Sakit Lutut: Apa Yang Anda Perlu Tahu

“Mak nak duduk sekejap la. Sakit lutut macam dicucuk-cucuk sepanjang berdiri sambil memasak tadi.”

Ini antara keluhan yang biasa kita dengar di kalangan orang-orang tua, bahkan keadaan ini sudah sinonim dengan mereka.

Apa yang menyebabkan sakit lutut terjadi? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui apakah punca, simptom dan cara mengurangkan kesakitannya.

Sakit lutut merupakan masalah biasa yang terjadi apabila mana-mana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut (femur, tibia, fibula), lutut (patella) atau ligamen dan tulang rawan (meniscus) lutut.

Ia sering menyerang mereka yang sudah berusia.

Namun hari ini mereka yang berusia 30-an juga tidak terlepas dari menderita sakit sekaligus menyukarkan pergerakan dan kerja-kerja seharian.

Punca Sakit Lutut

Bukan sahaja faktor usia, sebenarnya ada beberapa lagi faktor yang menyumbang kepada sakit pada lutut.

1. Radang Sendi atau Arthritis

Keadaan ini boleh terjadi kerana Osteoarthritis iaitu keradangan sendi kerana peningkatan usia, cecair synovial yang semakin berkurang dan tisu rawan lutut yang menghakis.

Penyakit gout, jangkitan kuman dalam sendi dan rheumatoid arthritis juga boleh menjadi sebab kesakitan lutut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *