Jika anda suka memasak, mencari pembekal santan segar sangat penting supaya anda dapat menghasilkan masakan yang sedap dan menarik.
Walaupun ia boleh dibeli di kedai runcit atau pasar raya, tidak semua jenama mempunyai kualiti yang elok dan mempunyai harga yang berpatutan.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang khasiat santan dan mencadangkan kepada anda pembekal santan segar yang terbaik di Malaysia.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang bermanfaat.
DEFINISI SANTAN
Santan adalah cecair putih yang diestrak dari parutan isi buah kelapa. Warnanya dan rasa lemak yang dihasilkan oleh santan adalah kerana kandungan minyaknya yang banyak.
Ia tidak sama dengan air kelapa. Santan adalah air perahan dari kelapa tua. Ia biasa digunakan dalam masakan untuk menambah rasa.
Ia sangat popular di seluruh dunia dan selalu digunakan oleh penduduk di Asia Tenggara. Antara jamuan yang paling terkenal yang menggunakan santan adalah nasi lemak dan rendang.
Selain dari masakan lauk, ia juga boleh digunakan dalam pencuci mulut. Minuman yang sangat popular dalam di Malaysia yang mempunyai santan adalah cendol.
Dalam air ini, santan sejuk dicampurkan dengan jeli dan gula melaka yang terdapat dalam campuran itu. Ia menghasilkan rasa yang sangat sedap dan manis.
Selain di Malaysia, negara seperti Taiwan dan China juga selalu menggunakan santan dalam pencuci mulut mereka kerana rasanya yang sedap dan pekat.
Selain dari menyedapkan masakan, ia juga membawa beberapa faedah kepada badan manusia. Kami akan terangkan tentang perkara ini di bahagian seterusnya dalam artikel ini.
6 KHASIAT SANTAN SEGAR
Di bahagian ini, kami akan ceritakan tentang khasiat yang anda boleh menikmati jika anda mengguna santan.
1. Mengurangkan Kolesterol
Satu kelebihan yang santan membawa adalah ia boleh mengurankan tahap kolesterol dalam badan anda.
Ini kerana kajian telah menunjukkan bahawa santan boleh meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan.
Dalam masa yang sama, ia boleh mengurankan kolesterol buruk iaitu kolesterol LDL dalam system badan anda.
Kolesterol HDL boleh membantu mencegah penyakit jantung kerana ia mempunyai sifat anti-radang yang melindungi lapisan endotelium atau saluran darah.
2. Menyihatkan Rambut Dan Kulit Anda
Selain itu, menggunakan santan juga boleh membantu anda mendapatkan rambut dan kulit yang sihat. Ini kerana kandungan lemak yang tinggi dalam santan.
Anda boleh menyapu santan pada kulit kepala anda dan ia boleh mengurangkan masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala.
Ini kerana santan mempunyai asid laurik yang mempunyai sifat antibakteria dan anti-kulat. Bagi kulit pula, ia boleh mengekalkan kanjalan kulit anda dan boleh mengurankan kedut.
3. Mengurangkan Berat Badan
Walaupun santan mempunyai kandungan yang tinggi, lemak yang terdapat dalam santan adalah lemak sihat. Lemak sihat membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.
Dengan ini, anda akan kurang makan kerana anda sudah berasa kenyang dari waktu sebelum ini.
Selain itu, santan juga biasa ditukarkan kepada tenaga dan boleh mengurangkan berat badan anda.
4. Membantu Kuatkan Sistem Badan Anda
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, santan mempunyai asid laurik. Ini bagus kerana ia mengandungi antiseptik yang banyak.
Ini boleh membantu badan anda untuk melawan sakit yang boleh dibawa oleh bakteria-bakteria.
Santan boleh membantu badan anda untuk menjadi kuat dan boleh melawan jangkitan tersebut.
5. Membantu Penghidap Hipertensi
Bagi mereka yang menghidap penyakit hipertensi iaitu darah tinggi, santan boleh membantu untuk menstabilkan tekanan darah anda.
Ini sangat penting kerana anda boleh makan makanan tanpa risau jika ia mengandungi santan.
Ia boleh diambil bersama air kelapa kerana air kelapa mempunyai potassium yang juga membantu untuk menstabilkan tekanan darah.
6. Membantu Penghidap Kencing Manis
Asid laurik yang tinggi dalam santan juga memberi khasiat kepada mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Ini kerana ia merupakan bahan yang antiviral dan antibakteria.
Seperti yang kami telah terangkan sebelum ini, santan membantu untuk mengurangkan kolesterol buruk iaitu kolestrol LDL.
Ini sangat bagus kerana ia membantu mereka yang mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes.
PEMBEKAL SANTAN SEGAR TERBAIK
Jika anda mencari pembekal santan segar yang terbaik di Malaysia, kami mencadangkan anda memilih Santan Depot.
Santan Depot adalah santan pekat asli buatan tempatan. Santan ini di hasilkan dari isi kelapa segar dan terpilih sahaja. Oleh itu, kualiti yang terhasil adalah sangat tinggi.
Santan Depot adalah santan segar tanpa campuran bahan pengawet dan boleh bertahan selama 14 hari melalui penyimpanan yang betul.
Rasa Santan Depot yang pekat dan asli ini memberi aroma yang harum dan ianya telah mendapat sambutan yang tinggi dari para penggemar santan.
Ia sangat sesuai untuk dijadikan bahan dalam masakan anda.
Kesimpulannya, terdapat banyak khasiat yang terdapat pada santan jika anda menggunakannya dalam masakan anda ataupun dalam perkara lain.
Jika anda mencari pembekal santan segar di Malaysia, anda semestinya perlu memilih Santan Depot seperti yang kami telah cerita sebelum ini.
Rasa dan harga yang sangat berbaloi menjadikannya pilihan yang terbaik untuk anda jika anda mencari santan segar.
Jika anda mahu buat tempahan,