Polisi insurans nyawa adalah satu kontrak di antara syarikat insurans dan pemegang polisi, di mana pembayar akan membuat bayaran secara ansuran sama ada bayaran bulanan, setiap tiga bulan, dua kali setahun ataupun sekali setahun, dan pembayar akan mendapat pembayaran balik dalam sekaligus ataupun dalam bentuk manfaat selepas kematian kepada pembayar.
Pada masa kini, kebanyakan insurans nyawa juga menyediakan pampasan Hilang Upaya Kekal (atau TPD) untuk melindungi pemegang polisi dan keluarganya sekiranya pembeli insurans hilang upaya untuk menjana pendapatan.Salah satu kelebihan insurans nyawa ialah manfaat selepas kematian untuk kesemua jenis insurans nyawa adalah bebas cukai.