Kereta tak boleh start secara tiba-tiba, bateri kereta kong dan tak tahu punca? Artikel ini ada jawapannya!
Panduan Hidupkan Semula Bateri Kereta Kong
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan membuat pemeriksaan tentang sambungan terminal bateri. Pastikan ia berada dalam keadaan baik dan sempurna seadanya.
Sebaiknya, anda perlu cuba gerakkan atau pusingkan sedikit demi sedikit sambungan terminal bateri tersebut untuk memastikan ia dalam keadaan elok.
Perlu diingatkan, sebelum anda membuat semua perkara ini, sila pastikan suis kereta telah dimatikan atau cabutkan kunci kereta terlebih dahulu.
Cuci Terminal Bateri
Terkadang pasti ada serbuk yang berwarna keputihan berada pada terminal sambungan bateri. Ia bukanlah luar biasa kerana kerap terjadi.
Apa yang perlu anda buat adalah dengan membersihkan semua serbuk putih tersebut supaya aliran elektrik mendapat laluan dengan lebih sempurna.
Buat Jump Start
Sila buat jump start pada bateri kereta sekiranya anda ada alat ini atau boleh pinjamkan jumper tersebut daripada rakan atau siapa saja.
Sebelum pemasangan kabel jumper dibuat, ada beberapa perkara penting yang perlu anda perhatikan sebelum melakukan jumpstart bateri, iaitu:
Kapasiti bateri yang memberi pertolongan untuk jumpstart haruslah mempunyai kapisiti yang lebih besar daripada bateri kereta sendiri.
Sekiranya kapisiti bateri pemberi bantuan tersebut lebih rendah, berkemungkinan litar pintas akan berlaku. Sila berhati-hati.
Sekiranya anda memandu kereta jenis Proton, sila elakkan untuk membuat jumpstart kerana ia boleh menyebabkan ECU kereta rosak jika tersilap langkah.
Anda harus biarkan enjin kereta tersebut dihidupkan dalam jangka masa 10 sehingga 30 minit untuk aktiviti pengecasan bateri terjadi.
Sila dapatkan bantuan mereka yang lebih pakar tentang bateri kong sekiranya kereta anda sarat dengan bahan-bahan elektronik
A SELANJUTNYA BERKENAAN BATERI KERETA DI SINI