Fisioterapi merupakan salah satu bidang perubatan yang bertujuan untuk memulihkan pergerakan anggota badan dan ia melibatkan ahli fisioterapi untuk melakukannya.

Kami membantu orang yang terjejas oleh kecederaan, penyakit atau hilang upaya melalui pergerakan dan senaman tertentu, terapi manual, pendidikan serta nasihat perubatan.

Physiogo, klinik terbaik untuk rawatan fisioterapi di Malaysia, anda boleh mendapatkan rawatan dengan mudah dan komprehensif. Terdiri daripada barisan terapis fisiroterapi yang bertauliah dengan kelulusan yang diiktiraf.

Rawatan Skoliosis

skoliosis

Majoriti kes skoliosis dewasa boleh ditangani tanpa pembedahan melalui pemerhatian berkala oleh doktor, ubat sakit tanpa preskripsi, dan fisioterapi. 

Dalam kebanyakan kes, doktor anda akan mengesyorkan beberapa bentuk terapi fizikal, untuk mengekalkan kekuatan dan melegakan kesakitan. Ini mungkin termasuk:

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Untuk Angin Ahmar Dengan PhysioGo

Bagi mereka yang diserang strok atau angin ahmar, salah satu rawatan yang mampu mengembalikan semula fungsi anggota badan yang terlibat adalah rawatan fisioterapi, dan ketahui punca strok yang dialami.

Kajian menunjukkan bahawa masa rawatan terbaik bagi pesakit strok adalah bermula dari hari pesakit diserang strok sehingga 6 bulan.

Fisioterapi dikelaskan sebagai salah satu rawatan rehabilitasi dan pelbagai program senaman yang boleh dijalankan oleh pesakit strok.

Selain itu, terdapat juga posisi pesakit strok serta mengalih dan mengangkat pesakit strok yang betul.

Dengan nasihat dan bantuan anggota fisioterapi Sentul, rawatan rehabilitasi ini mampu membantu memulihkan fungsi anggota badan pesakit.

Rawatan Terbaik Untuk Sakit Tengkuk

Sakit tengkuk bukanlah suatu masalah yang boleh dipandang remeh. 

Hal ini kerana rasa sakit ini akan menyebabkan ketidakselesaan ketika anda melakukan aktiviti harian. 

Jadi, kami amat menggalakkan anda untuk mendapatkan rawatan sakit tengkuk dengan segera di pusat fisioterapi kami iaitu Physiogo. 

Di Physiogo, kami terdiri daripada juruterapi yang berpendidikan dan sentiasa bersedia untuk membantu dalam mengurangkan masalah sakit tengkuk

Begitu juga jika anda menghidapi masalah sakit-sakit badan yang lain seperti;-

  1. slip disc,
  2. sakit bahu,
  3. sakit belakang,
  4. sakit tumit,
  5. sakit sendi,
  6. sakit lutut dan
  7. kecederaan sukan.

Sakit seperti ini boleh memudaratkan jika dibiarkan berpanjangan tanpa mengambil sebarang rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *