Pada bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda cara jumper bateri kereta secara terperinci. 

Berikut merupakan beberapa langkah yang anda boleh ikuti: 

Perkara pertama sebelum anda memulakan jumper bateri kereta,pastikan kedua-dua kereta iaitu kereta “kong” dan kereta bantuan berdekatan supaya mudah untuk melakukan proses ini.

Matikan enjin kedua-dua kereta anda dan buka bonet.

Pastikan kabel jumper merah disambungkan ke terminal positif (+) kereta bantuan sebelum anda sambung ke kereta “kong”.

Kemudian, sambungkan kabel jumper yang lain ke terminal positif kereta “kong” untuk memastikan proses ini boleh berlaku dengan betul.

Kemudian, anda perlu menyambung kabel hitam pada terminal negatif (-) kereta bantuan.

Pastikan enjin kedua-dua kereta ditutup sekurang-kurangnya selama 3 minit. Selepas itu, hidupkan enjin kereta bantuan selama 1 minit.

Cuba hidupkan enjin kereta yang “kong” untuk menguji jika proses tersebut berjaya atau tidak. Pada masa ini, biarkan kedua-dua kereta hidup selama 10 minit.

Sebelum cabut kabel jumper, pastikan enjin kedua-dua kereta ditutup. Cabutkan kabel mengikut arah berlawanan semasa memasangnya.

Pada masa ini, kereta yang “kong” tadi sepatutnya boleh dihidupkan semula. 

Anda boleh menghidupkan semula enjin kereta supaya dapat melihat keberkesanan cara jumper bateri kereta yang anda ikuti.

Faisal Battery adalah kedai bateri kereta menyediakan lebih dari 35 jenis bateri kereta yang anda boleh pilih untuk kereta anda. Jika anda mencari yang sesuai, sudah pasti anda boleh jumpa di sini!


Ayayu antara butik batik malaysia yang menjual baju kurung kedah bermotifkan batik.


Jika anda ingin sambung belajar dan permohonan luar negara, layari laman web ZARA ZAKIAH untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan bidang farmasi lepasan SPM, cara daftar study in indonesia, a level malaysia, asasi kejuruteraan dan study medicine in Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *