6 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut

Apa Itu Kembung Perut?

kembung perut

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kembung perut merupakan suatu reaksi angin dalam perut.

Ia berlaku apabila badan bertindak mengeluarkan angin yang berlebihan.

Dari mana datang angin berlebihan ini?

Kebiasaannya, angin berlebihan yang terperangkap dalam perut adalah hasil daripada makan dan minum air secara berselang seli. 

Punca Kembung Perut

Banyak sebab yang boleh menyebabkan perut kembung dan kebanyakannya berkait dengan tabiat pemakanan kita.

kembung perut
  1. Makan terlalu cepat atau terlalu banyak.

Salah satu tabiat yang menyebabkan perut kembung adalah makan dengan kuantiti yang terlalu banyak atau dengan kadar yang terlalu cepat.

Tabiat ini menyebabkan anda tertelan lebih banyak udara yang menyebabkan perut kembung.

  1. Serat (fiber) yang tidak mencukupi atau berlebihan

Kekurangan serat boleh mengakibatkan sembelit dan seterusnya menyebabkan perut kembung.

Jika anda mengalami sembelit, tingkatkan pengambilan serat dalam pemakanan anda secara beransur-ansur.

Pengambilan serat yang terlalu banyak juga mampu mengakibatkan gas yang berlebihan dan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.

Oleh itu, pastikan serat dalam diet anda adalah dalam kuantiti yang disarankan dan mencukupi untuk badan anda berfungsi dengan baik. 

  1. Tekanan atau kebimbangan

Pernahkah anda berasa terlalu tertekan atau gelisah tentang sesuatu dan pada masa yang sama, perut anda turut meragam?

Nak tahu kenapa?

Sebab otak anda boleh mempengaruhi sistem pencernaan anda. 

Otak merupakan organ yang paling kuat dalam manusia dan mempunyai hubungan langsung dengan perut.

Apabila anda mengalami tekanan atau berasa bimbang, anda mungkin akan turut mengalami gangguan pencernaan seperti kembung, sembelit, cirit-birit dan mual. 

  1. Asid refluks

Asid refluks berlaku apabila asid melimpah dari perut sehingga ke esofagus.

Gejala ini kebiasaannya menyebabkan seseorang itu berasa loya dan pedih ulu hati.

Selalunya, asid refluks berlaku tidak lama selepas makan atau minum dengan kuantiti yang banyak.

Banyak lagi penyebab lain yang menyebabkan anda mengalami masalah ini termasuklah penyakit seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan penyakit radang usus.

  1. Intoleransi makanan

Sesetengah orang tak mampu mencerna makanan tertentu dan menyebabkan pengeluaran gas yang berlebihan, mual dan cirit-birit.

Contohnya adalah orang yang tidak boleh mengambil makanan yang mengandungi laktosa seperti susu.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *