Categories
Umum

Bila Perlu Tukar Minyak Hitam? 5 Situasi Anda Perlu Tahu

Jika anda mempunyai kereta, anda perlu tahu waktu untuk menukar minyak hitam kereta. Ini sangat penting untuk memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik.

Tetapi masih ramai tidak tahu waktu yang sesuai untuk menukar minyak. Ini akan menyebabkan kereta mereka rosak dan akibatnya mereka akan menghabiskan banyak wang untuk membaikinya.

Perkara ini sebenarnya boleh dielakkan. Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 5 situasi yang anda perlu tahu untuk menukar minyak hitam kereta anda.

5 Situasi Anda Perlu Tukar Minyak Hitam

Berikut adalah 5 situasi yang anda perlu tahu supaya anda lebih bersedia untuk menukar minyak kereta selepas ini.

  1. Lampu Amaran Menyala

Ini adalah tanda yang paling senang untuk anda tahu. Anda boleh melihat lampu ini di dashboard kereta anda. 

Dalam situasi ini, anda perlu perhatikan lampu minyak enjin kereta. Jika menyala, ia adalah tanda untuk anda membawa kereta ke bengkel dengan segera untuk pemeriksaan yang lanjut.

Lampu ini menyala apabila kuantiti minyak enjin kereta anda berada pada tahap yang minimum. 

Jika anda tidak bawa kereta anda ke bengkel, kereta anda berkemungkinan akan mengalami masalah yang lebih besar.

  1. Enjin Bunyi Kuat

Seterusnya, jika enjin kereta anda bunyi kuat seperti ketukan, ini mungkin tanda bahawa enjin anda mengalami masalah dan perlu diperiksa.

Ini berlaku disebabkan minyak kereta enjin anda berkurangan, cair ataupun kotor. Ini akan menyebabkan komponen logam bergesel dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk.

Oleh itu, anda perlu membawa kereta ke bengkel untuk lihat jika minyak kereta anda perlu ditukar atau tidak.

  1. Perlu Mengisi Minyak Dengan Lebih Kerap

Mungkin baru-baru ini anda mendapati anda perlu mengisi minyak kereta dengan lebih kerap berbanding dengan dulu. Mengapa?

Jika anda sedang menghadapi situasi ini, anda perlu tahu ini juga merupakan salah satu petanda minyak enjin anda perlu ditukar.

Perkara ini berlaku disebabkan minyak hitam yang tidak cukup likat kerana ia sudah cair.

Ini boleh menyebabkan kerosakan kepada kereta anda kerana enjin perlu bekerja dengan lebih keras berbanding dulu.

Jadi, anda mesti bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan untuk mengelakkan kerosakan kereta yang lebih teruk. 

  1. Bau Terbakar

Seterusnya, jika anda ada bau terbakar yang datang dari kabin kereta, anda perlu tahu bahawa ini merupakan tanda kereta anda mempunyai kerosakan pada bahagian enjin dan ekzos.

Jika terdapat asap yang berwarna kelabu atau kebiruan dari ekzos anda, ia juga merupakan tanda bahawa minyak anda terbakar di dalam sistem ekzos.

Kalau perkara ini tidak dibaiki dengan segera, ia boleh membawa kepada masalah lain yang lebih besar kepada kereta anda.

minyak hitam
  1. Minyak Enjin Bertukar Warna

Untuk pengetahuan anda, minyak enjin yang bersih berwarna coklat. Jika ia berubah ke warna yang lebih gelap, ini merupakan tanda bahawa ia perlu ditukar.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memeriksa minyak enjin anda supaya dapat tahu jika ia mempunyai apa-apa masalah. Ini adalah cara untuk anda memeriksa minyak enjin kereta:

  1. Bersihkan dipstick
  2. Masukkannya ke dalam minyak pelincir
  3. Keluarkannya
  4. Periksa paras minyak
    • Jika paras minyak melebihi paras high level, sebahagian minyak perlu dikeluarkan supaya ia tidak menjejaskan kelancaran enjin
    • Jika paras minyak di bawah low level, minyak perlu ditambah untuk mengelakkan kerosakan komponen enjin
  5. Ambil tisu atau kain untuk melihat tahap kepekatan minyak ke atas dipstick

Tips Pilih Minyak Hitam

Pada bahagian ini, kami akan memberi anda beberapa tips semasa anda cari minyak untuk kereta anda.

  1. Baca Label Dengan Elok

Perkara ini sangat penting kerana terdapat ramai orang yang menjual minyak pelincir tiruan atau palsu. Bagi mereka yang silap membeli, ini boleh merosakkan enjin mereka.

Pastikan anda tahu label yang betul bagi setiap syarikat yang terkenal seperti Petronas, Shell dan sebagainya. 

  1. Beli Dari Tempat Yang Sah

Semasa anda mencari minyak pelincir, anda dinasihatkan untuk membeli dari peruncit yang sah seperti stesen minyak atau bengkel-bengkel kereta.

Elakkan dari membeli online kerana terdapat ramai orang yang menjual minyak tiruan seperti yang kami telah nyatakan sebelum ini.

minyak hitam
  1. Pilih Yang Sesuai Dengan Kereta Anda

Anda perlu tahu suhu kereta anda supaya dapat tahu minyak yang sesuai untuk kereta anda. Ini boleh dilihat di manual book kereta.

Ini kerana ada minyak yang tidak sesuai bagi sesetengah kereta. Oleh itu, anda perlu memastikan minyak yang dibeli sesuai. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada kereta anda.

Kesimpulannya, anda perlu memastikan anda tahu situasi-situasi yang memerlukan anda untuk menukar minyak hitam kereta anda.

Jika anda mencari servis kereta yang boleh dipercayai , anda patut cuba POMEN!

Kami menawarkan pelbagai servis seperti:

  • Servis kereta & maintanence
  • Penukaran bateri
  • Servis POMEN untuk menolong anda jika kenderaan anda rosak
  • Penukaran tayar

Tidak kira di mana anda berada, anda sentiasa boleh hubungi POMEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *