Tips Penjagaan Kain Shawl Sulam

Penjagaan kain shawl sulam adalah berbeza dengan kain cotton yang biasa digunakan.

Ianya memerlukan penjagaan khusus bagi memastikan sulaman tidak rosak dan kualitinya tahan lama.

Jom baca lebih lanjut untuk tips penjagaan kain sulam.

1.   Tidak Basuh Menggunakan Berus

tidak menggunakan berus

Tips pertama yang paling penting adalah ketika membasuh pakaian atau kain yang mempunyai sulaman. Pakaian yang bersulam tidak boleh diberus.

Adalah lebih baik ianya digosok menggunakan tangan bagi mengelakkan sulaman tersebut rosak atau berbulu. Alternatif lain yang boleh digunakan adalah dihantar ke dobi untuk cucian kering (dry cleaning).

2.   Elak Minyak Wangi pada Sulaman

Seterusnya, amat penting untuk tidak menggunakan minyak wangi ‘direct’ pada pakaian yang mempunyai sulaman.

Penggunaan minyak wangi boleh menjejaskan kualiti sulaman di kain kerana minyak wangi, lazimnya, mengandungi alkohol.

Alkohol boleh menghakis lapisan luar benang sulaman dan seterusnya akan menjadikan sulaman itu mudah rosak.

3.   Jangan Rendam dengan Sabun atau Peluntur Terlalu Lama

Tips yang mungkin ramai terlepas pandang ialah pakaian yang mempunyai sulam atau bermanik tidak boleh direndam terlalu lama.

Lebih-lebih lagi jika direndam dengan campuran sabun dan peluntur. Terus mencuci dan membilas pakaian tersebut adalah lebih baik.

4.    Mengenakan Suhu yang Betul

suhu yang betul

Akhir sekali, penggunaan seterika pada baju yang bersulam perlu diberi perhatian.

Hendaklah menggosok pakaian ini secara terbalik dan tidak terlalu menekan pada sulaman yang ada. Suhu yang digunakan juga haruslah tidak terlalu panas.

Apa Itu Baju Kurung Moden?

baju kurung moden

Baju kurung moden merupakan rekaan baju kurung tradisional yang lebih kontemporari dan diubah disebabkan oleh pengaruh moden dalam pakaian harian kita.

Walaupun rekaan, potongan dan bentuk busana ini telah berubah, ciri-ciri keaslian baju kurung raya tradisional masih terdapat pada baju kurung moden ini.

Kurung moden juga dihiasi dengan pelbagai jenis corak, manik, labuci, sulaman dan kerawang untuk menghasilkan rekaannya yang lebih moden.

Ia juga diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik selain daripada kapas, seperti chiffon, batik Malaysia, sutera, satin, linen, organza dan sebagainya.

Perubahan ini dibuat bagi menyesuaikan pakaian ini dengan keadaan semasa dan meningkatkan lagi keselesaan apabila memakainya sambil mengekalkan keanggunannya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *