Categories
Umum

Scrub Badan: 8 Pilihan Orang Ramai (#1 & 2 Pilihan Paling Popular!)

Pasti anda pernah dengar pakar estetik atau peminat penjagaan kulit (skin care enthusiast) bercakap tentang scrub muka. 

Seperti yang kita ketahui, scrub muka sangatlah penting untuk kulit kita.

Tetapi jangan lupa, scrub badan juga penting! 

Banyak kelebihan dan kepentingan scrub badan ni. 

Namun, ramai yang masih tidak tahu scrub yang mana yang sesuai dengan kulit badan mereka. 

Kulit badan dan muka berbeza, ya. Jangan pakai scrub yang sama untuk badan dan muka pula!

Mengapa Scrub Badan Itu Penting?

Mungkin ada yang kata, “selama ni saya tak scrub badan, okay je? Buat apa nak scrub-scrub badan ni?” 

Sebenarnya banyak kepentingannya yang tak semua orang tahu.

  1. Buang kulit mati

Tidak dinafikan, banyak produk dan servis yang boleh meningkatkan penampilan dan tekstur kulit anda.

Tetapi, scrub badan mampu melepasi permukaan kulit untuk membuang kulit mati dan menampakkan kulit yang sihat dan bersinar.

Lapisan kulit mati yang kasar akan mengelupas tanpa meninggalkan kesakitan selepas menggunakan scrub badan. 

  1. Memberikan penampilan kulit yang segar

Selepas sel-sel kulit mati dibuang, kulit dan kotoran yang menyebabkan kulit anda kasar juga dibuang. 

Apabila kulit anda kelihatan dan terasa lembut dan sihat, keyakinan anda juga akan meningkat serta merta. 

Mereka yang mengalami perubahan kulit disebabkan berjemur atau tona tidak sekata selalunya mendapati masalah mereka selesai dengan menggunakan scrub badan. 

  1. Menggalakkan penghidratan kulit

Semua penjaga kulit pastinya tahu betapa pentingnya hidrasi untuk kulit kita. 

Salah satu cara untuk meningkatkan hidrasi kulit adalah dengan menggunakan scrub badan.

Sebabnya, selepas scrub, kulit kita dapat menyerap pelembab dengan lebih efektif dan efisien.

Perubahan tekstur kulit anda akan dapat dilihat dengan serta-merta dan akan bertambah baik kalau anda terus menggunakan pelembap pada badan anda setiap hari. 

8 Scrub Badan Terbaik

Dah tahu kebaikan dan kepentingan scrub badan, semestinya dah sedia nak cari scrub apa yang berkenan di hati dan cepat-cepat beli, kan?

Jom kita akan tengok 8 pilihan yang popular dan menjadi pilihan ramai. 

  1. Himalayan Salt Scrub
scrub badan

Himalayan Salt Scrub diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu garam Himalaya yang berkualiti tinggi. 

Scrub ini mengandungi kalsium, magnesium, potassium dan mineral-mineral yang baik untuk kulit badan. 

Apa yang bagusnya tentang Himalayan Salt Scrub ni?

Selain daripada fungsinya untuk mengurangkan sel kulit mati dan kotoran, scrub ini juga boleh membantu proses detox dan pelancaran darah. 

Disebabkan teksturnya yang halus dan lembut, scrub ini boleh digunakan di seluruh badan malah sesuai untuk scrub muka!

Anda tak perlu risau tentang sukar tidur lagi kerana Himalayan Salt Scrub ini mampu bantu masalah urat tegang dan merenggangkan otot jika digunakan sebagai air mandian.

Jika anda sakit kaki atau mempunyai masalah kaki berbau, bancuhkan sahaja scrub ini dengan air dan jadikannya air rendaman kaki.

Dapatkan Razowa Himalayan Salt Scrub di sini! 

  1. Razowa Brightening Scrub
scrub badan

Formulasi garam laut bersama agen antioksidan, Vitamin C dan E memberi pencerahan berganda bagi setiap penggunaan Razowa Brightening Scrub. 

Sangat berkesan untuk mencerahkan parut dan kulit badan yang gelap seperti bawah lengan, leher, celah kangkang, lutut dan tumit. 

Tekstur lembut dan boleh digunakan setiap hari semasa mandi untuk kesan yang menakjubkan.

Dapatkan Razowa Brightening Scrub sekarang!

  1. Temyracle Whitening Body Scrub
scrub badan

Temyracle Whitening Body Scrub diperbuat daripada garam laut mineral semulajadi, asas sabun organik dan pewarna semulajadi. 

Scrub ini membantu pengelupasan kulit mati dan penghidratan kulit badan, menjadikan kulit anda halus dan lembut.

Selain itu, scrub ini juga mempunyai fungsi mencerahkan kulit. 

Yang menariknya, scrub ini mempunyai tiga jenis bau iaitu tembikai, tembikai susu dan Temy’s fav yang berbau seperti smoothie.

  1. Watsons Gel Body Scrub Strawberry & Blueberry
scrub badan

Scrub ini diperkaya dengan ekstrak strawberry dan blueberry yang mengandungi antioksidan yang mampu melindungi dan meningkatkan kesihatan kulit anda. 

Dengan bantuan manik pengelupasan semulajadi, sel kulit mati dan kotoran dapat dibuang secara lembut dengan scrub ini.

Aroma buah daripada scrub ini pastinya akan memikat hati dan menaikkan semangat anda setiap kali anda mandi.

  1. The Body Shop British Rose Exfoliating Gel Body Scrub
scrub badan

British Rose Exfoliating Gel daripada The Body Shop ini dirumus khas daripada sari bunga mawar dari Britain. 

Dengan tekstur gel pada scrub ini, anda boleh menyental kulit anda dengan melumurkan ia ke seluruh badan. 

Scrub yang mengandungi bunga ros Britain sebenar ini sesuai untuk anda yang ingin mengembalikan seri pada kulit badan yang kusam.

Aroma ros yang harum akan membuatkan anda tenang dengan setiap sentalan.

  1. Tree Hut Shea Sugar Scrub, Marula & Jasmine
scrub badan

Pilihan ini mengandungi pelbagai bahan semulajadi yang baik untuk kulit seperti shea butter, minyak marula, bunga melati dan gula.

Pada kulit yang kasar, anda boleh menggunakan scrub ini setiap hari tanpa menyebabkan luka pada kulit.

Minyak marula adalah sesuai untuk kulit yang mudah berjerawat dan dapat mengimbangkan tahap hidrasi kulit.

  1. Dove Exfoliating Body Polish

Dove Exfoliating Body Polish mempunyai pelbagai jenis yang anda boleh pilih mengikut citarasa anda. 

Scrub ini mampu menghilangkan kulit kering dan kulit kusam. 

Dengan tekstur berkrim, 1/4 daripada scrub ini merupakan krim pelembab menjadikannya scrub yang mampu menyental dan melembabkan kulit pada masa yang sama. 

Scrub ini bebas sulfat dan sangat berkhasiat untuk mengembalikan nutrien semulajadi kulit. 

  1. Good Virtues Co. Radiant & Renewing Body Salt Scrub

Scrub badan Good Virtue Co. ini menggunakan bahan aktif iaitu minyak biji hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda. 

Habbatus sauda sememangnya terkenal dengan nutrien semulajadi, mineral dan antioksidan yang mampu merawat dan memperbaiki masalah kulit seperti kulit kusam. 

Habbatus sauda juga meninggalkan aroma khas yang tahan lama pada kulit badan. 

Bebas daripada pewarna sintetik, minyak mineral dan paraben, scrub ini sesuai dan selamat digunakan pada kulit badan anda. 

Kesimpulan

Penjagaan kulit tidak terhenti di dagu, tetapi merangkumi seluruh badan.

Scrub badan merupakan salah satu langkah penjagaan diri yang perlu dimasukkan dalam rutin anda. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan alat penjagaan diri, lawatilah laman web Razowa. 

Anda boleh dapatkan pelbagai jenis alat penjagaan diri di Razowa seperti scrub badan, minyak urut aromaterapi dan set pedikur. 

Yang paling menarik, semuanya dijual dengan harga mampu milik!

Kesemua alat penjagaan diri ini diperbuat di Malaysia dan daripada bahan semulajadi yang telah mendapat kelulusan KKM.

Jika anda ingin merasakan ala-ala di spa, pilihlah set penjagaan diri Razowa yang sememangnya menjadi pilihan orang ramai. 

Bukan itu saja, anda juga boleh mendapatkan bengkung dan girdle di Razowa. 

Bengkung yang menjadi pilihan ramai ialah Bengkung 3 Saat Razowa kerana ianya mudah dipakai, hanya dengan 3 saat sahaja!

Bengkung 3 Saat ini sesuai untuk ibu yang baru bersalin, tidak kiralah secara normal atau Caesarean.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *