Categories
Umum

Senarai OEM Malaysia

Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, pemilihan kilang OEM Malaysia berdaftar di Malaysia adalah sangat penting. Ini adalah untuk memastikan kualiti produk tersebut terjaga. 

Anda haruslah memastikan kilang OEM yang dipilih oleh anda bersesuaian dengan produk yang anda ingin keluarkan bagi mengelakkan terjadinya sebarang masalah yang tidak diingini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengilang OEM Malaysia, ikuti artikel ini sehingga akhir. 

Senarai Kilang OEM Berdaftar di Malaysia

Berikut merupakan senarai pengilang yang berdaftar di Malaysia:

  1. Formulab Industry

Formulab Industry merupakan kilang OEM yang bertaraf GMP di mana ia mengeluarkan produk-produk kesihatan, skin care serta alat-alat kosmetik jenama sendiri.

Selain itu, Formulab juga menyediakan pelbagai formulasi bagi anda yang ingin membina jenama anda sendiri serta menyediakan perkhidmatan reka bentuk.

Antara perkhidmatan reka bentuk yang disediakan adalah business cardbannerbuntingpaper bag dan macam-macam lagi. 

Bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia perniagaan dan masih lagi samar-samar dari segi pemasaran, anda juga boleh membuat rundingan pemasaran bersama Formulab.

Formulab juga membantu mereka yang baru dalam dunia perniagaan dengan membolehkan pelanggan mereka untuk order dengan jumlan order yang rendah untuk test-market.

Anda boleh melawati laman web rasmi Formulab sekiranya anda ingin melihat jenis-jenis produk yang ditawarkan di sini

2. Best Formula Industries

Best Formula Industries merupakan kilang yang berdaftar yang terletak di Kuala Lumpur dan menghasilkan produk yang berasaskan cecair seperti minyak wangi dan sebagai nya.

3. Beaubiz Cosmetic Sdn. Bhd.

Selain itu, Beaubiz Cosmetic pula merupakan pengeluar produk-produk yang berasaskan cecair dan bahan separa pepejal bagi pelanggan-pelanggan mereka.

4. Asia Plantation Capital Manufacturing Sdn. Bhd.

Bagi mereka yang berada di Johor, anda boleh lah menggunakan perkhidmatan Asia Plantation Capital Manufacturaing Sdn Bhd ini. 

Asia Plantation Capital Manufacturaing Sdn Bhd mengeluarkan produk-produk untuk kegunaan luaran dan menggunakan botol bagi proses pembungkusan produk.

5. Amlion Toothpaste Manufacturing Sdn. Bhd

Seterusnya, bagi mereka yang ingin mengeluarkan produk ubat gigi, anda boleh lah menggunakan perkhidmatan kilang OEM Selangor ini, iaitu Amlion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *