Categories
Umum

Bantu Anak Belajar Membaca: 10 Tips Penting Yang Ibu Bapa Patut Ikut

Membaca merupakan satu aktiviti yang harus diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Belajar membaca sejak kecil akan menyebabkan anak-anak ini fasih dan lancar membaca.

Seperti yang kita tahu, membaca itu merupakan jambatan ilmu. Oleh itu, amalan ini harus dijadikan sebagai kebiasaan dalam diri anak-anak.

Ibu bapa merupakan model pertama kepada anak-anak. Anak-anak akan memerhatikan apa dilakukan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah mengambil tindakan awal terhadap anak-anak.

Anak-anak akan teruskan belajar membaca apabila mereka berada di sekolah. Permulaan itu merupakan tindakan yang paling penting.

Artikel ini akan menyatakan tips untuk membantu anak-anak belajar membaca dan kelebihan mengajar anak membaca.

Kelebihan Mengajar Anak Membaca

Membaca dapat memberikan banyak manfaat kepada masyarakat lagi-lagi kepada anak kecil. Budaya membaca ini haruslah mula dikenalkan pada waktu bayi lagi.

Walaupun mereka tidak pandai membaca, tetapi persekitaran membaca itu hendaklah diterapkan dalam diri mereka. Ibu bapa memainkan peranan dalam menyediakan persekitaran mesra membaca.

Antara kelebihan membaca adalah:

  1. Menambah Perbendaharaan Kata

Semasa melalui proses membaca atau pun mendengar, anak-anak akan fokus terhadap perkataan atau ayat yang dibaca. Dari sinilah mereka akan memperolehi perkataan-perkataan baru.

Selain itu, melalui pemerolehan perbendaharaan kata yang baru ini terus akan dapat mengembangkan rangsangkan otak anak-anak. Ini kerana otak mereka diperkaya dengan bahasa.

  1. Meningkatkan Keterampilan Komunikasi

Keyakinan anak-anak untuk berbicara atau bercakap akan meningkat. Dengan adanya perbendaharaan kata yang banyak, ini memudahkan mereka untuk berkomunikasi.

Mereka tidak akan menghadapi kesukaran dalam melontarkan kata-kata. Mereka sudahpun kaya dengan pelbagai kata dan perkataan. Ini membantu mereka untuk menyusun ayat dengan betul.

Semasa mendengar ibu bapa membaca, anak-anak ini juga akan diajar bagaimana untuk menggunakan intonasi suara dengan betul. Nada yang betul akan ditunjukkan oleh ibu bapa.

Seterusnya anak akan tahu bagaimana hendak bercakap berdasarkan emosi mereka. Ini akan memudahkan individu lain untuk memahami mereka.

  1. Mengenal Konsep Baru

Ibu bapa dapat memperkenalkan pelbagai konsep baru kepada anak-anak melalui buku. Antaranya ialah jenis warna, bentuk, huruf, angka dan banyak lagi.

Apabila mereka mendengar ibu bapa mereka mengucapkan perkataan atau perkara yang mereka tidak fahami. Secara tidak langsung anak-anak telah menambah ilmu baru.

Sesi soal jawab antara ibu bapa dan anak ini merupakan sesi yang sangat penting dalam memperoleh ilmu baru kepada anak-anak.

  1. Melatih Kemampuan Berfikir Logik

Membaca ini dapat memberi latihan kepada anak-anak untuk berfikiran logik. Mereka akan mengetahui sebab dan akibat serta memahami konsep ilmu logik dan berfikiran secara abstrak.

Mereka akan mengetahui akibat dan hukuman apabila melakukan sesuatu tindakan. Mereka akan tahu mana yang betul, dan mana yang salah.

Setelah mereka mengetahui perkara yang mereka harus lakukan dan yang tidak boleh lakukan, ini akan memberi keyakinan untuk mereka membuat tindakan.

Mereka akan tahu akibat melakukan sesuatu. Ini mendorong mereka untuk melakukan kebaikan.

  1. Melatih Kosentrasi

Konsentrasi amat diperlukan dalam aktiviti membaca. Sekiranya tiada kosentrasi, anak-anak tidak akan faham buku yang mereka baca.

Melalui aktiviti membaca mereka dapat melatih keupayaan kosentrasi mereka. Mereka akan memperoleh ilmu baru, dengar dan proses info dengan baik.

Apabila mereka sudah biasa dengan kosentrasi, mereka tidak akan menghadapi masalah untuk melaksanakan sesuatu kerja. Malah, kerja yang dihasilkan adalah hasil yang maksimum.

10 Tips Penting Bantu Anak Belajar Membaca

Ibu bapa haruslah mempunyai banyak cara untuk membantu anak-anak belajar membaca. Berikut merupakan antara tips yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa:

  1. Perancangan Masa

Anak lelaki dan anak perempuan mempunyai keupayaan untuk belajar yang berbeza. Anak lelaki memerlukan masa 2 minit untuk belajar dan 5 minit untuk anak perempuan.

Masa untuk mereka membaca atau pun belajar hendak mengikut jantina dan keupayaan mereka iaitu 2 hingga ke 5 minit sahaja. Tetapi perlu ingat, pembelajaran mereka tidak terhenti di situ sahaja.

Ibu bapa haruslah menyediakan aktiviti bermain kepada anak-anak. Dengan adanya aktiviti, ini akan mengukuhkan lagi pembelajaran anak-anak.

  1. Berhenti Pada Waktu Yang Betul

Anak-anak mudah berasa jemu apabila berada di akhir pembelajaran mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberhentikan proses pembelajaran dengan lebih awal.

Tindakan ini adalah bertujuan supaya anak-anak ini tidak merasa puas apa yang mereka belajar. Ini akan membuatkan mereka lebih ternanti-nanti untuk teruskan pembelajaran.

  1. Ulangan

Tidak dapat dinafikan, anak-anak mudah lupa dengan apa yang mereka sudah pelajari. Belajar hari ini, esok akan lupa.

Ulangan ini bukanlah melakukan ulangan pembelajaran, tetapi ulangan latihan. Ulangan ini tidak perlu dilakukan dengan lama, tetapi selalu dilakukan.

Ibu bapa boleh tanya anak-anak mereka yang mereka dapat daripada pembelajaran pad waktu-waktu tertentu. Sebagai contoh selepas waktu sarapan, selepas makan, selepas tonton televisyen dan sebelum tidur.

Ibu bapa boleh tanya bagaimana hendak melakukan bunyi haiwan, bagaiman hendak mengeja, apa itu huruf vokal dan konsonan dan banyak lagi.

Ini akan membantu anak-anak ingat apa yang mereka sudah belajar.

  1. Beri Pujian

Pujian ini juga menjadi salah satu faktor yang dapat mendorong seseorang anak itu untuk melakukan sesuatu. Termasuk juga dengan membaca.

Semasa mengajar anak membaca, apabila anak boleh membaca walaupun masih tersekat, tetap beri pujian kepada mereka. Ini akan memberi semangat kepada mereka untuk teruskan.

“Pandai anak ibu”, ini merupakan pujian yang dapat memberi semangat kepada anak-anak. Mereka bukan sahaja berasa semangat, malah mereka juga akan berasa dihargai dan bangga dengan diri mereka.

Galkkan dan pujilah anak-anak walaupun mereka masih merangkak dalam membaca untuk memberi semangat.

  1. Kekal Bertenang

Kawalan persekitaran amatlah penting dalam mendidik anak-anak. Anak yang masih awal usianya memang sedikit susah untuk mengajar, tetapi ibu bapa haruslah tahu untuk mengawal kemarahan.

Anak-anak mungkin akan tertarik dengan mainan, televisyen dan sebagainya. Tetapi, ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk menanganinya.

Jangan cepat marah. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Anak-anak akan tidak suka untuk belajar.

  1. Bacakan Buku Untuk Mereka

Ibu bapa haruslah bacakan buku terlebih dahulu kepada anak-anak untuk menarik minat mereka. Anak-anak akan suka apabila ibu bapa yang bacakan.

Ibu bapa boleh mengguanakan intonasi yang menarik, dan pergerakan yang lucu. Unsur kecindan juga dapat menarik minat mereka untuk membaca.

  1. Bahan Bacaan

Pemlilihan bahan bacaan juga merupakan antara perkara yang perlu ibu bapa tahu. Untuk anak yang masih kecil, ibu bapa boleh memilih buku yang memperkenalkan huruf, angka dan warna.

Ini akan dijadikan sebagai bahan awal supaya mereka memperoleh ilmu secara perlahan-lahan.

Apabila usia meningkat, ibu bapa mungkin boleh membacakan atau memberi buku cerita kanak-kanak. Ini akan menambahkan lagi minat mereka.

Buku kanak-kanak mempunyai imej dan warna-warna yang menarik mata mereka.

  1. Menggunakan Semua Deria

Anak-anak akan lebih cepat belajar sekiranya mereka menggunakan deria mereka semasa belajar. Apabila mereka sudah menguasai, buatlah aktiviti yang melibatkan deria mereka.

Penggunaan deria ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka mengingati dan juga menarik mereka untuk terus belajar.

  1. Jadi Contoh Kepada Anak

Anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai model pertama mereka. Sekiranya membaca ini tidak amalkan oleh ibu bapa, maka anak akan mengikut cara ibu bapa mereka.

Membaca majalah, membaca surat khabar juga merupakan tingkah laku yang akan diikuti oleh anak-anak. Bacalah dihadapan mereka. Mereka akan ikut apa yang dilakukan.

  1. Ajar Bunyikan Huruf

Fonetik ini merupakan kaedah menggunakan bunyi atau penghasilan bunyi. Anak-anak haruslah tahu bagaimana untuk menyebut sesuatu perkataan.

Dengan bunyi huruf ini dapat membantu anak belajar membaca. Mereka juga akan tahu bagaimana untuk bertutur. Ini akan membuatkan mereka lebih yakin untuk membaca seterusnya bercakap.

Kesimpulannya, amalan membaca ini amatlah penting dalam diri anak-anak. Mereka akan menghadapi sesi persekolahan. Mereka memerlukan kemahiran ini untuk belajar.

Membaca ini haruslah diterapkan dalam diri kanak-kanak ketika mereka usia kecil lagi. Membaca ini dapat memberi banyak faedah kepada kanak-kanak. Tidak kira waktu sama ada sekarang atau masa hadapan kelak.

Dapatkannya sekarang di website MommyHana


Susu Puremil merupakan 100% susu tepung penuh krim dan susu tepung rendah lemak yang mempunyai kebaikan omega 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *