Pencuci mulut atau makanan manis seperti agar-agar, kuih tradisional dan kek pastinya menjadi pilihan utama dalam penyediaan juadah. Ia melengkapi set juadah sama ada untuk majlis kenduri mahupun cuma sarapan.
Secara logiknya, makanan manis ini membekalkan tenaga untuk tubuh badan manusia. Kita memerlukan tenaga bagi menjalankan sesuatu aktiviti; berat atau ringan.
Ia juga berfungsi untuk mengisi perut yang kosong untuk mengelakkan rasa pening kepala ataupun angin di perut.
Namun begitu, segelintir orang awam menjadikan ia sebagai suatu tabiat yang kurang sihat.
Ini kerana pengambilan gula secara berlebihan boleh menaikkan berat badan dan tumbuhnya jerawat di wajah.
Anda pasti tidak mahu kedua-dua kejadian itu berlaku secara keterlaluan, betul?
Jadi, ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai perkara-perkara yang anda perlu berwaspada ketika makan makanan manis.
Salahkah Makan Manis?
Kita pasti ada ahli keluarga dan rakan-rakan yang gemar makan makanan yang manis. Mereka sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan pencuci mulut yang mereka idamkan.
Dan, ada juga yang sanggup mendaftar baking class atas dasar cinta akan makanan manis.
Persoalannya, apakah kemudaratan pengambilan gula secara berlebihan bagi pencinta makanan manis?
Meskipun pengambilan gula ini boleh membekalkan tenaga, ia tidak sepatutnya menjadi alasan kepada mereka yang gemar manisan.
Pengambilan gula secara berlebihan dan berpanjangan boleh mengakibatkan individu tersebut mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.
Hal ini disebabkan manisan mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.
Ia secara tidak langsung membuatkan seseorang menjadi ketagih untuk makan manisan secara tidak sihat.
Jika amalan tidak sihat ini berpanjangan, individu tersebut boleh menghidap penyakit obesiti.
Obesiti ialah suatu masalah kesihatan di mana lemak-lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu.
Ia boleh menjejaskan kesihatan badan secara menyeluruh.
Pengambilan gula juga akan merosakkan kesihatan mulut dan gigi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil.
8 Perkara Anda Perlu Waspada Jika Suka Makan Manis
Sekiranya anda suka makan makanan manis seperti pencuci mulut dan kuih-muih tradisional, anda perlu mengehadkan pengambilan makan manis.
Anda masih mempunyai peluang dan masa untuk mengubah tabiat kurang sihat tersebut.
Ingat.
Kita memerlukan tubuh badan yang sihat untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berjalan, mengambil barang, beribadah, melakukan senaman dan banyak lagi.
Oleh itu, kita digalakkan untuk lebih berhati-hati dalam memilih makanan bagi mengelakkan kandungan gula yang tinggi di dalam badan.
Ikuti 8 perkara di bawah bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pengambilan gula:
1. Kuantiti Nasi yang Anda Ambil
Sebagai rakyat Malaysia, tidak dinafikan bahawa nasi ialah makanan ruji harian.
Nasi bagaikan makanan yang wajib ada; sama ada untuk majlis rasmi mahupun di rumah.
Majoriti rakyat Malaysia menggunakan nasi putih berbanding nasi perang.
Namun, nasi putih mengandungi nutrien dan khasiat yang sedikit jika dibandingkan dengan nasi perang kerana ia telah menjalani beberapa proses menjadikan ia berwarna putih.
Jadi, orang awam digalakkan untuk memilih nasi perang sebagai alternatif lain daripada nasi putih dalam makanan seharian.
Pengambilan nasi yang disyorkan adalah sebanyak segenggam tangan anda sahaja.
2. Pengambilan Air Berkarbonat
Air berkarbonat menjadi pilihan orang ramai tanpa mengira tempat dan waktu.
Kebiasaannya, kita akan menambah beberapa ketulan ais ke dalam minuman manis bagi melegakan rasa haus di tekak.
Walaupun rasa minuman tersebut sungguh sedap, ia tidak mendatangkan manfaat kepada kesihatan kita.
Kerana ia hanya mengandungi kandungan gula yang tinggi dan perisa tambahan.
Sekiranya ingin membuang amalan tidak sihat ini, anda boleh menggantikan dengan pengambilan buah-buahan.
Buah-buahan juga mempunyai rasa yang lengkap dan sama seperti minuman berkarbonat.
Kandungan serat di dalam buah akan membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama berbanding anda mengambil minuman biasa.
3. Cakna dengan Label Makanan
Membaca label pada produk makanan dan minuman sebelum membeli merupakan amalan yang sering dilupakan.
Mengapakah amalan ini penting dilakukan setiap kali sebelum kita membeli produk makanan dan minuman di kedai?
Setiap produk makanan dan minuman perlu ada label nutrisi yang lengkap dan tepat. Ia sudah tertulis di label produk tersebut bagi memudahkan urusan kita sebelum membeli.
Selain itu, anda juga boleh memeriksa bahan yang digunakan di dalam produk tersebut.
Melalui cara ini, anda boleh mencari info terkini di Internet mengenai bahan yang digunakan di dalam produk tersebut.
Secara tidak langsung, anda akan mempelajari pelbagai maklumat baharu yang sangat membantu dalam penjagaan kesihatan.
4. Pilih Makanan Alternatif yang Lebih Berkhasiat
Tidak salah sekiranya anda suka makanan manis.
Namun, anda perlu menyukat pengambilannya atau mengganti makanan manis dengan pilihan yang lain atas faktor kesihatan tubuh badan.
Sebagai contoh, anda boleh menggantikan nasi putih dengan nasi perang.
Nasi perang memiliki khasiat yang lebih banyak daripada nasi putih. Ia juga lebih mengenyangkan dan dapat mengawal selera makan.
Dalam pada itu, anda boleh menggantikan minuman dan makanan manis dengan buah-buahan.
Anda perlu memastikan bahawa pilihan makanan alternatif tersebut adalah lebih sihat dan bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan.
Jangan risau.
Walaupun cara ini tampak sebagai usaha kecil, impaknya sangat besar kepada permulaan gaya hidup sihat.
5. Kadar Gula Dalam Air Yang Dipesan
Kita pasti akan memesan air manis ketika menikmati hidangan di gerai makan.
Teh O, Nescafe, Milo mahupun jus buah-buahan antara pilihan minuman manis yang sering mendapat perhatian orang ramai.
Minuman-minuman ini mengandungi kandungan gula atau susu pekat yang banyak. Rasa minuman tersebut semestinya sedap tetapi ianya sangat manis.
Jika anda mula berjinak untuk menjaga kesihatan, anda boleh meminta untuk mengurangkan kuantiti gula yang diletak di dalam minuman.
Selain itu, anda juga memesan minuman yang tiada kandungan gula seperti Teh O Kosong dan Kopi Kosong.
6. Kurang Makan Buah? Masa Untuk Berubah!
Kekacang, makanan ringan, dan pencuci mulut sering dijamah ketika kita sedang berehat.
Makanan seperti ini tidak mengenyangkan perut meskipun ia mudah dibawa ke mana-mana.
Ia tidak boleh diambil terlalu kerap dan dalam kuantiti yang banyak.
Sebaiknya boleh menggantikan manisan dengan buah-buahan. Ia jauh lebih sihat dan menyelerakan jika dibanding dengan makanan ringan dan manisan.
7. Hobi yang tinggi gula
Memasak juadah di rumah merupakan langkah yang efektif dalam penjagaan kesihatan.
Ini kerana kita boleh menyukat bahan-bahan masakan mengikut cita rasa yang kita inginkan.
Sehubungan itu, kita juga boleh mengubah resepi daripada Internet atau buku masakan.
Cara ini sangat penting untuk mengurangkan kandungan gula dan bahan-bahan baking yang manis.
Anda perlu tahu bahawa pengurangan gula atau bahan-bahan manis dalam masakan dan pastry tidak akan mengubah rasa manisan tersebut secara menyeluruh.
Anda mungkin tidak suka pada rasa “baru” itu. Tetapi, makanan yang kurang manis bukanlah bermakna ia tidak sedap.
Cuma, manisan itu tidak mengikut tahap kemanisan yang anda biasa nikmati sebelum ini.
Tambahan pula, anda juga perlu membiasakan diri dengan meminum air kosong selepas menikmati manisan.
Perbuatan ini merupakan satu tabiat yang baik untuk ditunjukkan kepada anak-anak kecil di rumah.
Cara ini dapat mendidik mereka untuk tidak terlalu makan manisan dengan jumlah yang banyak pada usia masih muda.
8. Adakah Anda Selalu Asingkan Sayur?
Kebanyakan masakan di Malaysia mempunyai sayur-sayuran di dalamnya.
Menariknya, buah tomato juga turut dicampurkan ke dalam masakan walaupun ia bukan sejenis sayuran.
Persoalannya, adakah anda makan atau asingkan sayuran tersebut?
Sekiranya anda memakan sayuran tersebut, maka anda sudah mendekati satu langkah ke hadapan dalam amalan gaya hidup sihat.
Untuk pengetahuan anda, sayur-sayuran dalam masakan dapat mengurangkan bacaan gula dalam kalangan pesakit diabetes.
Antara sayur-sayuran yang anda boleh letak ke dalam masakan ialah brokoli, bayam, lobak merah, tomato, dan lain-lain.
Sayur-sayuran mempunyai pelbagai khasiat yang baik kepada tubuh badan.
Vitamin A, Vitamin C, dan kandungan antioksidan yang tinggi dalam sayur-sayuran dapat meningkatkan tahap imunisasi badan individu.
Nutrisi ini sangat penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan; dalaman dan luaran supaya sentiasa dalam keadaan yang baik.
Masih Suka Makanan Manis, Apa Penyelesaiannya?
Tidak semua orang mampu membuang terus ‘minat’ kepada makanan manis.
Oleh sebab itu, selain daripada memilih makanan yang lebih selamat atau mengurangkan jumlah gula dalam satu hidangan, ada juga yang memilih alternatif kepada gula.
Alternatif kepada gula ini kebanyakannya adalah pemanis semulajadi yang lebih sihat.
Sebagai contoh, stevia.
Stevia adalah sejenis tumbuhan stevia rebaudiana (Bertoni) berasal daripada Amerika Selatan.
Komponen rebaudioside A. inilah yang memberikan daun stevia rasa manis.
Tahukah anda, stevia yang diperkaya dengan vitamin B7 dan kromium amat bagus untuk kesihatan?
Ia bukan hanya kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan, malah juga merupakan alternatif terbaik untuk membantu anda menikmati manis yang lebih sihat.
Hal ini kerana stevia banyak digunakan oleh pesakit yang mempunyai komplikasi penyakit jika terlalu banyak makan manis.
Oleh itu, jika digabungkan dengan vitamin B7 dan kromium, ianya akan menjadi manfaat tambahan kepada pengamalnya.
Manfaat itu termasuklah membantu mengawal paras gula, meningkatkan pembakaran lemak dan metabolisme, mengawal nafsu makan, membantu mengurangkan risiko masalah hati berlemak dan penyakit lain yang berkaitan dengan makanan.
Inginkan stevia yang diperkaya dengan vitamin B7 dan kromium?
Mudah sahaja, anda cuma perlu klik di sini.
Makanan Manis, Bahaya Ke?
Kesimpulannya, makanan manis seperti pencuci mulut dan kuih-muih adalah dibolehkan sekali sekala.
Ia sebagai salah satu sumber untuk membekalkan tenaga yang mencukupi kepada tubuh badan.
Namun, pengambilan makanan atau minuman manis terlalu kerap boleh menjejaskan kesihatan. Masalah kesihatan; diabetes dan obesiti akan memberi kesan negatif secara berpanjangan.
Masalah ini juga akan menjadi penghalang utama sebelum kita melakukan sesuatu.
Oleh itu, anda perlu mengawal selera makan dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kecil di rumah.
Antara langkah-langkah mudah yang boleh anda lakukan di rumah adalah memasak sajian yang seimbang, menyediakan makanan alternatif dan juga mengamalkan minum air kosong.
Meskipun ia tampak mudah untuk dilakukan, orang ramai seringkali memandang serong kepada langkah-langkah ini.
Anda pasti mula merasai perubahan yang positif kepada tubuh badan sekiranya anda konsisten untuk penjagaan kesihatan.