Gastrik merupakan salah satu penyakit yang membuatkan perut anda berasa tidak selesa. Meskipun ia kelihatan seperti sakit perut biasa, ia boleh memudaratkan sekiranya dibiarkan.
Penyakit ini seringkali berlaku di kalangan masyarakat Malaysia sehingga unit kecemasan di hospital sering di lawati oleh mereka yang menghidapi gastrik ini.
Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui tentang penyakit gastrik ini serta cara-cara yang anda boleh lakukan untuk merawat masalah gastrik.

Gastrik: Punca, Simptom dan Rawatan Terbaik
BYADMIN SERAIMAS22 MARCH 2021INFO0
Gastrik merupakan salah satu penyakit yang membuatkan perut anda berasa tidak selesa. Meskipun ia kelihatan seperti sakit perut biasa, ia boleh memudaratkan sekiranya dibiarkan.
Penyakit ini seringkali berlaku di kalangan masyarakat Malaysia sehingga unit kecemasan di hospital sering di lawati oleh mereka yang menghidapi gastrik ini.
Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui tentang penyakit gastrik ini serta cara-cara yang anda boleh lakukan untuk merawat masalah gastrik.
Apa Itu Gastrik?
Penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis, merupakan keradangan atau hakisan lapisan perut yang terjadi disebabkan tekanan, penggunaan alkohol berlebihan atau muntah kronik.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh terjadi sekiranya anda menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin.
Selain itu, penyakit ini boleh menyebabkan ulser, kanser perut, anemia dan refluks hempedu akibat bakteria yang hidup dalam lapisan lendir perut yang dikenali sebagai Helicobacter pylori.
Penyakit gastrik ini boleh berlaku secara tiba-tiba (acute) ataupun untuk jangka masa yang lama (Chronic).
Kenali 5 jenis perut buncit bagi wanita dan ketahui 6 tips untuk atasi masalah ini Anda mengalami masalah terkucil dan perlukan tips diet? sila layari amisi.com.my. – terkucil