Bagi yang ingin memulakan perniagaan dan mendaftarkan syarikat di Malaysia, berikut dikongsikan panduan untuk mendaftarkan perniagaan di SSM. Panduan yang disediakan termasuk prosedur pendaftaran, syarat kelayakan, fi pendaftaran, panduan am, isi borang daftar SSM dan lain-lain.
Syarat Pendaftaran Perniagaan
- Pemilik hendaklah mempunyai kewarganegaraan Malaysia atau penduduk tetap
- Pemilik perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Hanya pemilik/rakan kongsi yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan
Jenis Perniagaan
- Perniagaan Milik Tunggal : Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik
- Perniagaan Perkongsian : Perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) hingga dua puluh (20) orang rakan kongsi
Prosedur Pendaftaran Perniagaan (Daftar SSM Online)
1. Layari Laman EzBiz SSM Untuk Membuat pendaftaran Online
- Pendaftaran Perniagaan SSM Secara Online : http://ezbiz.ssm.com.my/
Klik butang Sign Up untuk membuat pendaftaran baru. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan

Jika sudah memiliki akaun, isikan Username dan Kata Laluan serta kod verifikasi. Klik butang Sign In
2. Setelah melakukan pendaftaran secara online menerusi pautan di atas, buat pengesahan akaun di pejabat SSM berhampiran (perlu hadir)
- Kad pengenalan perlu dibawa bersama
- Pengguna akan dikehendaki untuk mengesahkan cap jari sebagai proses Pengaktifan ID (bagi tujuan keselamatan)
- Pengesahan hanya perlu dilakukan sekali sahaja
- Setelah proses pengesahan selesai dilakukan, barulah sistem EzBiz Online dapat digunakan untuk membuat pendaftaran serta pembaharuan perniagaan