Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.
Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Dengan ini juga korang boleh elakkan daripada berlaku pembaziran.
Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri.
Korang tengah cari tip nak jimatkan duit? Jom follow tips ini!
Tip #1: Pelan makanan harian anda dengan bijak.
Anda pernah kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (breakfast, lunch, dan dinner)?
Ramai yang mengaduh. Masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih RM30 – RM50 sehari).Bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat.
Di sini kami juga ingin kongsikan beberapa cara untuk meningkatkan motivasi, fokus serta mempunyai keyakinan diri.