Categories
Umum

5 Rawatan Kulit Sensitif Yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah

Kulit sensitif merupakan satu kondisi yang boleh berlaku kepada semua lapisan usia, daripada bayi hinggalah ke orang dewasa.

Ada yang menghadapai masalah ini disebabkan oleh genetik.

Ada juga individu yang mengalaminya kerana faktor lain seperti alahan.

Jenis kulit sensitif ini memerlukan usaha yang banyak untuk menjaga dan merawatnya.

Artikel ini akan bantu anda yang mempunyai masalah ini untuk merawatnya di rumah.

Apa itu Kulit Sensitif?

Kulit sensitif merujuk kepada jenis kulit yang mudah mengalami keradangan dan iritasi.

Individu yang mempunyai masalah ini mungkin mengalami iritasi apabila terdedah kepada keadaan dan bahan tertentu.

Contohnya bahan kimia, pewarna dan pewangi yang terdapat dalam sesetengah produk penjagaan kulit.

Selain itu, perubahan persekitaran, geseran dan jenis kain pakaian yang dipakai juga boleh menjadi punca iritasi pada kulit.

Anda perlulah elak daripada situasi dan bahan yang mampu mengundang iritasi.

Simptom Kulit Sensitif

Terdapat pelbagai simptom yang menandakan anda mempunyai kulit sensitif.

Individu berkulit sensitif perlu peka akan perubahan dan tindak balas kulit seperti yang berikut:

1.  Kulit sangat reaktif

Anda mungkin akan perasan sesetengah bahan dan produk membuatkan kulit anda tidak selesa.

Antara produk tersebut adalah sabun, bahan pewangi, minyak wangi, produk penjagaan kulit dan produk pembersih rumah.

Kulit anda akan bertindak balas dengan menjadi gatal, kering atau kemerahan.

Selain itu, perubahan persekitaran seperti terdedah kepada panas, sejuk dan angin juga mampu menyebabkan kulit anda bertindak balas.

2.  Kulit menjadi merah

Individu yang mempunyai kulit sensitif selalunya mempunyai kulit yang mudah menjadi kemerahan.

Perkara ini boleh terjadi dengan timbulnya ruam, bintik-bintik merah, dan saluran darah melebar.

Biasanya, kemerahan pada kulit ini akan hilang apabila punca iritasi disingkirkan atau dengan menjalani rawatan.

3.  Kulit kering

Kulit kering dan sensitif merupakan satu kondisi yang sentiasa berlaku.

Kondisi ini menyebabkan jerawat tumbuh dan kulit mengelupas.

Kulit anda boleh manjadi lebih bermasalah dalam cuaca sejuk, kering atau apabila terdedah pada angin kuat.

4.  Kulit mudah mengalami ruam

Salah satu tindak balas yang selalu berlaku adalah ruam.

Ruam biasanya berlaku jika anda membiarkan sesetengah produk kulit berada di atas kulit terlalu lama seperti krim muka.

Ruam akan menyebabkan anda rasa tidak selesa, kulit tidak sedap untuk dipandang dan ianya degil untuk hilang.

5.   Kulit mudah berjerawat

Apabila kulit anda sensitif, kulit akan mudah tumbuh jerawat.

Jerawat yang kebiasaannya orang berkulit sensitif hadapi pula meninggalkan kesan bonggolan atau lebam merah dan bernanah.

Anda mungkin akan mendapati penggunaan pencuci atau krim jerawat tidak membantu keadaan kulit anda.

Malah boleh menyebabkan kulit menjadi lebih bermasalah.

6.  Kulit anda mudah terkena selaran matahari (sunburn)

Kulit sensitif juga lebih mudah terdedah kepada kesan berbahaya daripada cahaya matahari seperti selaran matahari (sunburn).

Anda lebih berisiko tinggi jika kulit anda sudahpun merasakan tidak selesa atau mengelupas.

Anda harus sentiasa menggunakan pelindung matahari apabila berada di luar rumah.

Pelindung matahari yang anda guna perlulah mempunyai SPF30 atau lebih tinggi.

5 Cara Merawat Kulit Sensitif Di Rumah

Walaupun kulit sensitif memerlukan usaha yang banyak untuk menjaganya, anda tidak perlu berhabis duit untuk merawatnya.

Hal ini kerana terdapat pelbagai cara yang anda mampu lakukan untuk merawatnya di rumah.

1.  Pelembab kulit

Pelembab kulit mampu bantu mengurangkan iritasi dan kulit kering.

Anda perlu menggunakan pelembab kulit yang mempunyai bahan hypoallergenic.

Selain itu, minyak seperti shea butter dan minyak kelapa dara juga mampu membantu.

2.  Waktu mandi

Mandi terlalu lama mampu menyebabkan kulit kering dan tidak selesa terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan waktu mandi.

Cukup bagi anda mandi selama 10-15 minit sahaja.

3.  Suhu air

Suhu air sewaktu mandi atau membasuh tangan dan muka juga perlu diawasi.

Elakkan mengguna air panas sebaliknya gunakan air sejuk atau air suam.

4.  Jauhi bahan penyebab iritasi

Anda perlu peka akan bahan yang anda gunakan.

Jauhi bahan yang mengandungi bahan iritatif seperti alkohol dan retinoid.

Sebaliknya, gunakan bahan yang bebas sabun dan bebas pewangi.

5.  Uji bahan pada kulit

Sebelum menggunakan sebarang produk, produk tersebut perlu diuji pada sebahagian kecil kulit anda.

Disarankan uji produk pada bahagian kulit yang mudah ditutup seperti di belakang telinga atau sisi leher.

Ujian ini mampu menunjukkan sama ada kulit anda sensitif pada bahan tersebut ataupun tidak.

Produk Semulajadi TROPIKA

Banyak produk di pasaran mempunyai bahan kimia yang tidak sesuai untuk individu berkulit sensitif.

Yang lebih menakutkan adalah apabila bayi atau anak kecil anda mempunyai kulit sensitif.

Hal ini kerana mereka mempunyai kulit yang lebih halus dan lebih sensitif dari org dewasa.

Sebab itulah produk TROPIKA menjadi pilihan ramai kerana kami menggunakan bahan semulajadi seperti minyak kelapa dara dan herba tropika.

Jangan risau kerana produk TROPIKA selamat digunakan di mana setiap bahan produk yang dihasilkan dihantar ke ujian makmal.

Hal ini bagi memastikan ia selamat digunakan.

Tidak percaya? Cubalah produk TROPIKA dan saksikan keberkesanannya sendiri.

Layari laman web TROPIKA sekarang!


Senarai resepi agar-agar santan yang menggunakan santan kelapa dan santan pekat ada di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *