Cara Senang Buat Video Berkualiti Dengan Telefon Pintar

Nak belajar cara buat video dengan telefon pintar? Anda berada di tempat yang betul!

Zaman sekarang, cara paling mudah nak sampaikan mesej atau mempromosikan produk atau jenama adalah melalui video.

Tapi tak mungkinlah setiap kali nak hasilkan video perlu rakam guna kamera canggih.

Kebanyakan daripada kita tiada kamera canggih tetapi kita ada telefon pintar.

Dengan telefon pintar, bermacam jenis hasil video yang kita boleh dapatkan. 

Ikuti tips berikut untuk mengetahui cara senang buat video dengan telefon pintar. 

Apa Yang Anda Perlukan?

cara buat video

Sebelum nak hasilkan video menggunakan telefon pintar, kita perlu tahu apa yang kita perlukan terlebih dahulu.

Semestinya anda perlukan telefon pintar yang boleh merakam video. 

Selain itu, anda digalakkan untuk mendapatkan mikrofon luaran yang boleh bersambung dengan telefon anda.

Hal ini kerana, mikrofon sedia ada dalam telefon anda tidak mencukupi memandangkan audionya mungkin tidak dapat dirakam dengan baik. 

Seterusnya, untuk dapatkan video yang bagus, anda perlu elakkan terlalu banyak gegaran dalam video rakaman anda. 

Banyak alatan di pasaran yang anda boleh gunakan seperti tripod atau ‘selfie stick’ bersama tripod.

Pencahayaan adalah antara perkara yang paling penting yang perlu anda ada. 

Anda tak perlu pun peralatan yang canggih untuk dapatkan pencahayaan kerana yang paling penting adalah subjek rakaman anda berada di bawah pencahayaan yang baik.

Dan yang terakhir adalah bateri telefon pintar dan ruang penyimpanan video anda.

Pastikan ruang simpanan anda mencukupi, bateri telefon anda dicas dan bawa bersama ‘powerbank’ sebelum memulakan rakaman.

5 Cara Buat Video Dengan Telefon Pintar 

cara buat video

Dah sedia?

Jom kita pelajari cara membuat video dengan telefon pintar anda!

  • Lensa yang bersih

Bunyi macam tidak penting dan mudah tetapi hakikatnya ramai yang tidak mengambil berat dan lupa untuk membersihkan lensa telefon pintar mereka sebelum merakam video.

Hasilnya, video tidak jelas dan kabur. 

Bersihkan lensa anda menggunakan kain mikrofiber atau gunakan kain yang lembab dan lembut.

  • Tetapan yang sesuai
cara buat video

Sebelum anda merakam video, anda perlu pastikan tetapan telefon pintar anda adalah seperti apa yang anda ingin hasilkan.

Salah satu tetapan yang penting adalah resolusi iaitu sebesar mana video yang anda ingin dapatkan. 

Terdapat dua jenis resolusi yang biasa digunakan iaitu 1080HD dan 4K. 

Kemudian, tetapan bingkai per saat atau ‘frames per second’ (fps) juga perlu anda tentukan.

Kebanyakan video dirakam pada 30 fps namun 60 fps akan menunjukkan hasil yang lebih lancar.

Kedua tetapan ini akan mempengaruhi visual, audio dan saiz video anda jadi pastikan tetapan anda adalah bersesuaian dengan kehendak anda.

  • Efek slow motion dan time lapse
cara buat video

Kebanyakan telefon pintar mempunyai fitur video seperti melambatkan atau mempercepatkan masa dalam rakaman video; atau lebih dikenali sebagai slow motion dan time lapse. 

Slow motion adalah efek yang terjadi apabila telefon pintar anda merakam video dengan kadar bingkai yang dipercepat dan bila dimainkan dengan kelajuan yang normal, video menjadi lambat.

Manakala time lapse pula, rakaman kadar bingkai yang rendah digunakan jadi bila dimainkan dengan kelajuan yang normal, video tersebut menjadi laju.

Kedua fitur jika digunakan dengan bijak dan kreatif mampu menghasilkan video yang menarik. 

  • Orientasi video

Bagi menentukan orientasi video anda, anda perlu tahu terlebih dahulu medium apa yang video anda akan dimuatnaik. 

Adakah di Youtube, Instagram, WhatsApp dan sebagainya kerana setiap medium mempunyai kecenderungan orientasi yang tersendiri. 

Kebanyakan video yang lebih profesional akan memilih orientasi melintang supaya boleh ditayangkan di televisyen atau Youtube.

Tetapi tidak bermaksud anda perlu menyekat kreativiti anda daripada menghasilkan video menegak.

  • Edit video

Ramai yang tidak rajin untuk mengedit video kerana mereka beranggapan yang mereka perlu ada aplikasi yang berbayar dan rumit untuk edit video.

Sedangkan realitinya, terdapat banyak aplikasi edit video yang percuma dan menawarkan fitur yang menarik. 

Atau anda boleh saja menggunakan fitur sedia ada pada aplikasi gambar anda seperti trim atau pendekkan video anda dan gunakan filter asas yang ada pun sudah mencukupi.

Semuanya bergantung kepada tujuan dan hasil yang bagaimana yang anda inginkan daripada rakaman anda. 

Jika anda ingin menghasilkan video secara profesional, dapatkanlah khidmat HAS Production. 

HAS Production merupakan satu produksi video yang membantu pemilik bisnes dan syarikat menghasilkan video pemasaran viral dan berimpak tinggi. 

Pengalaman mereka tidak terikat hanya pada video pemasaran tetapi mereka juga pakar dalam menghasilkan video korporat, persatuan dan agensi kerajaan.

Tidak kira sama ada video anda bertujuan untuk awareness atau meningkatkan sales, HAS Production boleh membantu anda mendapatkan capaian yang lebih tinggi dan meluas.

Dengan kepakaran yang mereka ada, mereka akan bantu anda mengekalkan video anda relevan pada masa akan datang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *