Categories
Umum

5 KEBAIKAN SANTAN KELAPA UNTUK KESIHATAN ANDA

Tahukah anda bahawa santan kelapa mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri dan tidak berfungsi sebagai penambah rasa masakan semata-mata?

Disebabkan teksturnya yang pekat dan berlemak, ramai di antara kita yang beranggapan bahawa ianya boleh membahayakan kesihatan.

Untuk mengetahui tentang kebaikan-kebaikan santan untuk kesihatan anda dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel ini sehingga akhir.

5 KEBAIKAN SANTAN KELAPA

santan kelapa

Seperti yang kita tahu, santan merupakan bahan masakan yang terkenal dan sering digunakan di dalam masakan di seluruh dunia lebih-lebih lagi di Asia Tenggara. 

Berbeza sekali dengan air kelapa yang dijadikan minuman, santan kebiasaannya digunakan bagi menambakan rasa makanan.

Walaupun ianya kelihatan seperti penambah rasa makanan semata-mata, terdapat banyak manfaat kesihatan sekiranya ia digunakan dengan cara yang betul dan tidak berlebihan.

Berikuti merupakan beberapa kebaikan yang anda boleh perolehi dari santan kelapa :

1. Menguatkan sistem ketahanan badan

Santan mengandungi asid laurik yang terkenal dengan khasiat antiseptiknya. Ini akan membantu tubuh dalam melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, virus, dan lain-lain. 

Terdapat satu kajian yang dilakukan di Filipina menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengalami radang paru-paru lebih cepat untuk sembuh dengan antibiotik dan santan.

Berbeza pula dengan mereka yang dirawat dengan hanya menggunakan antibiotik, tindak balas mereka sedikit lambat dan memakan masa yang lama.

2. Rambut dan kulit yang sihat

Selain itu, santan kelapa terkenal dan seringkali di gunakan sebagai rawatan untuk kulit dan rambut yang sihat. 

Kandungan lemaknya yang tinggi sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan seterusnya membantu mengurangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala. 

Hal ini disebabkan oleh kandungan asid laurik yang mempunyai sifat antibakteria dan anti-kulat. 

Seterusnya, santan berkesan untuk mengurangkan kedut wajah dan membantu mencegah jerawat disebabkan oleh sifat anti-bakterianya dan membuatkan anda tampil lebih muda. 

3. Mencegah penyakit jantung

Santan kelapa dipercayai dapat meningkatkan kadar kolesterol HDL dalam badan. Kolesterol HDL mempunyai sifat anti-radang yang melindungi saluran darah.

Tambahan lagi, kajian menunjukkan bahawa santan dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL. Kolestrol LDL merupakan kolesterol jahat dalam tubuh.

Kolesterol LDL, sebaliknya, mendorong pembentukan plak pada saluran darah yang boleh menyebabkan penyempitan saluran tersebut. 

Apabila saluran darah yang membekalkan darah kepada  otot dan jantung menyempit, serangan jantung boleh berlaku.

4. Membantu mengurangkan berat badan

Santan kelapa kaya dengan trigliserida rantai pendek dan sederhana yang dianggap lemak sihat. Ini akan membuatkan anda berasa kenyang dan makan dengan lebih sedikit.

Bukan itu sahaja, ianya lebih cenderung untuk ditukarkan kepada tenaga berbanding asid lemak rantai yang lebih panjang di mana ia boleh menyumbang kepada kegemukan.

5. Mengimbangkan elektolit di dalam badan

Santan kelapa kaya dengan elektrolit seperti kalium, magnesium dan fosforus. Kalium sangat penting untuk mengekalkan degupan jantung pada tahap yang normal. 

Tambahan lagi ia juga penting untuk kesihatan otot anda. Magnesium diperlukan untuk sistem imunisasi yang sihat serta untuk saraf dan otot berfungsi secara normal. 

Dengan menambahkan santan ke dalam masakan anda, anda telah memastikan tubuh badan anda mendapat bekalan fosforus yang mencukupi untuk kesihatan tulang dan gigi.

PEMBEKAL SANTAN SEGAR

Sekiranya anda tidak mempunyai masa dan susah untuk mendapatkan isi kelapa parut, kami mencadangkan anda untuk mencuba Santan Depot. 

Santan Depot merupakan santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Bukan itu sahaja, santan segar dari Santan Depot ini tidak mempunyai campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari dengan cara penyimpanan yang betul.

Santan Depot menawarkan santan yang berkualiti tinggi, pekat, dan mempunyai aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan kesihatan yang anda boleh dapati apabila menambahkan  santan kelapa ke dalam masakan anda.

Tidak kira samada santan yang diesktrak dari isi kelapa parut atau santan di dalam kotak, kedua-duanya mempunyai khasiat yang sama.

Namun, anda haruslah menggunakannya dengan kuantiti yang betul bagi mengekalkan kesihatan tubuh anda.

Oleh itu, anda semestinya harus memilih Santan Depot seperti yang diterangkan di atas. 

Bukan itu sahaja, ianya merupakan pilihan terbaik buat anda kerana harga dan rasanya yang sangat berbaloi.

Visi utama Santan Depot adalah untuk menyediakan bekalan kelapa segar dan berkualiti di kawasan Bandar Tasik Puteri dan yang berdekatan dengannya.

Untuk membuat tempahan Santan Depot juga sangat mudah kerana anda boleh membuat tempahan secara online melalui whatsapp dan laman web rasmi Santan Depot. 

Dapatkan santan yang berkualit dari Santan Depot sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *