Rumah Ada Aircond Tapi Tak Sejuk? Ketahui 6 Puncanya Di Sini

Ada aircond tapi tak sejuk?

Kebanyakan rumah sekarang mesti ada aircond sebab cuaca di Malaysia ni kalau bahang, memang tak tahan.

Lagi pun, aircond ada banyak kepentingan seperti membantu mengurangkan serangan asthma dan anda pun boleh melakukan kerja-kerja rumah dengan selesa tanpa berpeluh terlalu banyak.

Aircond di Malaysia ada banyak jenis tapi kita semua tahu fungsi utamanya adalah untuk menyejukkan rumah.

Jadi, kalau pasang aircond di rumah tapi tak sejuk, kan dah membazir duit?

Jangan ingat dah pakai lama baru aircond jadi tak sejuk, ada juga yang baru sahaja pakai sebulan dua bulan dah hadapi masalah ini.

Nak tahu apa penyebab aircond tak sejuk? Teruskan membaca!

Masalah Aircond Tak Sejuk

aircond tak sejuk

Tanya diri anda semula, apa gunanya rumah pasang aircond tapi tak sejuk?

Banyak masalah yang boleh timbul kalau aircond rumah tak berfungsi seperti yang kita nak. 

Kalau aircond tak sejuk, barang elektronik boleh jadi panas.

Kalau badan kita panas, kita tahu dan boleh cari jalan nak sejukkan badan tapi kalau barang elektronik kita jadi panas, macam mana dia nak bagitahu kita?

Kadangkala, barang elektronik tu panas di bahagian dalam jadi kita tak boleh kesan.

Barang elektronik yang terlebih panas boleh merosakkan komponen-komponennya dengan teruk.

Selain itu, masalah ini boleh juga mendorong kepada risiko dehidrasi kerana apabila kita berpeluh, badan kita banyak hilang kandungan air.

Risiko strok haba pun meningkat jika aircond anda tidak sejuk. 

Kajian menunjukkan bahawa aircond adalah antara faktor utama yang boleh mengelakkan penyakit dan kematian yang berkaitan dengan haba atau kepanasan. 

Nak tidur pun kadangkala tak senang dengan aircond yang tak sejuk.

Kajian menunjukkan kalau inginkan tidur yang lena untuk kesihatan otak, anda perlu tidur dalam bilik yang sejuk dan selesa. 

Nampak tak betapa pentingnya aircond yang berfungsi dengan baik ni? 

6 Punca Aircond Anda Tak Sejuk 

aircond tak sejuk

Banyak faktor yang boleh menyebabkan aircond menjadi tak sejuk. Antaranya adalah:

  1. Penapis udara tersumbat

Fungsi penapis udara adalah menapis zarah-zarah yang melalui saluran aircond supaya udara yang keluar segar serta menghalang daripada aircond rosak.

Tetapi penapis udara juga boleh tersumbat dan menyekat aliran udara jika penapis tidak ditukar untuk jangka masa yang lama. 

Natijahnya, condenser coil boleh membeku dan tidak dapat menyejukkan udara lagi.

  1. Kebocoran gas aircond 

Salah satu penyebab aircond tidak panas adalah terdapat kebocoran gas aircond.

Antara sebab kebocoran berlaku adalah nat tidak ketat atau pecah semasa pemasangan, sambungan paip copper pecah, service valve rosak atau cooling coil bocor.  

Jika perkara ini berlaku, anda kena cepat-cepat menghubungi juruteknik aircond untuk memperbaikinya.

  1. Termostat rosak

Termostat berfungsi untuk bantu mengesan perubahan suhu dan memastikan suhu sentiasa dalam keadaan yang baik.

Termostat juga membenarkan anda untuk mengawal suhu aircond anda.

Jadi, jika ada kerosakan yang berlaku pada termostat anda, aircond boleh jadi tak sejuk. 

Anda kena sentiasa pantau sama ada termostat aircond anda berfungsi dengan baik atau tidak.  

  1. Masalah Pemasangan 

Antara masalah yang boleh berlaku adalah aircond dipasang tidak mengikut standard, unit outdoor dipasang di tempat yang tidak sesuai atau pengaliran udara yang tidak bagus.

Selain itu, jika saiz paip copper tidak sesuai pun boleh menjadi punca mengapa aircond anda tidak sejuk.

Selalunya, permasalahan ini berlaku jika aircond anda dipasang juruteknik yang tidak bertauliah.

  1. Penyejat kotor 

Penyejat atau evaporator adalah antara komponen penting dalam aircond di mana ia membantu aircond berfungsi dengan baik dan membuatkan rumah menjadi sejuk.

Jika penyejat kotor, fungsi aircond mungkin boleh terganggu jadi anda perlu membasuhnya secara berkala. 

Basuhkannya sama ada 6 bulan hingga setahun sekali, mengikut keperluan.

  1. Saiz aircond tidak sesuai 

Aircond perlulah sesuai dengan ruangan di mana aircond tersebut akan dipasang.

Untuk ruangan besar, jika anda memasang aircond kecil, aircond tersebut tidak boleh menanggung kerja penyejukkan bagi ruang tersebut. 

Kalau ruangan kecil dan anda pasang aircond besar pula, bilik terlebih sejuk dan bil melambung pula. 

Jadi, untuk mendapatkan aircond yang sesuai dengan ruangan rumah atau pejabat anda, dapatkanlah khidmat nasihat juruteknik yang bertauliah.

Pastikan pembelian dan pemasangan juga dilakukan dengan juruteknik yang boleh dipercayai. 

Tapi mana nak cari juruteknik yang pakar dalam bab aircond lagi boleh dipercayai?

Tak perlu cari, biar Gengaircond datang kepada anda! 

BACA ARTIKEL BERKAITAN TANDA STROK HABA DI SINI

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *