Untuk anak perempuan, pemilihan telekung yang baik akan dapat memupuk semangat anak anda untuk solat.
Nak ajar anak-anak solat, mestilah kena sediakan kelengkapan solat untuk mereka.
Jadi, dari umur berapa patut kita sediakan telekung untuk mereka?
Islam telah memberi panduan bagi ibu bapa untuk mendidik anak solat apabila umur mereka mencecah 7 tahun.
Oleh itu, ibu bapa perlu bersiap sedia dengan peralatan solat yang sebelum mereka mencecah umur itu lagi.
Adakah anak anda diberi persiapan yang secukupnya untuk diajar solat?
Dengan pelbagai pilihan di pasaran, anda pasti rambang mata memilih mana yang sesuai untuk si kecil.
3 Tips Penting
Pemilihan telekung yang sesuai bagi kanak-kanak bukan sahaja dapat menarik minat mereka untuk solat.
Jangan risau, ini adalah tips untuk anda membuat pemilihan yang sesuai untuk anak anda!
- Memilih saiz yang sesuai
Anda harus mengenalpasti saiz yang bersuaian dengan anak anda.
Antara perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan saiz adalah dari segi labuh.
Pastikan telekung yang dipilih adalah tidak terlalu labuh sehingga boleh menyebabkan si kecil tersadung.
Selain itu, saiz muka yang sesuai juga penting supaya ia tidak terlalu longgar atau ketat untuk anak anda.
Jika anda membeli secara online, anda boleh ukur terdahulu saiz muka dan tinggi anak anda supaya dapat membuat pilihan yang terbaik.
- Material yang selesa
Pastikan anda memilih material telekung yang selesa untuk si kecil.
Material yang tahan lasak seperti soft jersey atau cotton adalah sesuai bagi kanak-kanak.
Pastikan material tersebut ringan, kain yang sejuk, dan senang dicuci sekiranya terdapat kotoran.
Sekiranya kulit anak anda sensitif terhadap sesetengah kain, pastikan anda memilih material yang sesuai baginya supanya tidak menimbulkan alahan.
- Corak menarik
Seperti yang kita ketahui kanak-kanak zaman sekarang gemar bergaya ala fashionista.
Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita memilih telekung yang unik dan cantik bagi mereka.
Ini dapat menarik minat mereka untuk menunaikan solat.
Mereka lebih suka apabila dapat bawa telekung mereka ke sekolah kerana corak dan warnanya yang cantik dan menarik.
8 Telekung Untuk Anak Anda
Adakah anda tercari-cari telekung untuk anak anda?
Di sini, kami telah kumpulkan 8 pilihan yang menarik yang anda boleh pilih mengikut citarasa anak anda!
- Telekung Hello Kitty
Bagi si kecil yang suka Hello Kitty, ini adalah telekung untuk mereka!
Dengan corak-corak riben yang comel, anak anda pasti tertarik dengan pilihan ini!
Selain itu, ia juga sangat sejuk, selesa, dan lembut dipakai kerana ia diperbuat dari 100% cotton belaboo.
Ia juga mempunyai tali pengikat bergetah yang senang bagi anak-anak memakai sendiri.
- Aranda Pinkberry Grey
Telekung Aranda Pinkberry Grey ini mampu memikat mata si kecil anda.
Semestinya, setiap anak perempuan sangat menyukai warna merah jambu bukan?
Ia diperbuat dari material soft jersey yang tahan lasak dan lembut untuk memastikan keselesaan anak anda.
Dengan material yang ringan dan tidak mudah renyuk, ia sesuai untuk dibawa ke taska, tadika, dan sekolah.
- Aranda Wisteria Purple
Selain warna merah jambu, anda juga boleh dapati telekung Aranda dalam warna ungu untuk si kecil.
Warna lembut ni sangat sesuai untuk anak-anak yang lebih menyukai warna ungu.
Dengan hiasan bunga ros pada sisi muka, ia pastinya dapat memikat hati mereka!
- Akasia Ribon
Telekung Akasia Ribon ini dilengkapi dengan riben cantik yang boleh membuat si comel berasa ala-ala seorang puteri.
Didatangi dalam dua warna lembut yang menarik, merah jambu dan pirus, anak anda pasti akan tertarik dengan pilihan ini!
- Unicorn Blue Lake
Telekung seumpama unicorn ini dilengkapi dengan tutu 3 lapisan.
Pasangan warna biru lembut dengan merah jambu ini semestinya menjadi sukaan kanak-kanak.
Material telekung ini adalah premium cotton viscose.
Kainnya yang sejuk dan tidak mudah renyuk dapat memberikan keselesaan kepada si kecil.
- Unicorn Pink Blush
Telekung unicorn ini juga boleh didapati dalam warna merah jambu lembut, atau pink blush.
- Unicorn Purple Lavender
Selain warna biru dan merah jambu, telekung unicorn juga boleh didapati dalam warna ungu.
Terdapat pelbagai warna menarik yang anak anda boleh pilih. Rambang mata betul!
Anda tak usah risau, harganya memang setanding dengan kualitinya.
- Mermaid
Anak anda suka tengok cerita Ariel the Little Mermaid?
Telekung ini diperbuat dari material premium cotton yang sejuk dan ringan, mesti anak anda akan rasa happy sangat bila memakainya!
Selain itu, ia juga boleh didapati dalam warna flamingo pink dan periwinkle purple.
Si kecil dapat menggayakan telekung ini sambil bergaya ala-ala ikan duyung.
Sudahkah anda membuat pilihan untuk anak anda?
Ditubuhkan pada 2012, An-Najwa adalah jenama pilihan anda untuk pakaian seisi keluarga.
An-Najwa diasaskan dengan teras kepercayaan bahawa didikan solat bermula dari kecil dalam insitusi keluarga.
Kami menyediakan telekung kanak-kanak seawal usia 2 tahun hingga dewasa.
Selain itu, An-Najwa juga menyediakan sejadah yang menarik untuk bukan sahaja orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.
Dengan penggayaan dekorasi yang kreatif hiasan dinding akan terlihat lebih segar dan tidak kosong, di sini juga anda boleh dapatkan islamic art background dan juga seni khat