Zakat pendapatan bukanlah sesuatu yang asing bagi umat Islam di Malaysia.

Tetapi masih ramai yang mungkin masih tidak jelas dengan cara pengiraan zakat pendapatan.

Ada juga yang tidak periksa betul-betul setiap pendapatan mereka dan berkemungkinan tidak membayar zakat dengan tepat.

Jadi, nak tahu cara pengiraan zakat pendapatan yang anda perlu tahu?

Teruskan membaca!

Apa Itu Zakat Pendapatan?

Zakat pendapatan merupakan salah satu zakat yang dikenakan terhadap semua umat Islam. 

Zakat pendapatan ini dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan, hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan dan aktiviti yang menghasilkan pendapatan.

Diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad, zakat pendapatan merupakan zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. 

Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi.

Antaranya yang tergolong dalam kategori pendapatan adalah gaji, elaun, bonus, emolumen, upah, bayaran profesional, dan sebagainya.

Pendapatan yang dikatakan adalah tidak berasaskan modal, tetapi berasaskan kerja atau khidmat yang diberikan.

Apakah Hukum Membayar Zakat Pendapatan?

Menurut para fuqaha, zakat pendapatan adalah wajib ke atas hasil pendapatan dan gaji. 

Zakat digunakan untuk membantu golongan asnaf dan memperkasakan ekonomi muslim di Malaysia. 

Pendapatan merupakan sejenis harta yang berkembang dan boleh menyumbang ke arah perolehan lumayan.

Secara mudahnya, jika anda mempunyai pendapatan berdasarkan pekerjaan dan hasil usaha anda, adalah wajib bagi anda mengeluarkan zakat pendapatan.

Tapi kami tahu dan faham ada sesetengah daripada kita yang tidak tahu cara mengira zakat pendapatan.

Kami akan berkongsikan dengan anda cara mengira zakat pendapatan anda.

Cara Pengiraan 

Sebelum mengira zakat pendapatan, anda perlu tahu bahawa nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas.

Kadar bayaran zakat pendapatan adalah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.

Terdapat 2 cara untuk mengira zakat pendapatan:

Cara 1 – Pendapatan kasar setahun

[pendapatan kasar setahun (kerana terlebih nisab)] x 2.5% = Zakat yang wajib di bayar.

Contoh pengiraan: 

Pendapatan kasar setahun x 2.5%RM48,000.00
Zakat yang wajib dibayar (setahun)RM1,200.00
Zakat wajib dibayar÷12 bulanRM100.00

Cara 2 – Pendapatan yang layak dizakat

[Pendapatan yang layak dizakat (setelah menolah perbelanjaan asasi yang dibenarkan) x 2.5%)

Mengikut Cara 2, terdapat beberapa perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak daripada pendapatan. 

Contoh pengiraan:

Pendapatan daripada semua sumber (setahun)RM48,000.00
Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (setahun)
i. DiriRM12,000.00
ii. IsteriRM5,000.00
iii. Anak  
Berumur bawah 18 tahun: 1 orang x RM2,000.00RM2,000.00
Berumur atas 18 tahun (belajar IPT): 1 orang x RM5,000.00RM5,000.00
iv. Pendidikan sendiriRM2,000.00
v. Pemberian kepada ibu bapa RM100.00×12 bulanRM1,200.00
vi. KWSP (11%)RM5,280.00
Jumlah tolakan perbelanjaanRM32,480.00
Pendapatan yang layak dizakat ( kerana lebih dari nisab)RM15,520.00 
Zakat yang wajib dibayar RM15,520.00 x 2.5%RM388.00
Tolak zakat ke atas caruman setahun bagi organisasi yang membayar zakat bagi pihak pencarum (contoh: Tabung Haji) RM1,200.00 x 2.5%RM30.00
Jumlah zakat setahun (bersih)RM358.00
Jumlah potongan gaji zakat sebulan RM358.00 ÷ 12 bulanRM29.90

Rujukan: https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-pendapatan/ 

Kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan cara kedua untuk pengiraan zakat pendapatan.

Tidak dapat dinafikan pengiraannya adalah lebih telus dan mungkin lebih rumit bagi sesetengah pihak terutamanya bagi mereka yang mempunyai pelbagai sumber pendapatan.

Jika anda ingin jalan yang lebih mudah, jangan risau kami ada solusi untuk anda.

Rujuk sahaja Real Management Services!

Real Management Services merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan maklumat perakaunan, percukaian, pengauditan dan perkhidmatan lain.

Ya, termasuklah zakat! 

Real Management Services membantu dalam penyediaan dan pengurusan zakat untuk anda.

Anda masih meragui? Tidak perlu!

Real Management Services telah berdaftar dengan:

Fokus utama kami di Real Management Services adalah membantu institusi perniagaan dan korporat dan menawarkan pelbagai perkhidmatan selain dinyatakan di atas. 

Antaranya adalah:

Anda tak perlu risau apa pun dengan Real Management Services kerana kami sentiasa komited dalam meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan kami.

Selain daripada itu, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam mengembangkan inovatif disiplin profesional terhadap perniagaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *