Tanda nak bersalin adalah unik bagi setiap wanita. Pengalaman tersebut berbeza mengikut individu. Terdapat wanita yang mengalami gejala sejak 3 minggu sebelum kelahiran dan terdapat juga wanita yang mengalami gejala diikuti kelahiran bayi secara serta-merta. Pelbagai desas desus seperti keputihan tanda bersalin,cecair mukus tanda bersalin atau sakit pinggang tanda bersalin, namun persoalan yang jelas dan akan dirungkai adalah tanda-tanda yang benar-benar menjurus kepada tanda-tanda bersalin yang sudah dekat. 

Jika anda memiliki tanda-tanda berikut, anda mungkin bakal melahirkan anak dalam masa yang terdekat. 

Kebiasaannya, doktor akan memeriksa kedudukan kepala bayi ke dalam pelvis beberapa minggu sebelum bayi dilahirkan. Ibu hamil akan berasa lebih mudah untuk bernafas kerana kurang tekanan pada otot yang memisahkan paru-paru dan organ di abdomen iaitu Diagrafma. 

Penghasilan bendalir ini adalah merupakan salah satu gejala awal kelahiran. Cecair ini dihasilkan di serviks dan ia berfungsi untuk melindungi serviks daripada jangkitan kuman. Apabila kepala bayi mencecah serviks, bendalir bersama-sama darah dirembes keluar memberi gejala awal kelahiran ini. 

Tanda nak bersalin ialah Ibu hamil mengalami sakit punggung, perut dan bahagian belakang kerana bayi telah menurun hingga ke pelvis menyebabkan ketegangan pada ligamen dan otot rahim.

 Ibu hamil akan menjadi lebih mudah letih. Antara punca kepada keletihan yang berlebihan adalah disebabkan kesukaran bernafas seperti sesak nafas yang kerap dialami sewaktu berjalan. 

 Kepala bayi dalam kandungan telah memenuhi ruang pelvis sehingga memberi tekanan kepada pundi kencing. 

Bayi dalam kandungan dilindungi lapisan amnion yang mengandungi cecair jernih. Apabila bayi bakal dilahirkan, lapisan tersebut akan pecah sehingga menyebabkan ibu hamil mengalami gejala seperti mengeluarkan air jernih melalui faraj. Apabila hal ini berlaku, proses bersalin kebiasaannya akan bermula. Jika kelahiran tidak berlaku, doktor akan menjalankan induksi bagi memudahkan proses bersalin untuk bermula. Hal ini kerana, terdapat risiko jangkitan kuman pada struktur rahim, serviks apabila lapisan ini pecah. Jika anda mengalami gejala seperti pecah air ketuban dan kontraksi, terdapat kebarangkalian bahawa anda akan melahirkan bayi dalam masa yang terdekat. 

 Apabila wanita hamil mengalami kontraksi yang kerap, hal ini merupakan penanda kepada bayi sedang dilahirkan. Kontraksi tersebut hendaklah lebih kerap, diselangi kurang daripada 10 minit, dan menyebabkan kesakitan yang berlipat kali ganda jika tiada sebarang pengambilan ubat tahan sakit. Kontraksi membantu dilatasi serviks dan menyumbang kepada penipisan bibir serviks bagi membuka ruang untuk melahirkan bayi. 

Sesetengah pendarahan boleh disebabkan oleh masalah berbahaya seperti uri dia bahagian bawah rahim atau menutup serviks, uri yang terkeluar sebelum bayi dalam kandungan, kedudukan darah di tali pusat yang terdedah dan rahim yang telah pecah. Walaubagaimanapun, ia juga boleh menjadi gejala sewaktu diambang kelahiran bayi lebih-lebih lagi setelah bayi menghampiri pintu pelvik. 

Begitulah 8 petanda yang anda perlu tahu tentang ibu yang bakal bersalin agar anda dapat mengambil inisiatif awal sebelum kelahiran bayi.

Moga artikel ini dapat membantu bakal ibu dan bapa serta semoga anak yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan yang selamat dan sihat. 

Jika anda sedang mencari care set pre dan post natal, anda boleh memilih Ellsee, iaitu jenama pilihan utama ibu-ibu di Asia.

Jom Shopping Di Ellsee!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *