Categories
Umum

Waktu Sesuai Minum Susu Yang Ramai Orang Tak Tahu

Susu merupakan minuman yang penting bagi bayi dan juga kanak-kanak. Setiap individu haruslah mengetahui waktu sesuai minum susu untuk anak-anak dan juga diri sendiri.

Susu adalah satu minuman yang mengandungi sumber vitamin dan mineral yang tinggi. Sumber vitamin yang ada dalam susu adalah vitamin A, vitamin D, vitamin B dan vitamin K.

Selain itu, sumber mineral yang terdapat dalam susu adalah kalsium, magnesium, fosforus, potassium, zink dan zat besi.

Ini menunjukkan bahawa pentingnya susu dan kanak-kanak dalam proses membesar.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui kebaikan minum susu dan bilakah waktu yang sesuai untuk minum susu.

Kebaikan Minum Susu

waktu sesuai minum susu

Makanan yang dimakan oleh setiap individu dalam seharian tidak boleh menandingi kepentingan dan kelebihan yang ada pada segelas susu.

Susu mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan manusia. Susu menjadi satu sumber makanan yang penting kepada bayi dan anak-anak di awal pertumbuhan mereka.

Antara kebaikan minum susu adalah:

  1. Pelengkap Kepada Makanan Seimbang

Susu dikategorikan makanan yang lengkap. Susu mengandungi hampir kesemua khasiat dan nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan.

Makanan seimbang mengandungi mikro & makronutrien seperti karbohidrat, protein, lemak dan vitamin. Makanan yang dimakan oleh kita hendaklah dilengkap dengan susu kerana susu merupakan sumber  kalsium.

  1. Kaya Dengan Vitamin dan Mineral

Kalsium sangat kaya dalam susu. Kalsium merupakan sumber yang sering dicari oleh mana-mana individu. Kalsium digunakan untuk menguatkan tulang kita.

Susu mengandungi vitamin D yang mana dapat meningkatkan jisim tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan.

Potassium, magnesium dan kalsium dapat membantu pengaliran darah dengan betul. Ia dapat mengekalkan tekanan darah.

Mengandungi vitamin A, D, K dan B yang juga diperlukan oleh tubuh manusia.

  1. Mengurangkan Berat Badan
waktu sesuai minum susu

Susu mengandungi protein & lemak yang mana boleh menyebabkan anda berasa kenyang. Tidak seperti yang anda dengari ada yang menyatakan bahawa susu boleh menyebabkan kegemukan.

  1. Mengurangkan Stress

 Susu dapat membantu meredakan ketegangan otot.

  1. Melegakan Pedih Ulu Hati

Pengambilan asid kandungan pH rendah yang banyak dalam badan boleh menyebabkan pedih ulu hati terjadi.

Bagaimana cara untuk melegakannya? Minum susu merupakan salah satu cara yang efektif.

Kedinginan dan kelikatan susu yang membaluti esofagus dan perut akan menghalang daripada pedih ulu hati.

Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum susu juga dapat mencegah daripada berlakunya ulser dan masalah dalaman perut.

  1. Menguatkan Otot

Inidividu yang selalu ke gimnasium kebiasaannya akan minum susu selepas bersenam. Kandungan protein yang tinggi dapat membekalkan nutrien yang diperlukan otot.

Susu juga berfungsi untuk menghalang sakit otot serta menggantikan bendalir yang hilang semasa bersenam.

Bila Waktu Sesuai Minum Susu?

Susu merupakan minuman terbaik yang dapat membantu untuk pertumbuhan manusia serta banyak kebaikan kepada tubuh badan manusia.

Ramai pakar telah mengesyorkan waktu sesuai minum susu. Sama ada dewasa mahupun kanak-kanak, minum susu amatlah penting.

Jadi, ini adalah waktu sesuai minum susu:

  1. Pencernaan sempurna

Minum susu pada waktu siang hari amatlah baik. Ini kerana susu mengandungi nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh badan. Pencernaan akan berlaku dengan lebih lancar pada waktu pagi.

  1. Atlet dan Kerja Berat

Susu kepada atlet amatlah penting. Seorang atlet memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti harian dan juga aktiviti senaman.

Susu ini seeloknya diambil pada waktu pagi. Susu yang mengandungi protein dapat membekalkan tenaga.

  1. Semasa Lapar
waktu sesuai minum susu

Susu yang mengandungi lemak dapat mengurang rasa lapar. Susu juga dapat membekalkan tenaga kepada individu. Ini akan membuatkan mereka tidak perlu untuk sentiasa makan.

  1. Sebelum Tidur

Minum susu dapat membantu seseorang itu untuk mudah tidur. Campuran susu hangat dan juga minyak zaitun atau serbuk almond atau kayu manis dapat membantu merehatkan otak.

  1. Keadan Tertekan

Kebanyakan orang akan minum kopi ketika rehat, penat mahupun ketika rasa tertekan. Kopi yang mengandungi kaffein dapat mengeruhkan lagi keadaan otak.

Susu mengandungi asid amino tryptophan untuk merembeskan serotonin. Serotonin ini dapat membantu kita untuk menjadi tenang.

Kesimpulannya, banyak kebaikan yang kita boleh perolehi melalui susu.

Namun begitu, sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk membuatnya sendiri di rumah, anda boleh cuba susu daripada Puremil.

Dengan susu Puremil, anda bukan sahaja akan mendapat khasiat Omega 3, anda juga akan mendapat kebaikan DHA+EPA, Vitamin B12, Kalsium, Vitamin D dan lain-lain lagi.

Susu Puremil ini dihasilkan daripada susu lembu asli untuk santapan anak anda dan seisi keluarga dan terdapat pelbagai jenis susu penuh krim yang boleh anda cuba.

Puremil telah mengimport susu tepungnya dari syarikat pengeluar susu tepung lembu terbesar dunia yang terletak di New Zealand.

Terdapat dua jenis susu Puremil iaitu Susu Puremil Asli dan Susu Puremil Coklat. Banyak testimoni pelanggan yang mencuba susu Puremil dan menyukainya.

Puremil telah berada di pasaran sejakĀ  tahun 2017 lagi dan susu Puremil ini selamat dan dijamin asli serta mengandungi pelbagai nutrisi yang sihat.


Lindungi ramadhan anda , 5 cara elak pembaziran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *