Categories
Umum

6 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut

Tahukah anda, secara purata, kebanyakan manusia melepaskan gas 15 hingga 40 kali setiap hari? Hal ini kerana masalah kembung perut memang tidak asing untuk ramai orang, tidak mengira usia.

Masalah ini, seperti setiap masalah lain, ada jalan penyelesaiannya. 

Apa Itu Kembung Perut?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kembung perut merupakan suatu reaksi angin dalam perut.

Ia berlaku apabila badan bertindak mengeluarkan angin yang berlebihan.

Dari mana datang angin berlebihan ini?

Kebiasaannya, angin berlebihan yang terperangkap dalam perut adalah hasil daripada makan dan minum air secara berselang seli. 

Punca Kembung Perut

Banyak sebab yang boleh menyebabkan perut kembung dan kebanyakannya berkait dengan tabiat pemakanan kita.

  1. Makan terlalu cepat atau terlalu banyak.

Salah satu tabiat yang menyebabkan perut kembung adalah makan dengan kuantiti yang terlalu banyak atau dengan kadar yang terlalu cepat.

Tabiat ini menyebabkan anda tertelan lebih banyak udara yang menyebabkan perut kembung.

  1. Serat (fiber) yang tidak mencukupi atau berlebihan

Kekurangan serat boleh mengakibatkan sembelit dan seterusnya menyebabkan perut kembung.

Jika anda mengalami sembelit, tingkatkan pengambilan serat dalam pemakanan anda secara beransur-ansur.

Pengambilan serat yang terlalu banyak juga mampu mengakibatkan gas yang berlebihan dan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.

Oleh itu, pastikan serat dalam diet anda adalah dalam kuantiti yang disarankan dan mencukupi untuk badan anda berfungsi dengan baik. 

  1. Tekanan atau kebimbangan

Pernahkah anda berasa terlalu tertekan atau gelisah tentang sesuatu dan pada masa yang sama, perut anda turut meragam?

Nak tahu kenapa?

Sebab otak anda boleh mempengaruhi sistem pencernaan anda. 

Otak merupakan organ yang paling kuat dalam manusia dan mempunyai hubungan langsung dengan perut.

Apabila anda mengalami tekanan atau berasa bimbang, anda mungkin akan turut mengalami gangguan pencernaan seperti kembung, sembelit, cirit-birit dan mual. 

  1. Asid refluks

Asid refluks berlaku apabila asid melimpah dari perut sehingga ke esofagus.

Gejala ini kebiasaannya menyebabkan seseorang itu berasa loya dan pedih ulu hati.

Selalunya, asid refluks berlaku tidak lama selepas makan atau minum dengan kuantiti yang banyak.

Banyak lagi penyebab lain yang menyebabkan anda mengalami masalah ini termasuklah penyakit seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan penyakit radang usus.

  1. Intoleransi makanan

Sesetengah orang tak mampu mencerna makanan tertentu dan menyebabkan pengeluaran gas yang berlebihan, mual dan cirit-birit.

Contohnya adalah orang yang tidak boleh mengambil makanan yang mengandungi laktosa seperti susu.

6 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut

Berikut adalah 6 cara mengatasi masalah kembung perut yang anda boleh lakukan.

  1. Kurangkan kuantiti makanan

Selalu berasa tidak selesa selepas makan banyak?

Jika ya, anda perlu mula ambil makanan dengan kuantiti yang sedikit.

Bukan itu sahaja, anda boleh cuba pastikan anda mengunyah makanan sehingga lumat. 

Hal ini mampu mengurangkan angin yang ditelan bersama makanan yang menyebabkan kembung perut.

Mengunyah hingga lumat juga bermakna anda akan makan dengan lebih perlahan.

Jadi, anda akan cepat kenyang dan seterusnya tidak akan makan dengan terlalu banyak.

  1. Kenal pasti intoleransi makanan anda

Gas yang berlebihan akan dihasilkan apabila akan makan makanan yang sukar dihadam oleh sistem penghadaman anda.

Antara intolerasi makanan yang biasa dihidapi adalah intoleransi terhadap laktosa, fruktosa, telur, gandum dan gluten.

Pastikan anda periksa makanan anda terlebih dahulu untuk pastikan bahan ini tidak terkandung dalam makanan anda.

  1. Elakkan menelan angin dan gas

Terdapat dua punca gas dalam sistem pencernaan kita.

Yang pertama berpunca dari bakteria dalam usus dan yang kedua adalah angin atau gas yang ditelan semasa anda makan atau minum.

Antara minuman yang anda boleh elakkan adalah minuman berkarbonat seperti minuman bersoda.

Selain itu, mengunyah gula-gula getah, minum menggunakan straw dan bercakap sambil makan juga boleh menjadi punca tertelan angin secara anda tidak sedar. 

  1. Elakkan makanan yang menyebabkan kembung perut

Sesetengah makanan yang tinggi kandungan serat seperti kacang dan bijirin menghasilkan gas yang banyak.

Antara cara untuk kenal pasti makanan yang menyebabkan kembung perut adalah dengan merekod pemakanan anda.

Makanan berlemak memperlahankan pencernaan dan pengosongan perut.

Ia mengenyangkan tetapi boleh menjadi masalah bagi orang yang cenderung untuk mengalami kembung perut.

  1. Elakkan sembelit

Kajian menunjukkan bahawa sembelit hanya memburukkan lagi masalah kembung perut ini.

Untuk mengelakkan sembelit, pengambilan serat larut adalah disarankan.

Namun, meningkatkan kandungan serat dalam diet perlu dilakukan secara beransuran dan dengan hati-hati.

Cara lain yang anda boleh lakukan adalah tingkatkan aktiviti fizikal atau minum lebih banyak air.

Keduanya mampu memberi kesan positif terhadap sembelit. 

  1. Minyak pudina

Kembung perut juga boleh disebabkan oleh perubahan fungsi otot dalam saluran pencernaan.

Ubat dipanggil antispasmodik dapat membantu mengurangkan kekejangan otot.

Tetapi, jika anda inginkan bahan semula jadi, minyak pudina dipercayai mempunyai fungsi yang serupa. 

Terdapat banyak lagi cara merawat kembung perut tetapi jika ianya berlarutan, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan. 

Rawat Kembung Perut Secara Tradisional dengan TROPIKA

Jika kita sebagai orang dewasa mengalami masalah ini pun tidak selesa, apatah lagi jika si kecil kita yang alaminya.

Semestinya anda menginginkan produk yang terbaik untuk menghilangkan kembung perut bayi anda. 

Sebab itulah TROPIKA membawakan anda Baby Herbal Cream yang menggabungkan 3 bahan semulajadi iaitu minyak kelapa dara, minyak kayu putih dan minyak halia.

Berbanding dengan minyak sapuan yang lain, tekstur Baby Herbal Cream berbentuk krim yang tidak mudah tumpah dan melekit.

Bukan sahaja produk untuk bayi, TROPIKA juga menawarkan produk untuk ibu mengandung, penjagaan kulit dan produk kesihatan.

Yang menariknya, kesemua produk TROPIKA berasaskan bahan semulajadi terutamanya minyak kelapa dara yang mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan anda dan si kecil. 

Jadi, anda tidak perlu risau tentang bahan kimia yang berbahaya kerana setiap bahan produk yang dihasilkan dihantar ke ujian makmal. 

Jangan tunggu lagi. Layari laman web Tropika sekarang!


Sila layari laman web Zoffya untuk dapatkan blouse muslimah, baju kurung raya dan baju raya sedondon untuk tahun 2021.


Jika anda ingin tahu tips berhenti merokok, sila layari website cara-berhenti-merokok.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *