak anda. Jika anak anda suka binatang, maka anda boleh beli pyjamas yang mempunyai kartun binatang.

Jika anda silap beli corak yang anak anda tidak suka, maka mereka tidak akan pakai baju itu dan duit hanya akan dibazirkan.

Kesimpulannya, baju tidur kanak-kanak sangat bagus untuk dibeli supaya anak anda merasa selesa waktu tidur.

Jika anda sedang mencari baju tidur, kami cadangkan anda pilih Bums & Bums. 

Bums & Bums juga mempunyai promosi yang sangat menarik pada waktu sekarang. 

Anda boleh membeli 3 baju berharga RM19.90 pada harga RM50. Tambahan pula, anda juga akan diberi mainan yang percuma!

Jika anda mahu tengok katalog dan pilihan lain yang kami ada selain dari 21 yang kami telah cadangkan, anda boleh ke laman web kami di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *