Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit yang boleh membuatkan seseorang itu terasa gatal dan tidak selesa. Bukan itu sahaja, ada sesetengah masalah kulit yang boleh mengancam nyawa.
Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun anda akan lebih berisiko sekiranya anda terdedah kepada persekitaran yang boleh mengaktifkan bakteria tersebut.
Untuk mengetahui tentang jenis-jenis serta simptom penyakit kulit dan cara merawatnya, ikuti artikel ini sehingga akhir.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kulit
Penyakit kulit gatal ini berbeza dari segi simptom dan keparahanya. Ada sesetengah penyakit kulit yang bersifat sementara dan ada juga yang bersifat kekal.
Penyakit kulit ini juga boleh disebabkan faktor genetik anda. Bukan sahaja anda akan mengalami kegatalan dan ianya juga akan membuatkan anda berasa sakit akibat menggaru.
Apabila ini terjadi, lapisan luar kulit anda akan pecah dan ini akan menyenangkan virus, kuman serta alergen untuk memasuki badan anda.
Seterusnya, anda akan mengalami kegatalan yang berterusan dan ianya akan menjadi semakin teruk akibat sistem imun yang menghantar isyarat ke permukaan kulit.
Sekiranya anda tidak merawat penyakit kulit tersebut, ianya bukan sahaja akan merosakkan permukaan kulit anda, ianya juga akan memberi kesan terhadap kehidupan seharian anda.
Mari kita lihat jenis penyakit kulit yang biasa berlaku di kalangan rakyat Malaysia.
9 Jenis Penyakit Kulit Yang Biasa Dialami Masyarakat
Mari kita lihat jenis-jenis penyakit kulit dan simptom-simptom nya.
- Ekzema
Ekzema merupakan penyakit kulit yang disebabkan alergi seperti alergi makanan, ubat-ubatan serta produk kecantikan serta kosmetik.
Bukan itu saja, penyakit kulit ekzema ini juga boleh disebabkan cuaca yang sangat panas dan hormon badan yang tidak stabil.
Antara simptom-simptom ekzema adalah:
- Berasa sangat gatal walaupun tiada ruam di permukaan kulit
- Ruam timbul dalam pelbagai bentuk dan kelihatan sangat merah
- Ruam akan menjadi bernanah dan berair sekiranya dijangkiti kuman
- Ruam yang timbul akan menebal dan menyebabkan kulit berkerak sekiranya kulit terlalu kering
Penyakit ekzema ini boleh dielakkan sekiranya anda menjaga kebersihan tubuh badan anda dan menghindari punca-punca alergi anda.
Tambahan pula, ubat bagi ekzema hanya boleh di dapati dari doktor anda ataupun klinik dan farmasi yang diiktiraf sahaja.
- Jerawat
Jerawat merupakan salah satu penyakit kulit yang sangat biasa didengari dan sering berlaku pada mereka yang sedang dalam fasa membesar dan juga orang dewasa.
Ia berpunca dari hormon reproduktif untuk membantu perkembangan organ reproduktif. Penyakit kulit ini boleh menjadi teruk sekiranya tidak dirawat.
Simptom-simptom jerawat ini berbeza mengikut setiap individu. Antara simptom tersebut ialah:
- Benjolan keras, besar serta menyakitkan (Nodule )
- Liang muka terbuka dan menjadi gelap disebabkan udara dan oksidasi (Blackhead)
- Liang tersumbat (Whitehead)
- Benjolan kecil dan lembut (Papules)
- Benjolan kecil, lembut dan bernanah (Pustules)
- Pustules yang besar di bawah lapisan kulit dan menyakitkan (Jerawat sista)
Punca utama jerawat disebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan di bahagian muka, sel kulit mati serta liang pori tersumbat.
Namun begitu, anda boleh merawat masalah-masalah ini dengan sentiasa melakukan rutin merawat kulit dengan konsisten menggunakan produk yang sesuai.
Pastikan anda mendapat nasihat doktor atau pakar kulit mengenai keadaan kulit anda serta jenis-jenis produk yang sesuai.
- Psoriasis
Penyakit kulit psoriasis merupakan penyakit kulit kronik di mana proses pertumbuhan kulit berlaku dengan sangat pantas dan membentuk permukaan tebal berwarna merah serta bersisik.
Selain itu, psoriasis ini merupakan penyakit kulit autoimun di mana punca penyakit ini tidak diketahui.
Namun begitu, ianya bukan lah sejenis penyakit berjangkit kerana ianya bukanlah disebabkan oleh bakteria atau virus berbahaya.
Antara simptom-simptom psoriasis adalah:
- Kulit yang sangat kering dan pecah-pecah sehingga berdarah
- Rasa gatal dan terbakar pada kulit yang dijangkiti
- Mempunyai lapisan kering, nipis dan berwarna putih dan selalu berada di bahagian siku, kulit kepala, dan bahagian bawah punggung.
Walaupun penyakit psoriasis ini tiada penawar, anda boleh mencuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan gejala-gejala tersebut.
Anda boleh mendapat rawatan dan khidmat nasihat dengan mengunjungi Dermalene.