Categories
Umum

Agensi Pengangkutan Beri Kelonggaran Perbaharui Lesen.

Semua urusniaga dan perkhidmatan menerusi kaunter agensi di bawah Kementerian Pengangkutan diberhentikan sementara berkuat kuasa pada 1 Jun 2021 hingga 31 Jun 2021 di seluruh negara. Ini kerana berlakunya “total lockdown” dan pembaharuan boleh di buat pada 1 Ogos 2021 hingga 30 September 2021.

Hanya urusan kenderaan perdagangan perkhidmatan perlu (essential services) yang perlu perjalanan rentas sempadan negara dibenarkan melalui janji temu.

APAKAH AGENSI TERLIBAT?

Urusan kaunter yang dihentikan operasi sementara di atas melibatkan lima agensi berikut:

  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Puspakom
  • Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah
  • LPKP Sarawak

Pelepasan dan Kelonggaran

  1. JPJ

Pemilik Lesen Memandu (LM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang tamat pada mana-mana tarikh antara 1 Jun — 31 Julai 2021 diberikan kelonggaran seperti berikut:

  • Dibenarkan memperbaharui LM, LKM dan PSV dalam tempoh 60 hari, bermula 1 Ogos-30 September 2021.
  • Pemilik LKM tamat tempoh perlu memastikan kenderaan digunakan ada perlindungan insurans sah. Salinan sijil perlindungan insurans (e-cover note) perlu ditunjukkan apabila diminta pihak berkuasa.
  • Kaunter urusan pertukaran hak milik kenderaan ditutup sementara. Boleh berurusan secara atas talian melalui e-auto atau MyEG.

2. APAD dan LPKP

Kelonggaran diberikan adalah pengecualian memperbaharui lesen dan permit berikut:

  • Lesen Pengendali
  • Permit Kenderaan Perdagangan
  • Lesen Kenderaan Pelancongan
  • Kad Pemandu

Semua lesen dan permit yang dinyatakan di atas dibenarkan beroperasi walaupun tamat tempoh, tetapi perlindungan insurans sah perlu ada.

3. Puspakom

Tempoh sah laku kelulusan pemeriksaan Puspakom dilanjutkan mengikut baki selepas tamat tempoh PKP 3.0.

Sebarang perincian dan maklumat lanjut boleh menghubungi terus pihak terlibat melalui platform media sosial atau panggilan telefon. Maklumat semasa juga dipamer menerusi laman web.

Boleh layari etiqa untuk mendapatkan ilmu tentang insurans dan kelebihan jika amik dengan Etiqa. Contohnya, lesen memandu, tuntutan insurans, claim insurance & etiqa home insurance.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *