Sebenarnya terdapat banyak punca rambut bayi lambat tumbuh dan tidak lebat.
- Hormon
Dalam 6 bulan pertama selepas kelahiran akan berlakunya penurunan paras hormon pada bayi dan ibu.
Antara kesan akibat penurunan paras hormon ini adalah keguguran rambut dan ia adalah sesuatu yang normal pada bayi.
- Posisi bayi baring
Apabila bayi menghabiskan kebanyakan masa mereka dalam keadaan berbaring secara terlentang akan menyebabkan rambut lambat tumbuh.
- Masalah kulit kepala
Bayi yang mengalami masalah kerak kepala atau cradle cap mengakibatkan pertumbuhan rambut menjadi tidak sekata. Bahkan akan berlaku masalah kelemumur pada rambut kanak.
Cara Atasi Masalah Lebatkan Rambut
Terdapat pelbagai cara untuk lebatkan rambut anak dengan cepat dan berkesan terutamanya bagi bayi yang telah bercukur.
1. Posisi meniarap
Ibu kena memastikan bayi dalam keadaan meniarap untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut yang tidak sekata atau digelar kesan cukur bantal.
2. Syampu rambut
Pilih syampu rambut yang sesuai untuk bayi dan gunakan dalam kuantiti kecil sahaja.
Selain membersihkan kulit kepala daripada kelemumur atau kotoran, urutan lembut semasa bersyampu juga dapat merangsang folikel untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.
3. Ekstrak aloe vera
Boleh menggunakan ekstrak aloe vera organik untuk disapukan pada kepala bayi. Aloe vera memiliki banyak khasiat semulajadi dan bersifat antioksidan untuk melembapkan dan menguatkan rambut bayi.
4. Minyak rambut terbaik
Penggunaan minyak rambut boleh menjadi salah satu alternatif untuk melebatkan rambut bayi sejak lahir.
Minyak rambut untuk bayi biasanya mengandungi bahan semulajadi untuk membantu melebatkan rambut. Malah sapuan minyak rambut ini juga dapat mengurangkan masalah kelemumur pada rambut bayi.
5. Sikat rambut bayi
Sikat rambut bayi dengan perlahan apabila telah kering. Proses menyikat rambut akan membantu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan kulit kepala. Sekaligus melebatkan pertumbuhan rambut bayi.
Set Tropika Hair Booster Box ini merupakan set wajib ada buat bayi yang baru lahir demi mengatasi masalah kulit kerak kepala dan akan lebatkan rambut bayi.
Produk natural TROPIKA Baby Herbal Cream juga adalah pilihan yang mampu memberi kelegaan kepada bayi.
Baby Herbal Cream ini mengandungi kandungan natural yang memberikan rasa selesa buat bayi.
Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia serta herba-herba tropika.
Ia adalah salah satu cara menghilangkan batuk, selsema, kahak, nafas berbunyi (lelah), sakit perut, angin dan juga membantu si bayi sendawa selepas menyusu.
Ia juga amat berkesan setelah membuat urutan pada bayi dengan minyak urut seperti baby oil.