Tips Beli Rumah Mampu Milik

beli rumah pertama

Pengetahuan mengenai cara-cara membeli rumah dengan betul adalah penting sebagai panduan berguna sebelum membeli rumah.

Berikut adalah tips-tips yang anda boleh ikuti untuk membeli rumah pertama anda.

1. Asingkan Wang untuk Dijadikan Deposit Rumah

Pastikan anda mengasingkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan anda untuk membayar wang pendahuluan membeli rumah. 

Bukan itu sahaja, anda juga dinasihatkan agar menetapkan masa menyimpan yang realistik agar anda terus berdisiplin dan tekun menyimpan wang tersebut.

Walaupun anda akan berasa seperti ianya mustahil, tetapi dengan ketekunan dan kesabaran, pasti anda dapat membeli rumah menggunakan wang simpanan anda itu.

2. Pilih Pinjaman Perumahan Terbaik

Sekiranya anda ingin membuat pinjaman perumahan, pastikan anda memilih pinjaman yang terbaik berdasarkan kadar faedah yang ditawarkan.

Buat kaji selidik mengenai kadar faedah yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan tertentu.

Rujuk laman web seperti Loan Street, Ringgit Plus serta Imoney bagi membantu anda membuat perbandingan pinjaman perumahan yang ditawarkan di Malaysia.

Secara puratanya, pinjaman perumahan di Malaysia menawarkan kadar faedah sebanyak 4.2% sehingga 4.4%.

3. Dapatkan Bantuan Skim Perumahan Kerajaan

Selain itu, anda boleh menggunakan skim perumahan kerajaan di mana ianya akan memudahkan urusan jual beli kediaman baru anda.

Terdapat pelbagai jenis perumahan kerajaan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Antaranya adalah rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), MYHOME, dan My First Home (SRP).

Namun, anda hanya boleh memohon skim ini sekiranya anda berkelayakan sahaja.

Kesimpulan

Dengan adanya skim-skim yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia, peluang untuk memiliki rumah idaman dengan harga yang berpatutan amatlah cerah.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pinjaman perumahan di mana ianya membuatkan proses jual beli rumah anda lebih mudah dan lancar.

Sekiranya anda masih lagi keliru tentang proses pembelian rumah dan masih tercari-cari saluran yang betul untuk membeli rumah, anda boleh rujuk Benahous.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *