5 Tips Untuk Mendapatkan Printing Logo Berkualiti Untuk Bisnes Anda

Tengah mencari printing logo yang berkualiti?

Sebagai seorang usahawan, pastinya anda faham betapa pentingnya penjenamaan atau brand bagi bisnes anda.

Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan pembeli lebih cenderung kepada jenama yang lebih dikenali.

Dan salah satu cara untuk anda melonjakkan jenama bisnes anda adalah melalui logo anda.

Kepentingan Printing Logo Untuk Bisnes Anda

printing logo

Pertama sekali, anda perlu faham kenapa logo adalah antara faktor penting dalam penjenamaan bisnes anda.

Logo merupakan kombinasi teks dan citra atau gambaran yang melambangkan nama perniagaan anda.

Ia merupakan satu simbol visual yang mewakili visi perniagaan anda. 

Dalam kata lain, logo merupakan sebahagian besar dalam identiti brand anda. 

Logo yang bagus adalah logo yang melekat dalam ingatan pelanggan dan bakal pelanggan anda.

Anda perlulah mempunyai logo yang membezakan anda daripada jenama orang lain dan memupuk kesetiaan kepada jenama anda.

Bagaimana? Logo anda perlulah mempunyai makna, bukan sekadar cantik dipandang.

Makna yang dimaksudkan di sini adalah logo anda perlu melambangkan visi, misi, tujuan dan nilai bisnes anda. 

Anda perlu ingat yang logo anda akan berada di mana-mana seperti di media sosial anda, laman web dan yang paling penting, berada dalam fikiran pelanggan anda.

Sebab itulah anda kena pastikan printing logo anda berkualiti kerana dengan itu, anda juga membuktikan bahawa produk anda mempunyai kualiti yang tinggi. 

5 Tips Untuk Mendapatkan Printing Logo Berkualiti

Untuk mendapatkan printing logo yang berkualiti, anda perlu tahu 5 tips ini.

printing logo

1.Tentukan Produk Anda

Nak mereka logo tidak boleh semberono sahaja. 

Anda kena fikirkan di manakah logo anda ini akan digunakan.

Apakah produk perniagaan anda?

Adakah logo anda akan berada di baju? Atau di pelekat bekas makanan? 

Mengetahui produk dan asas perniagaan anda akan mempengaruhi reka bentuk logo anda.

2. Memperibadikan Logo Anda

Inilah masanya untuk anda menjadi unik dan lain daripada yang lain.

Jadikan logo anda sesuatu yang menonjolkan peribadi anda dan bisnes anda. 

Rancang reka bentuk logo anda dan ubah suai mengikut cita rasa anda.

Kalau tak puas hati, buat lagi sekali untuk dapatkan pilihan yang berbeza-beza.

Bila ada beberapa pilihan, barulah pilih yang mana betul-betul berkenan di hati.

printing logo

3. Bleed

Bleed atau pendarahan berlaku apabila hasil untuk dicetak memenuhi ke tepi dokumen anda setelah selesai dicetak. 

Apabila anda menghantar logo anda untuk dicetak, gambar atau teks yang anda pilih perlu berada beberapa jarak jauh daripada sisi dokumen. 

Kalau tidak, mesin pencetak mungkin akan mengubah saiz logo anda, saiz kertas atau membuat ubah suai yang sepatutnya.

Pastinya selepas berhempas pulas mereka logo anda, anda tidak mahu sesiapa mengubah suai hasil penat lelah anda.

Oleh itu, anda perlu pastikan logo anda mengikut panduan pendarahan atau bleed.

4. Penukaran yang Lancar

Pernahkah anda mereka sesuatu rekaan dan bila anda ingin paste ke tempat lain, margin bergerak atau imej berlapis-lapis?

Jangan risau, terdapat beberapa penyelesaian untuk masalah ini.

Salah satu caranya adalah memastikan resolusi rekaan anda berada dalam 300 dpi.

Resolusi yang rendah daripada 300 dpi boleh menyebabkan cetakan yang tidak jelas. 

Seterusnya, pastikan anda gunakan skala warna yang betul.

RGB (merah, hijau biru) adalah terbaik untuk bahan web manakala CMYK (cyan, magenta, kuning, hitam) adalah terbaik untuk bahan bercetak. 

Yang terakhir, lihat info tentang bleed di atas. 

printing logo

5. Pencetakan Logo Tidak Boleh Digesa

Anda perlu mengambil sedikit masa untuk memastikan logo anda sempurna.

Periksa logo anda berkali-kali untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan pastikan pencetak faham tentang visi pencetakan anda.

Apabila anda menghantar rekaan anda, pastikan anda minta bukti cetak sebelum bersetuju untuk mencetak sebanyak mana yang anda inginkan. 

Di Mana Anda Boleh Dapatkan Servis Printing Logo?

Jika anda membaca tentang pencetakan logo, pastinya anda mempunyai hasrat untuk mendapatkan servis printing logo.

Anda boleh dapatkan servis ini dengan Botol Anggun.

Dengan Botol Anggun, anda boleh mencetak logo anda terus ke permukaan plastik atau kaca. 

Anda tidak perlu risau kerana Botol Anggun menggunakan teknik silk screen printing di mana mesin pencetakan menghasilkan kualiti yang terbaik untuk anda. 

Seperti tips yang diberikan di atas untuk berunding dengan pihak pencetak, anda akan mendapati Botol Anggun mempunyai khidmat pelanggan yang bagus.

Bukan sahaja mereka boleh membantu anda dalam hal-hal pencetakan logo, mereka juga boleh menasihati anda tentang reka bentuk logo anda. 

Jika anda cuma ingin mencuba-cuba, anda jangan risau kerana Botol Anggun menerima pesanan dalam kuantiti yang rendah.

Dan yang paling penting, Botol Anggun menawarkan harga yang berpatutan bagi khidmat terbaik mereka. 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Hubungi kami sekarang! 


Baca 35 kata-kata semangat yang bakal mengubah hidup anda.
kepimpinan : ciri yang anda perlu ada sebagai ketua
Di sini terdapat beberapa contoh vision board yang anda boleh rujuk.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk meningkatkan motivasi , fokus serta mempunyai keyakinan diri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *