Khasiat dan Kebaikan Sarang Burung Walet Yang Mengagumkan

Sarang burung walet mempunyai banyak kebaikan terutamanya sebagai suplemen kecantikan. Sama ada dimakan atau disapu, khasiat burung walet sudah mendapat perhatian ramai. 

Pendeknya, sarang burung adalah rahsia kecantikan dan kesihatan bagi peminat bahan alami.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan sarang burung serta cara untuk mendapatkan produk sarang burung yang terbaik untuk anda.

Khasiat dan Kebaikan Sarang Burung

Di restoran, selalunya sarang ini direneh menjadi sup, barulah dinikmati bersama makanan lain. 

Ada yang berpendapat, sarang burung tidak mempunyai rasa, sebaliknya ianya cuma seperti jeli yang ditambah pada sup.

Jadi bagaimana pula dengan khasiatnya? Jika tiada sebarang khasiat tidak mungkin ianya mendapat perhatian tinggi di serata dunia. 

Khasiat Sarang Burung Walet Untuk Kecantikan

Sebenarnya, penggunaan sarang burung walet tidak terhad pada pengambilan secara oral. Ada yang diambil ekstraknya dan dijadikan serum.

Ada juga yang menjadikan air liur burung walet ini sebagai bahan utama dalam rangkaian produk kecantikan seperti pencuci muka, toner dan sebagainya.

sarang burung walet

Khasiat Bird Nest Untuk Kecantikan

  • Menganjalkan kulit muka
  • Membantu memutih dan memulihkan wajah (untuk lelaki dan wanita terutama sekali wanita
  • Kedut muka akan beransur pulih
  • Bersifat antioksida jadi wajah anda bebas dari radikal bebas
  • Khasiat sarang burung walet untuk kesihatan
  • Membaiki kompleksi kulit
  • Mengurangkan iritasi pada kulit
  • Mempercepatkan pemulihan tisu.

Khasiat Bird Nest Untuk Kesihatan:

  • Melancarkan perjalanan darah pembuluh, menambah selera makan dan membantu membaiki saluran pencernaan.
  • Mengurangkan dan mencairkan kahak malah boleh melegakan batuk.
  • Bagi ibu mengandung, pengambilan sarang burung walet boleh mengurangkan rasa sakit lebam, pada pinggul, dan juga menguatkan paru-paru bayi dikandung.
  • Sarang burung walet juga dikatakan sesuai untuk penyembuhan dalaman seperti luka bersalin dan lain-lain.
  • Pengambilan secara teratur dapat mengatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
  • Boleh membantu penyerapan nutrisi kanak-kanak.
  • Dapat mengurangkan kesan nikotin pada badan dan mencegah serangan barah.

Khasiat Sarang Burung Annona Yang Diperkaya dengan American Ginseng, White Fungus dan Rock Sugar

Annona juga mempunyai produk sarang burung walet sendiri. Kalau nak tahu, khasiat minuman sarang burung walet Annona adalah:

  • Sarang burung mengandungi FAKTOR PERTUMBUHAN EPIDERMIK (EGF) yang mana ia boleh merangsang dan menjana semula pertumbuhan sel dan menguatkan sistem imun badan. 
  • Kalsium yang terdapat di dalam sarang burung juga dapat membantu badan untuk meningkatkan penyerapan Vitamin B12. 
  • Sarang burung dapat menggalakkan penghasilan kolagen secara semula jadi pada kulit dan menjadi agen terbaik untuk melambatkan proses penuaan. 
  • Sarang burung juga kaya dengan Asid Amino yang berfungsi untuk membantu dalam pembiakan sel dan pertumbuhan tisu badan manusia. 

Khasiat American Ginseng 

  • Menghilangkan symptom ‘panas’ (body heatiness) 
  • Mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan imuniti badan
  • Membekalkan tenaga
  • Mengurangkan batuk

Khasiat White Fungus

  • Melembap dan mencantikkan kulit 
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Mengurangkan masalah paru-paru bagi perokok
  • Mengurangkan batuk

Cara Masak dan Minum Sarang Burung Walet

sarang burung walet
  1. Sediakan sarang burung lebih kurang 60g, gula batu dipecahkan sebanyak 6 sudu dan dua cawan air.
  2. Bersihkan sarang burung
  3. Didihkan air dan renehkan sarang burung selama 5 minit 
  4. Angkat sarang burung, bilaskan
  5. Isikan dalam periuk lain dan masukkan 2 cawan air
  6. Tambahkan gula kacau hingga sebati, hidangkan.

Kalau nak cara lebih senang, boleh cuba sarang burung Annona. Caranya adalah:

  1. Buka penutup botol
  2. Minum!

Boleh diambil 1 kali sehari dan sangat sesuai jika diminum pagi semasa perut kosong atau 1 jam sebelum tidur. Barulah senang penyerapan nutrisi berlaku.

Bukan sahaja berkhasiat, tinggal anda untuk buka penutup botol dan minum.

Nak rasa yang lebih segar, masukkan dalam peti sejuk semalaman.

Adakah Sarang Burung Annona Halal?

Sudah tentu, kilang pembuatan sarang burung ini dikurniakan sijil GMP, HACCP dan VHM

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *