Petanda dan 3 Cara Mengawal Darah Tinggi

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan penyakit kronik yang boleh membawa komplikasi. 

Penyakit ini tiada penyebab khusus.

Tetapi kebiasaannya, individu yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit darah tinggi, obesiti, stress dan diabetes berpotensi mendapat hipertensi.

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan organ seperti jantung, otak dan ginjal terdedah dengan tekanan tinggi yang kronik. 

Kesannya, komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung boleh mengundang stroke (angin ahmar) dan serangan jantung. 

Kegagalan buah pinggang juga boleh berlaku. 

Walaupun tiada punca khusus bagi darah tinggi, kita masih boleh mengenal pasti faktor yang boleh membawa ke darah tinggi.

Antaranya amalan gaya hidup tidak sihat dari pelbagai aspek boleh menyumbang kepada masalah ini. 

Antara faktor utama adalah merokok, mengguna alkohol dengan berbahaya, diet yang tidak sihat, kurang aktiviti fizikal dan bersenam serta pengurusan stress yang tidak baik. 

Selain itu, pendorong sosial yang turut sama menyumbang adalah pendapatan, pendidikan dan perumahan, gaya hidup tidak sihat disebabkan urbanisasi dan proses penuaan.

Faktor lain yang perlu diambil kira adalah genetik dan sejarah keluarga yang boleh menjadi punca bagi sesetengah individu.

Tekanan darah tinggi juga sering berlaku kepada wahita hamil dan dikenali sebagai praeklampsia. 

Penghidap penyakit buah pinggang, endokrin dan kecacatan pembentukan saluran darah juga boleh menjadi penyebab darah tinggi. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *