Categories
Umum

KAPAL KARGO: 6 SEBAB PERKHIDMATAN INI PILIHAN YANG TERBAIK

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menghantar barang mereka ke luar negara. Salah satu cara adalah dengan menggunakan kapal kargo.

Ia merupakan satu cara yang sangat popular dalam kalangan syarikat-syarikat besar kerana kelebihan yang terdapat pada jenis perkhidmatan ini.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang cara penghantaran ini dan sebab-sebab ia perkhidmatan penghantaran  yang terbaik.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

Apa itu Kapal Kargo?

Kapal ini merupakan kapal yang dicipta untuk digunakan dalam servis penghantaran barang ke luar negara. 

Ia mengangkut kontena-kontena yang diisi dengan pelbagai barang seperti barang rumah, barang elektrik dan juga mampu mengangkut barang besar seperti kereta atau kenderaan lain.

Pengkhidmatan penghantaran menggunakan kapal semakin digunakan oleh syarikat-syarikat besar dan merupakan kaedah yang paling kerap digunakan di seluruh dunia.

Selepas ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa sebab mengapa anda perlu memilih kaedah ini!

6 Kelebihan Perkhidmatan Kapal Kargo

  1. Kos Murah

Perkara yang paling menarik tentang kaedah ini berbanding yang lain adalah kosnya lebih murah. 

Bagi mereka yang ingin menghantar barang dengan banyak ke negara lain, pilihan ini paling sesuai untuk mereka kerana ia sangat menjimatkan.

Selain dari mereka yang menggunakan perkhidmatan ini untuk bisnes, pilihan ini juga sangat bagus bagi mereka yang duduk di luar negara dan akan kembali ke Malaysia.

Kapal ini boleh mengangkut semua barang anda seperti perabot dan barang lain yang dibeli. Ini sangat berguna dan boleh menjimatkan banyak duit anda.

2.Kaedah Fleksibel

Penghantaran barang melalui kaedah ini juga lebih fleksibel berbanding cara lain. Ini kerana ia boleh mengangkut barang yang sensitif seperti cecair hidrokarbon.

Ini kerana kapal bergerak dengan kelajuan yang stabil dan mampu tahan cuaca yang teruk kerana mekaniknya yang kuat dan lasak.

Syarikat yang mengeksport barang seperti petroleum juga memilih kaedah ini kerana terdapat kontena yang dibina khas untuk perkara ini.

kapal kargo

3.Selamat

Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan supaya semua barang yang dihantar akan sampai dalam keadaan yang sempurna.

Semua anak kapal dan staf yang terlibat telah melalui latihan yang intensif supaya mereka bersedia dalam apa-apa kejadian.

Selain itu, kontena juga ditutup dengan sangat kemas untuk mengelakkan ia dibuka oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

4.Kaedah Yang Mesra Alam

Kaedah penghantaran menggunakan kapal juga lebih mesra alam berbanding kaedah lain seperti kapal terbang yang menghasilkan jejak karbon yang tinggi.

Ini kerana kapal tidak menggunakan tenaga yang banyak dan sangat mesra alam. 

Kapal yang baru juga sudah mula menggunakan gas asli cecair yang tidak toksik kepada alam sekitar.

5.Kuantiti Yang Banyak

Bagi mereka mempunyai bisnes dan perlu mengeksport barang ke luar negara, kaedah kapal paling sesuai kerana ia boleh mengangkut kuantiti yang sangat banyak.

Jika anda menggunakan kaedah lain seperti lori atau kapal terbang, anda mungkin tidak dapat menghantar kuantiti yang sama kerana ia tidak mampu untuk menampung.

Kuantiti yang sedikit juga boleh dihantar melalui kapal jika anda ingin menjimatkan kos.

kapal kargo

6.Boleh Menghantar Barang Yang Besar

Kapal ini juga boleh menampung barang yang besar seperti kereta dan bahan-bahan seperti besi yang digunakan oleh syarikat pembinaan.

Proses yang anda perlu melalui untuk perkara ini sangat mudah dan selamat berbanding dengan kaedah lain.

Oleh itu, ia sesuai untuk anda jika anda ingin membeli kereta dari luar negara yang berharga lebih murah. Kapal kargo boleh membantu anda untuk menghantar kereta ini ke rumah anda.

Perkhidmatan Kapal Kargo Bersama MFAZ

Jika anda mencari perkhidmatan penghantaran kapal di Malaysia, anda boleh pilih MFAZ!

MFAZ berpengalaman dalam mengendalikan sebarang dokumentasi dan formaliti bagi mengeksport dan mengimport barangan melalui kaedah ini.

Berikut adalah servis yang ditawarkan:

  • Kapal (FCL dan LCL) dari China ke Malaysia
  • Kapal dari Indonesia ke Malaysia
  • Kapal dari Thailand ke Malaysia

Anda tidak perlu risau jika anda memilih kami kerana MFAZ akan membantu anda pada setiap langkah dan akan memastikan semua barang akan sampai dalam keadaan yang sempurna.

Kesimpulannya, kapal kargo merupakan kaedah penghantaran yang sangat bagus dan sesuai digunakan untuk mereka yang ingin mengeksport ke luar negara atau ke dalam Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *