Tips Lantik Peguam Hartanah Untuk Jual Beli Rumah

Tips Memilih Peguam Hartanah

1) Pilih Firma Guaman Yang Fokus Dalam Jual Beli Hartanah

Peguam yang hanya menguruskan kes hartanah lebih fokus. Kalau peguam tersebut pun buat kes jenayah, litigation dan lain-lain boleh jadi mereka sukar nak beri perhatian kepada kes tuan puan.

2) Pilih Firma Guaman Yang Stabil

Pilih peguam hartanah yang stabil dari segi organisasi dan kewangan. Hubungan tuan puan dengan peguam ini lama.

Kita tak mahu kes terbantut kerana firma ditutup atau lebih serius terjadinya pecah amanah.

Nak tentukan firma tu stabil atau tak susah juga. Kena visit office berjumpa dan juga mungkin melalui referral.

3) Elakkan Peguam Yang Banyak Buat Bisnes Sampingan

Ada peguam yang buat pelbagai jenis bisnes. Ambe panggil peguam Freelance. Peguam pun ya, ejen insuran pun ya, jual tudung pun ya. Jauhi peguam sebegini. Disaster coming.

4) Dapatkan Cadangan Dari Ejen Hartanah

Ejen hartanah ni perlukan peguam kelas A. Ini kerana pekerjaan dan pendapatan mereka bergantung kepada peguam yang mahir.

Mereka kenal peguam mana yang boleh berikan servis yang baik.

5) Pilih Peguam Yang Berdekatan

Peguam yang berdekatan dengan rumah yang dibeli mungkin lebih mahir dengan selok-belok jual beli rumah tersebut.

Mereka dah kenal siapa pemaju, dekat mana pejabat tanah nak berurusan dll.

Elakkan firma guaman yang terlalu jauh. Kadang-kadang sebab kawan, sanggup lantik walaupun negeri yang berlainan.

6) Elakkan Memilih Peguam Kerana Fi Termurah

Firma guaman yang baik tidak akan berkompromi dengan kualiti dengan mengambil kes yang terlalu rendah yuran guamannya.

Untuk pengetahuan tuan puan, fi professional peguam ni sebenarnya seragam walaupun firma berlainan.

Yang jadi perbezaan tu dekat caj disbursement dan administrative.

Kadang-kadang kita nak jimat caj ni dengan melantik peguam yang boleh beri harga termurah.

Tetapi sebenarnya caj tersebut memberikan nilai tambah.

Peguam yang stabil misalnya mempunyai cara kerja tersusun dan pengurusan kewangan yang baik.

Mereka ada proses review dan mungkin ada perkerja yang lebih ramai untuk membantu tuan puan.

Jika perkerja mereka berhenti, proses tak terganggu kerana akan ada yang ambil alih.

Ambe sendiri pernah terkena dengan peguam yang menjanjikan bulan dan bintang. Separuh proses jual beli berjalan, mereka tak fokus dan tak dapat menyiapkan kes.

Ambe belajar dari situ: You get what you paid for.

7) Gunakah Khidmat Peguam Hartanah Yang Sah

Sebelum tuan puan berurusan dengan peguam yang bakal dilantik, pastikan firma tersebut praktis yang sah.

Ini dapat mengelakkan tuan puan berurusan peguam yang mana sijil amalan mereka dah dibatalkan. Atau boleh jadi bukan peguam pun.

Majlis Peguam Malaysia atau Malaysian Bar Council adalah badan yang mengawal selia tatacara profesion guaman.

Badan ini mempunyai daftar senarai praktis guaman dan peguam yang sah di Malaysia. Cara nak semak mudah je:

  • Layari ke web direktori The Malaysian Bar
  • Isikan nama firma guaman. Pastikan firma berada dalam senarai.

Lindungi urusan jual beli hartanah anda dengan Hawari Hanafi & Co

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *