Categories
Umum

6 Cara Merawat Slip Disc Dengan Berkesan

Slip disc merupakan salah satu perkara pertama yang sering di diagnos bagi pesakit-pesakit yang mengalami masalah sakit belakang yang teruk. 

Sakit belakang sering dialami oleh mereka yang sering berdiri terlalu lama, mengangkat barang-barang berat dan pelbagai faktor yang lain.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hampir 70% golongan dewasa mengalami sakit belakang pada satu-satu masa dalam kehidupan mereka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang slip disc serta faktor-faktor yang menyebabkan slip disc dan cara merawatnya, ikuti artikel ini sehingga akhir. 

Apa Itu Slip Disc?

slip disc

Anda mungkin tertanya-tanya apa itu slip disc?

Slip disc atau di dalam bahasa saintifiknya, prolapsed interverterbral disc (PID) adalah salah satu faktor penyumbang kepada sakit belakang.

Ia merupakan sejenis penyakit di mana terdapat tekanan pada saraf tunjang di mana disc tulang belakang, terkeluar dan menghimpit saraf di kawasan tulang belakang.

Ini akan menyebabkan keradangan dan membuatkan anda berasa sakit belakang serta kebas pada bahagian belakang. 

Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan sindrom cauda equine di mana anda akan mengalami kegagalan mengawal air besar atau air kecil.

Faktor Slip Disc

slip disc

Penyakit ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor. 

Sekiranya anda pernah mengalami perkara-perkara ini dan berasa sakit pinggang, anda berkemungkinan mengalami slip disc.

Antara faktor-faktornya adalah:

  • Kerja berat selepas mengangkat barang
  • Kurang bersenam
  • Sering memandu jauh dalam tempoh masa yang lama
  • Pernah mengalami kemalangan / trauma / jatuh dengan hentakan yang kuat
  • Lebihan berat badan
  • Selalu membongkok
  • Berumur 
  • Otot yang lemah

Cara Merawat

slip disc

Sekiranya anda di diagnos dengan penyakit ini, usah risau. Ia boleh dirawat dengan pelbagai cara sama ada anda mendapatkan rawatan di hospital mahupun di rumah.

  1. Rawatan Di Hospital

Sekiranya anda telah mendapatkan konsultasi dari doktor di hospital, terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah yang dialami.

Antara rawatan utama yang diberikan adalah melalui pengambilan ubat-ubatan dan melalui pembedahan.

Ubat yang diberi haruslah mengikut preskripsi doktor bagi mengurangkan rasa sakit dan melegakan kekejangan otot yang dialami. 

Antara ubat yang diberikan adalah ubat tahan sakit, ubat saraf dan muscle relaxants.

Seterusnya adalah dengan melakukan pembedahan. Proses pembedahan adalah untuk membedah sebahagian disc yang terkeluar atau mengeluarkan keseluruhan disc.

  1. Rawatan Sendiri Di Rumah

Seterusnya adalah rawatan alternatif bagi pesakit yang mengalami slip disc tanpa pembedahan. Anda boleh merawat masalah sakit belakang anda dengan kaedah berikut:

  • Pek ais atau panas

Kaedah ini dapat membantu melegakan rasa sakit belakang serta keradangan yang dialami oleh anda.

Balut pek panas dengan lapisan tuala yang secukupnya dan letakkan pada bahagian sakit selama 20 minit.

Bagi pek sejuk pula, balutkan dengan kain basah dan tekapkan pada bahagian sakit selama 15 minit.

  • Rawatan radiofrekuensi

Rawatan radiofrekuensi ini adalah rawatan berbentuk suntikan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami oleh anda.

  • Rawatan fisioterapi

Seterusnya, rawatan fisioterapi. Rawatan ini merupakan salah satu rawatan pilihan ramai. 

Ianya dijalankan oleh ahli terapi fizikal dan sangat membantu untuk mengurangkan rasa sakit serta menguatkan otot belakang anda.

  • Senaman dan regangan sakit belakang

Akhir sekali, rawatan slip disc yang berkesan adalah senaman dan regangan. 

Antara senaman nya adalah:

  • Hip extension
  • Cat and camel
  • Hip rolling
  • Pelvic tilt
  • Lower abdominal exercise 

Sekiranya anda tidak biasa dengan jenis-jenis senaman ini, anda boleh rujuk pakar ataupun melihat video-video yang dibuat khas bagi senaman ini.

Kesimpulanya, terdapat pelbagai kaedah rawatan yang anda boleh cuba untuk mengurangkan masalah sakit pinggang atau slip disc anda dan masalah ini tidak sepatutnya di ambil remeh.

Tambahan lagi, pastikan anda tidak mengangkat barangan berat ataupun melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan anda mengalami masalah sakit pinggang.

Jika anda mengalami slip disc, adalah amat penting untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya masalah sakit pinggang anda semakin teruk.

Bukan itu sahaja, mendapatkan rawatan fisioterapi juga merupakan salah satu kaedah yang bagus untuk menghilangkan rasa sakit pinggang anda.

Hal ini kerana mereka dapat membantu membaiki saraf anda dengan mengadakan program rehabilitasi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.

Oleh itu, sekiranya anda ingin mencuba rawatan fisioterapi, anda boleh menghubungi Flex Physiotherapy untuk konsultasi dan mendapatkan rawatan terapi fizikal.

Flex Physiotherapy terdiri daripada ahli-ahli fisioterapi yang pakar dalam merawat masalah slip disc, sakit pinggang, sakit sendi dan lain-lain lagi.

slip disc

Antara teknik yang digunakan oleh Flex Physiotherapy adalah teknik “hands-on” di mana ianya merangkumi:

  • Mulligan
  • Trigger Point Release
  • Joint Mobilization
  • Cyriax

Malahan, kebanyakan pesakit yang telah mendapatkan rawatan bersama Flex Physiotherapy ini berpuas hati dengan rawatan yang disediakan. 

DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA FLEXPHYSIOTHERAPY 


Anda mencari Peguam Hartanah ? Anda boleh lawati deidralegal.com

Jika anda perlukan kursus EIMAS . Anda boleh lawati website cepswam.com

Kejang Kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *